Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 17 August 2015

Seronoknya matematik : bbm belajar pecahan


"Ibu, setengah ni macamana. Suku ni macamana...tak faham lah". Bila dia merungut tak faham konsep pecahan dan tak tahu nak jawab dalam buku aktiviti dia tu, maka terpaksalah saya merajinkan diri google idea dan print out games untuk aktiviti topik pecahan.
Match games. Print, gunting dan lekatkan lidi sate.
idea ni datang spontan. Nampak pinggan polestrin tu terus terfikir buat begini. Anak saya suka sticker dot tu. Caranya anak tampal sticker tu untuk jadikan pecahan yang betul. 

Bila dah beri pendedahan asas tu.. dia faham dah sikit konsep pecahan.. alhamdulillah.

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute