Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 30 June 2015

Cara melatih Potty Training anak : Potty training Dhia


Sebenarnya untuk sesi potty training si anak ni kan, tersangatlah memerlukan tahap kesabaran dan semangat yang tinggi dalam diri kita sebagai ibu ni. Mana tidaknya kan, time macam ni la nak kena lap dan bersihkan tempat-tempat dalam rumah tu berkali kali gara-gara terbuang tu.. tetapi itulah namanya perlukan sabar. Anak kita tu kan masih dalam proses belajar. Jadi janganlah cepat mengalah.... :)

Abang Adam berjaya potty training masa umur 3 tahun dan Alhamdulillah si adiknya Dhia lebih awal sedikit iaitu masa genap usianya 2 tahun bulan Mei yang lalu. Anak sulung sememangnya lambat sikit dan anak kedua ni dia akan jadi mudah tu bila tercabar dengan si abang. Apa yang abang pandai buat, dia pun nak pandai juga.

Sekarang ni memang Dhia dah tak dipakaikan diapers waktu siang kecuali masa dia tidur dan nak pergi jalan-jalan, barulah saya pakaikan diapers kat dia. kadang tu kan, Dhia boleh buka diapers dia tu time tengah tidur kalau dia tersedar.. pernah juga beberapa kali dia terkejut waktu malam dan nak 'cinggg' katanya. Sehari tu hanya satu diapers jelah guna. Untuk malam hari je. Harap lepas ni berjaya say Goodbye to diapers sepenuhnya. :)

 Usia berapakah yang sesuai untuk ajar anak ke tandas?
pada pandangan saya, pada usia 2 tahun sudah mula boleh melatih mereka.

Tips melatih anak untuk melatih anak ke tandas :
1) tanggalkan diapersnya di waktu siang. Mulakan dengan mencuba pada waktu pagi dahulu hingga tengahari. 

2) gulungkan semua tikar atau karpet korang yang cantik tu semasa proses melatih anak ni yer. Kalau tidak ada kang menangis nanti nak kena cuci karpet.. hihi

3) sentiasa bertanya kepada anak.. "adik nak cingg, adik nak berak". Itu ayat sayalah... tetapi Dhia ni buang air besar ke kecil semua dia sebut berak. :)

4) kenalpasti reaksi muka anak kalau dia nak membuang. Kita kan ibu ni memang boleh kenal reaksi anak kita kalau dia nak buang air kecil ke air besar. Contoh..kalau tengok anak terkepit-kepit tu..teruslah tanya kan dia dan cepat-cepat bawa dia ke tandas.

5) sentiasa berikan kata galakan atau pujian kepada anak. "Adik, kita kalau nak cingg kena gi tandas tau, barulah adik hebat".  Dhia suka perkataan HEBAT tu..  dan bila anak berjaya ke tandas sekali ke dua kali ke mahupun berkali-kali ke, berikan satu tepukan untuk dia. sebab apa tau... sebabnya anak akan rasa seronok dan akan tahu yang dia buat tu perkara yang bagus.

6) jangan kelirukan anak. sekejap pakai diapers sekejap tak pakai.. kena konsisten.. janganlah dua jam tak pakai, lepas tu pakaikan semula dalam sehari tu.. haa memang keliru la dia nanti. 

7) ibu mestilah kena sabar dan kuat semangat... JANGAN MALAS kalau nakkan misi berjaya.


0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute