Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 8 June 2013

Abang Adam Tension + Terasa Hati


"Ibu tak sayang Adam ke?", tanya Adam kepada saya. Kenapa dia bertanya begitu? Sebabnya tanpa saya sedari saya buat dia terasa hati kerana kurang perhatian terhadap dia berbeza sebelum kehadiran adiknya. Saya dah mula marah-marahkan dia yang suka buat bising time adik dia nak tidur. Saya dah mula cepat naik tangan kat dia.. Alahai kesian anak ibu. Maafkan ibu sayang.. Ibu tak sedar yang tindakan ibu itu sebenarnya akan lebih buat Adam jauh hati dengan ibu dan buatkan Adam semakin nakkan perhatian dari Ibu dan sebab itu jugaklah Adam selalu je buat ragam yang entah apa-apa je kadang tu ibu tengok. Mungkin Adam nakkan perhatian ibu.. 

"Ibu, nanti ibu dah sihat.. baru kita buat aktiviti kan ibu?", tanya Adam lagi. Kesian Adam.... kadang tu dia datang dekat saya dan bawa buku-buku dia. Kadang tu dia suruh saya bacakan cerita kat dia tapi saya tak berapa layan. Terasa dia dengan saya... Dia merajuk pun saya buat tak tahu jer.. Sudahnya tempat dia bermanja sekarang dah lebih kepada abahnya. Katanya, ibu asyik dengan adik jer.. Tapi bagusnya Adam ni, dia takdelah pi khianat adik dia sebaliknya dia sayang adik dia. Mungkin saya dah explain kat dia kenapa saya selalu care adik dia lebih sikit. Saya kata adik kecik lagi dan perlukan lebih perhatian dari ibu. Mungkin dia faham kot dan Adam sebenarnya tak sabar nak tunggu adik dia besar, nak main sama-sama katanya dan sekarang pun duk sibuk mintak nak dukung adik dia.. 

Tapi itulah.. kadang-kadang saya tiba-tiba termarah kat Adam yang suka buat bising time adik dia nak tidur dan memang siang hari adik dia tak berapa lena pun tidur. Boleh pulak tu dia kata, "adik bangun... dah siang adik, mana orang tidur. Ibu, adik ni asyik tidur jer". hahaa.. Itulah Adam yang baru nak biasakan diri menjadi abang.. (^_^)

~Terima Kasih Buat Kamu~


Sepanjang kehamilan.......... apa yang diidamkan semuanya dilayan.
Waktu menanti kelahiran di ward..... dia yang menemani dan buat lawak segala bagai untuk redakan rasa takut gementar saya cuma satu je dia tidak dapat menemani iaitu di saat saya bertarung melahirkan anak kerana proses kelahiran secara pembedahan tidak membenarkan suami masuk menemani. 
Sepanjang tempoh berpantang............ sangatlah berterima kasih kepadanya kerana banyak membantu. Untuk anak kedua ni barulah dia berkesempatan menjaga saya dalam pantang kerana boleh bercuti lama. Masa Adam dulu tak dapat buat begitu sebab masa tu dia bergelar student di KTU dan saya stay kat kampung.
Tapi kali ni.... barulah dapat lihat dia menjaga saya ketika dalam pantang. Kata orang kalau nak tengok tulus atau tidak kasih sang suami tu, lihatlah bagaimana dia menjaga kita ketika kita sakit.
Alhamdulillah... dia tak kekok membantu sepanjang tempoh berpantang. Dia lah yang masak untuk menu pantang saya dan dia jugalah yang buat kerja rumah termasuklah mandikan Dhia pagi dan petang. Tak sangka pula pandai jugak dia masak, yelah jarang sangat boleh tengok Mr.hubby saya tu masak. Menu berpantang saya ialah sup sawi+carrot dan ikan panggang. Itulah menu hari-hari saya.. Siap ada fishball ikan fresh lagi dia buatkan dalam sup sayur tu. Hihik.. 
 Terima kasih buat kamu Mr.hubbyku a.k.a Abah Adam dan Dhia.
Berbaki lagi seminggu cuti Mr.hubby sebelum dia mula masuk kerja kembali dan lepas ni saya kena berani kuatkan diri buat kerja rumah dan atur jadual sebaiknya. 

Terima kasih Mr.hubby ku kerana kamu banyak membantuku. Terima kasih kerana menjagaku dan anak-anak. Terima kasih untuk segalanya...
 Semoga dengan adanya Adam dan kelahiran si puteri comel Dhia, rumahtangga kita akan lebih ceria dan bahagia. Inshaa Allah. 
Nota : Doakan yang baik-baik untuk kami yer..

Friday 7 June 2013

~Dhia Pinky~


Sebenarnya kan, sebelum bersalin hari tu baju baby hanya beli tiga pasang jer yang baru dan kaler pun semuanya save kaler je kata orang sebabnya saya memang tak tahu jantina baby masa tu. Selebihnya pakai baju abang adam jelah kan. Bila Mr.Hubby tahu je anak dia keluarnya girl.. lepas je selesai semua urusan kat saya.. dia gi shopping baju baby.. Memang kaler pink jelah  Hihik.. Excitedlah kan nak shopping dan saya pun tunggu habis sesi pantang je nak shopping jugak. Ini abahnya je yang shopping baju anak dulu dari saya. Muahaha..

Baju pink yang ni hadiah dari kawan Mr.Hubby. 
Taraa........... Dhia in pink mood (^_^)
 Semuanya pink....

Jelingan manja untuk aunty2 dan uncle2 semua... (^_^)

~Kaedah Perancang Keluarga~


Kalau sebelum ni saya tidak terlalu menitikberatkan soal perancangan keluarga dan tidak ambil apa-apa kaedah pun kerana saya merancang sendiri secara semulajadi. Tetapi kali ni saya rasa perlu fikirkan kaedah mana yang terbaik untuk saya memandangkan saya sudah dua kali bersalin secara pembedahan. Pakar pun sudah nasihatkan saya supaya merancang dengan betul kerana saya perlu jarakkan kelahiran sekurang-kurangnya 3 tahun untuk anak yang ketiga. Kalau sebelum ni dengan kaedah merancang sendiri saya berjaya jarakkan 4 tahun tetapi untuk kali kedua ni saya tidak berapa yakin untuk merancang sendiri.
Dapat brochure ni dari klinik semalam.
"Merancang keluarga adalah tanggungjawab bersama ke arah keluarga bahagia"
Banyak kaedah boleh diguna bagi mereka yang ingin merancang dan pilihan terletak di tangan masing-masing.

1) Pil ~ Pil yang mengandungi hormon sintetik pencegah kehamilan dalam bentuk progestogen. Ia perlu diambil secara konsisten supaya berkesan dan ia berkesan hampir 99%.

2) Suntikan ~ Hormon pencegah kehamilan yang diberi secara suntikan setiap tiga bulan dan ia berkesan hampir 100%.

3) Implan ~ Sejenis alat plastik kecil berbentuk rod yang mengadungi hormon sintetik progestin. Ia dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan dan dikeluarkan apabila genap 3tahun. Ia berkesan hampir 100%.

4) Alat dalam rahim (ADR) ~ Sejenis alat kecil dimasukkan ke dalam rahim dan akan dikeluarkan apabila genap 3 tahun. Keberkesanannya hampir 97-98%.

5) Kondom ~ Sejenis getah lembut yang disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan untuk mencegah kehamian dan penyakit seksual.

6) Kaedah pemandulan wanita ~ Kaedah pencegah kehamilan yang kekal dimana melibatkan pembedahan kecil ke atas wanita dan kedua-dua tiub salur falopio akan diikat.

7) Kaedah pemandulan lelaki ~ Kaedah kekal untuk menghalang kehamilan. Ia melibatkan pembedahan kecil pada lelaki dimana kedua-dua salur sperma diikat.

Setelah saya berbincang dengan Mr. Hubby saya, maka pilihan terbaik saya rasa nombor 1 dan 2. Untuk 6 bulan pertama ni, saya nak ambil pil perancang noriday memandangkan saya menyusukan anak dan selepas itu barulah saya bertukar ke kaedah suntikan. Suntikan lebih mudah sebabnya 3 bulan sekali je perlu ke klinik ambil suntikan tu. Kalau nak teruskan pil ni, saya kena pastikan displin tu kena betullah aturan makannya. 

~Dhia Sudah sebulan~

Hari ni Dhia dah sebulan... dan semalam appointment Dhia untuk injection sebulan.. Kejap je tu tup dah sebulan anak ibu.. Cuma ibu je belum habis pantang lagi. 100 hari tau kata Bonda dan Mr.Hubby kena jaga makan. mak ai lamanya..Haha.. Menurut Bonda, bukan tak boleh makan cuma kena pantang makan jenis-jenis tertentu makanan je macam sayur sejuk, seafood dan benda-benda yang boleh buat gatal tu kena pantang dululah. (^_^)

Berat Dhia dah bertambah 3.3kg. Maklumlah lahirnya pun 2.4kg je kan.. Alhamdulillah semuanya Ok dan semoga Dhia membesar dengan sihat. Reaksi Dhia kena inject? Haaa.. menangis jugak Dhia tapi kejap jelah.. Ekceli Dhia ni nampak gayanya lagi manja dari abangnya..

 
Dhia ~ Sinaran
Amani ~ Kesejahteraan, cita-cita dan keinginan
Husna ~ Kebaikan
Dialah sinaranku, dialah puteriku.....
Dhia Amani Husna.
Semoga kamu membesar dengan baik dan sihat sepertimana seindah namamu. Amin.

Tuesday 4 June 2013

~Wajah-wajah kesayangan kami~


Mereka pelengkap hidup kami..
Mereka penyeri hidup kami..
Mereka penghibur dukalara kami..
Mereka harta kami yang tidak terhitung nilainya..
Merekalah... wajah-wajah kesayangan kami.
Terimakasih Ya Allah atas kurniaan-MU dan amanah-MU ini kepada kami.
 Sama tak kami? (^_^)
 "Saayaangg Dhia",kata abang Adam.
Wajah-wajah kesayangan kami.. (^_^)

Ya Allah... lindungilah keluargaku.. Peliharalah keluargaku.
Kurniakanlah kebahagiaan yang berpanjangan kepada kami.
Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka dan lindungilah mereka.. Amin...

Fine Motor Skill : Sand Art

 

Ini cerita sebelum saya bersalin... Bila balik kuantan memang dah menjadi rutin akan ke Teluk Chempedak gara-gara si Adam nak sangat main kat TC Balloon city. Tak pernah puas dia ke situ dan maklumlah dapat main kat situ pun time balik Kuantan aje.. Hihik.. (^_^)

Saya terpandanglah satu sudut untuk buat sand art.. Apalagi, saya terus ajak Adam cuba buat dan adam yang first time mencuba tu memang excited lah kan. Tapi sebenarnya sangatlah memakan masa kalau dibiarkan dia buat sendiri sampai siap. Dengan bantuan ibu abah dia pun dah sejam duk ngadap benda tu. Haha.. Apapun happy sebab dapat tengok Adam happy dan enjoy time tu.
 "macamana nak letak ni ibu?"
 Letak kaler-kaler kat daun pokok..
Taraa.. hasilnya.. Cantik tak?

Monday 3 June 2013

~Buku Cerita Untuk Adam~


Bila Adam dah berjaya habiskan buku 8 bacalah anakku, saya belikan pula dia buku cerita untuk mantapkan lagi tahap bacaan adam.. Nampaknya Adam sukakan buku cerita ni dan dia cuba membacanya sendiri dan saya hanya tengokkan aje betulkan mana yang dia tersilap sebut. Alhamdulillah semakin baik mutu bacaannya dan dia dah takde mengeja lagi dah bila membaca sebaliknya dia akan terus je membaca perkataan.

Tapi apa yang kesiannya kat Adam sekarang ni... saya kekurangan masa untuk homeschooling dia. Kesian pulak dia. Kadang tu dia datang bawa buku-buku dia kat saya tapi saya yang masih tak larat mana lagi ni hanya dapat layan dia gitu-gitu aje.. Nampaklah adam macam terasa dengan perubahan yang berlaku sekarang ni.. Maklumlah, masa saya dah berbahagi dengan adik dia kan.. Lagi pula saya masih belum kuat sepenuhnya, jadi tumpuan untuk dia tu agak kuranglah sikit. Mujurlah abahnya rajin ganti layan karenah dia.. Terima kasih buat encik suamiku kerana cuti semata-mata untuk jaga diri ini dan anak-anak sementara saya yang masih berpantang lagi..
 Satu buku cerita dan satu buku aktiviti untuk Adam. Buku cerita tu dibeli kat Mydin je pada harga RM9.99.
Bagusnya buku ni sebab ada 8 cerita moral dan perkataannya juga diwarnakan mengikut sukukata yang memudahkan anak-anak untuk membaca perkataan tersebut.

Saya pun tak sabar nak sambung aktiviti homeschooling dengan Adam tapi kena susun jadual sebetulnyalah nampaknya lepas ni. Hahaha.. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute