Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 14 August 2015

Pertandingan gerak irama dan kreatif


Adam telah terpilih mewakili tadikanya untuk pertandingan gerak irama dan gerak kreatif. Bulan depan pertandingan tu untuk pilihan mewakili peringkat negeri. Semoga ada rezeki buat adam dan kawan-kawan yang seramai 15 orang semuanya.

Minggu lepas saya berkesempatan melihat sendiri persembahan mereka di hari potensi kanak kanak kemas 2015. Adam memegang watak sebagai burung helang. Persembahan mereka tu menceritakan suasana di sebuah pantai. Seronok tengok anak anak comel ni buat gerak pelbagai gaya diiringi irama. Cikgu dia cakap tak boleh pakaikan props lain sebab syarat pertandingan hanya boleh dipakaikan baju warna dan bersolek sahaja tetapi tidak boleh ditambah props atau kostum pada badan.  Kalau pakai props lagilah comel kot kan.. :)
 adam dan kawan kawan bersama cikgu-cikgunya.
Gambar ni masa mereka tengah buat latihan. Adam macam hero helang pulak.. ini part last persembahan. Tu diaa adam siap naik atas badan kawan dia. :)
Semoga berjaya hendaknya nanti.. tak sabar nak tengok dia di hari sebenar pertandingan tu. 

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute