Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 13 April 2013

Aku yang saja ingin bercerita


Alhamdulillah..... rezeki sejak mengandung ni tak pernah putus. Ada je rezeki datang dan apa yang cuba dirancang menjadi mudah. Inilah namanya rezeki anak-anak agaknya. Dulu masa nak buat loan ambik kete baru bukan main banyak je halangan dan last-last postponed tak jadi ambik. Awal tahun hari tu, cuba lagi dan alhamdulillah cepat je lulusnya. Dah dua bulan pun bayar kete baru tu. Tahun ni jugak kakitangan awam dapat kenaikan gaji dan saya pun dapatlah jugak merasa tempias Abah Adam tu. Hihik. Bulan ni pulak dapat signal yang Abah Adam akan dinaikkan pangkat. Hihi.. cepat pulak rasa padahal baru je dia habis kursus last year hari tu. Syukurlah... Rezeki anak-anak agaknya. Semoga kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dari-NYA. 

 Ikutkan hari ni saya ada exam untuk PTD.. hehe.. tapi saya terpaksa buat keputusan tak attend exam tu. Rugi kan?? Ini kali kedua dipanggil exam untuk jawatan tu. Yang first dulu pergi exam tapi tak pass.. hehehe.. Takpelah... next time try lagi. Keadaan yang tak memaksa untuk saya attend exam kali ni. Lagipun tak sempat nak study atau prepare apa-apa, rasanya kalau pergi pun belum tentu saya dapat jawab dengan baik. Bukan senang kan nak jadi orang gomen nih.. Hihik.. (^_^)

Masih ada yang kata kat saya ruginya dah belajar tapi tak kerja. Huhu.. Saya senyum jer.. Itu jelah yang termampu. Biarlah mereka nak menilai apapun tapi hanya saya je tahu kenapa mengapanya. Memang saya sedih bila tak mampu nak bantu family dan adik-adik macam orang lain. Walau saya tidak bekerja di opis seperti orang lain tapi saya happy dapat bekerja untuk suami dan anak-anak di rumah. Sebab itu selagi saya ada masa dengan anak-anak, saya cuba pelbagai aktiviti pembelajaran dengan anak kat rumah. Jadi takdelah masa seharian saya tu terbuang begitu je kan. Mungkin kalau ditakdirkan satu hari nanti saya bekerja, pasti masa saya dengan anak-anak akan berkurang. Saya pun ada cita-cita sama seperti orang lain cuma keadaan dan saya punya sebab tersendiri kenapa memilih menjadi home manager je dulu.. Hihik.. Tapi saya happy dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah.. Doa-doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga yer...

Art&Craft : Mr. Potato&Flower


Lagi aktiviti saya nak kongsikan.. Mudahnya nak mencari idea ataupun bahan bila adanya teknologi di hujung jari ni.. Hehe.. Memang memudahkan kerja nak buat pelbagai aktiviti dengan anak-anak kat rumah. Adam pun seakan dah terbiasa kalau saya mengadap lappy lama-lama, dia akan tanya. "Ibu nak download kat Adam ker?" haha.. katanya kan. Pandai betul dia, dah selalu tengok ibu duk download kemudian print-out.
Bahan ni saya download kat SINI.
Saya hanya suruh Adam lekatkan di kertas manila kad. Sepatutnya kena lekatkan kat roll gelung tisu yang coklat tu kot barulah jadi game roll and build it.. Hehe.. Tapi saya menggunakan apa je yang ada kat rumah ni.
Adam susun dan gam kan semua tu. Macam pelik pulak tengok Mr.Potato tu. 
Dah hampir penuh sudut untuk hasil Art&Craft Adam.. Mana lagi mahu tampal lepas ni? Haha..

Nota : Masih sempat lagi kan saya buat aktiviti ni semua dengan Adam. Yelah nanti takut kurang masa dengan dia, tambah pulak dalam pantang memang kena cutilah dan nanti ada adik, masa untuk homeschool ngan Adam pasti jadi kurang jugak sikit. Hehe.. Saya kena ada jadual baru nampaknya nanti ni.

Friday 12 April 2013

~Match Number into the Cup~


Aktiviti malam semalam..... Tiba-tiba dapat idea bila tertengok ada cup terlebih dalam bilik stor.. Bottle cap tu memang dah lama buat dan sering diulang pakai dengan aktiviti lain jugak. Simple je aktiviti kali ni yang ingin saya kongsikan dengan korang. Nanti bolehlah cuba. Just guna 20 biji cup dan tulis nombor 1-20. Saya ajar Adam nombor 1-20 je dulu sesuailah dengan umur dia. Alhamdulillah, bila dah selalu buat aktiviti math games dengan dia, nombor berbelas-belas tu dia dah semakin baik mengira dari sebelumnya yang asyik tertukar-tukar aje.
 Susun semua cup bernombor.. nak susun secara rawak pun boleh jugak sebab lagi bagus untuk uji dia samada dah kenal betul-betul atau tak nombor 1-20 tu. 
Adam yang tak sabar nak main games ni.
Sedang gigih match bottle cap number tu ke dalam cup yang bernombor sama.
Inilah hasilnya.... Syabas anak ibu, semua betul... Happy sangat bila dia dah tak terkeliru sangat dah. (^_^) 

~Aktiviti Kemek Botol~


Mungkin Adam masih belum faham sepenuhnya apa itu kitar semula. Memandangkan terlalu banyak botol-botol plastik air mineral kat rumah saya ni yang hampir menyemakkan bilik stor tu, saya pun ajaklah Adam tolong sama kemek-kemekkan semua botol tu. Mana datang botol-botol tu? Hehe.. Abah Adam dan Adam sendiri memang minum air mineral terutama Abah Adam. Sejak dia kena tahan ward gara-gara demam suspek denggi hari tu, dia memang beli air mineral jer untuk minum. Air yang dijerang pakai boliler tu untuk saya buat air teh dan milo jelah. Oklah habis duit beli air mineral dari berhabis duit sebab beli rokok dan mujurlah Abah Adam bukan seorang smoker.. Hihik. Habis sekotak..beli lagi dan beli lagi sekotak air mineral.
 Mula-mula saya keluarkan.. Adam tanya nak buat ape ni ibu, aktiviti ke? Huhu.. yelah..aktiviti mari kemekkan botol. Saya explainlah kat dia nak buat apa dengan segala botol tu semua dan ke mana nanti destinasi botol tu. Wah gitu kan, macam cikgu pulak.. Haha..
 Habislah kayu pencanai ibu tu dia guna untuk ketuk itu botol.. Kesian Adam sebab bersungguh benar dia nak cuba kemek kan botol tu dengan sebaik mungkin.
 Dah penat pakai tangan, guna kaki pulak. Saya takde pulak suruh dia kemek dengan pijak botol tu, dia sendiri tiba-tiba bangun pijak botol tu sampai kemek. Haha.. Tapi banyak jugalah dia menolongnya tau. Seronok sangat agaknya dia dapat main kemek-kemekkan botol. (^_^)
Berjaya jugak dia setelah mencuba sedaya upaya. 
Ok... Dah siap dah satu plastik besar dan satu kotak botol-botol plastik air minuman untuk dihantar ke tempat jualan kitar semula. Tak tahulah samada Abah Adam rajin ke tidak nak bawa ke tempat tu sebab sebelum ni kami just letak setempat kat tong sampah dan pakcik lori sampah yang akan ambil. Takpun nanti, bawa adam letak botol ni kat tong-tong yang sepatutnya tu kan dan nanti bolehlah ajarkan dia sekali.
Tong Biru : Kertas
Tong Coklat : Kaca
Tong Jingga : Tin aluminium, plastik, tin minuman dan segala botol plastik minuman.

Sejak dari umur Adam setahun lebih, saya dah ajarkan Adam supaya buang sampah dalam tong dan jangan buang merata-rata. Kalau terbuang tu maknanya dia terlupa dan saya atau abahnya pasti akan ingatkan dia. Alhamdulillah, kalau ke mana-mana atau balik dari kedai pun, dia akan simpan plastik aiskrim dan batang aiskrim tu, sampai rumah baru dia buang dalam tong smapah kat rumah pulak. Time balik sekolah memang camtulah dia, makan aiskrim dulu sambil berjalan kaki sebelum sempat sampai rumah dah habis pun aiskrim tu. Kalau saya terbuang sampah merata pun, saya yang kena tegur dengan dia.

Thursday 11 April 2013

Art&Craft : Topeng


Aktiviti petang isnin yang lepas... Saje jelah saya nak bagi dia biasakan untuk lagi pandai menggunting kertas. Saya buatkanlah topeng dan ikan kat dia. Bagi dia gunting... Sekejap je pun buat aktiviti ni.. Suruh dia kaler, dia tak nak pulak...
 Yang rabbit ni saya bantu dia gunting mata. Yelah kena guna pisau kan nak potong tengah tu, karang terluka pulak dia.
Hasil guntingan adam.. Bolehlah.. ada sikit peningkatan. (^_^)
Ikatkan dengan reben je topeng tu.. Comelnya rabbit versi saya lukis.. Haha..

Nota : Semalam checkup baby, 34wks dia duk songsang ler pulak. Last checkup hari tu melintang. Haisshh.. naik risau pulak saya. Tapi redha jelah apepun kemungkinan. Moga saya dan baby selamat, itu yang penting. Nurse tak refer doctor lagi, bagi masa kat baby pusing duk di kedudukan betul, nanti dua minggu pulak baru checkup tengok macamana. Doa-doakanlah saya yer.. Adam pulak sekarang ni suka tidur malam tanpa pakai baju. Itu pun merisaukan saya jugak tu. Dah la adam ni jenis tak suka berselimut bagai sejak dari kecik lagi.. Katanya panas.. Tapi sebenarnya tak elok anak tidur tak pakai baju, tak elok untuk paru-paru dia. Kan on kipas kuat jugak kan. Dia dengan tidur kalau dapat kipas, punyalah syok tapi ini saya tengok dah mula dia batuk-batuk.. Kadang tu kan, saya pakaikan je baju kat dia bila dia dah terlelap tapi dia boleh bangun balik tanggalkan sendiri baju dia. Haishh ini budak kan, penat ibu nak bagi dia faham kenapa dan mengapa... Memang panas sekarang ni cuaca kan..

Wednesday 10 April 2013

Adam dan ibu, sama ke?


 Foto dulu-dulu..... Masa merangkak dan umur 4 tahun kot tu dengan pakcik sedara saya.
Terbelek album.. terjumpa gambar lama saya masa kecik. Cari gambar Abah Adam masa dia kecik takde pulak. Sama tak kami? (^_^)

~ Mengidam Chicken Chop~

Sebenarnya kan.. saya bukanlah penggemar chicken chop dan jarang sekali kot saya pilih menu chicken chop. Senang citer, jarang saya makan. Tapi semalam tiba-tiba rasa nak ngetest makan 'chicken chop'. Alahai kan... dah namanya ngidam gitulah rupanya. Yang jarang atau kurang suka pun tiba-tiba jadi boleh je makan dan telan. (^_^)

Yang bestnya tu, saya menggatal pulak SMS kat abah adam.. Dia baca mesej jelah hasrat hati saya tu.. Amboi, romantik ler pulak tiba-tiba. Malu nak cakap, hantar je mesej. Hihik..  "Jom lah kuar", katanya kan. Wah memahami tau.. sukalah saya kan bila ada yang melayan hajat hati ni. Muahaha.. TQ yer abah adam. Sayang kamoo sokmo!! (^_^)
 Destinasi kami ke 'Rumbia Western & Seafood' Kg.Raja, Besut kat area belakang Carltex Kg. Raja. Lepas trafiifc light tepi jalan sebelah kanan. Senang je nak cari kedai ni. 
Ini kiranya dah kali kedua kami ke sini. 
 ~Black pepper Chicken chop Mak Buyung punya~ (^_^)
 ~Nasi goreng tomyam Abah Adam punya~
 (^_^) senyum jer...
Ini jelah menu kami..... Air pulak order air barli dan bandung. Adam punya mana? Adam share je ngan kami.. Haha.. Nasi goreng tomyam tu memang best gilerrr!! Saya siap makan jugak nasi goreng yang Abah Adam punya sikit dan memang sedaplah. Chicken chop tu secukup rasa, tak muak tak masin dan tak manis. Ngam2 je rasanya. Semuanya licin.. Kalau dah licin tu sedaplah maknanya tu..Haha.. Itu sayalah.. kalau gi kedai mana-mana, makan habis bagi saya sedaplah makanannya tu. Boleh gitu?? Bagi kami harga kat sini OK dan berpatutan. Chicken chop tu RM8 dan nasi goreng tu RM5 ++ telur mata, ulam belacan, air tu tak pasti lak berapa dan semuanya RM18. Haha...Yang ingatnya harga dua menu tu jer.. Air tu harga standard rasanya. Next time nak try menu lain pulak. (^_^)

Monday 8 April 2013

Adam Membaca ~ Buku 7

Setelah hampir dua minggu, barulah adam beralih ke buku 7 hari ni. Saje je saya lambatkan sikit kali ni untuk nak pastikan dia betul-betul faham konsep gabungan bunyi huruf-huruf akhiran tu. Fuhh.. bukan main penat jugak nak mengajor si adam ni. Yelah, dia ni jenis tak boleh ulang satu tempat banyak kali sangat, lagaknya dia memang dah tahu dan faham kan. Bila ulang lagi dan lagi.... main-mainlah dia. Haha.. Sebenarnya dia faham dan boleh sebut cuma ibu adam je menggatal nak ulang-ulang banyak kali. Sudahnya adam jadi boring je tapi yang banyak membantu dia bila buat homework dalam buku aktiviti

Buku 7 lagi mencabar nampaknya dan mungkin kena ambil masa lama jugak ni. 
Bermula lah sesi ajar ooo dan eee serta membaca cerita pendek. Fuhh.. sabar.. sabar..  
Untuk  inginkan Adam cepat pandai membaca, kenalah sabar dan sabar.. Lepas ni barulah ajar english pulak tapi saya nak tunggu Adam 5 tahun baru nak ajarkan dia membaca dalam english pulak. 5 tahun rasanya dia dah matang sikit dan ready nak belajar english yang lagi mencabar tu. Inshaa Allah..

Nota : Saya dapat surat panggilan exam ptd 13hb ni.. Tak tahulah nak pergi atau tak. Study pun tidak, sempatkah? Saya ni bab esei english tu yg tak berapa sikit. Haha.. Mengaku tanpa segan silu. (^_^) Otak pun dah berkarat benar dah. Emm.. asyik exam je saya ni tapi pass nye tu tidok. Huhu.. (ayat orang frust je kan.. atau give up kah??) hihikk.. (^_^)

Gaya rambut Adam masa Baby vs 4 tahun


~4 tahun vs 6 bulan~
Mana lagi comel hensem? huhu.. perasaan tul.. (^_^)

Minggu lepas, adam potong rambut dan jadilah dia botak... Haha.. Cuaca panas sekarang, sebab tu botakkan sikit rambut dia. Lagipun adam ni tak boleh rambut panjang sangat, dia akan cepat kena demam atau selsema. Tapi kali ni, botak rambut dia, biasa potong pendek bagi nipis je. Ini abahnya suruh pokcik kedai gunting rambut tu botakkan pakai mesin nombor 2 kot. Dia balik je rumah, saya terus gelak tapi adam relax senyum je..siap cakap lagi, "kan panas kan, adam botak lah.. hensem kan botak", katanya kan.
Comel tak? Haha.. saya suka tengok dia botak camni, makin geram jadinya..

Buku aktiviti yang membantu Adam

Bila dah boring asyik bagi adam buat aktiviti permainan bahasa je, maka saya belikan adam buku-buku aktiviti pulak. Hehe.. Lagi senang kerja saya, tengok je dia buat dan tandakan betul atau tak. Kalau main games bahasa, saya kena guna tenaga banyak sikit. So, dengan keadaan diri yang dah semakin cepat penat ni... belikan jelah buku-buku aktiviti pengukuhan kat adam. Mudah kerja saya... Haha.. (^_^)
Beli 4 buah buku aktiviti dan satu buku aktiviti Iqra'. Buku aktiviti ni sesuai dengan umur 4-6 tahun. Saya tengok isi kandungan pun sesuailah dengan Adam. Mudah nak faham dan aktiviti kat dalam buku ni pun menarik jugak. Dah saya mencari buku aktiviti yang dicari dari hari tu lagi tak ketemu jugak, sudahnya ganti aje dengan yang jenis lain. Pun boleh ajer.. asal mudah untuk anak faham dan buat. Satu tu Rm3.95 je.. Borong jelah poww abah adam, nak banyak lagi tapi cam over ler pulak kan. Hihik. Next time... (^_^)
Ini pengukuhan untuk sukukata terbuka. Yang perkataan macam ni, adam dah semakin lancar dah nak faham sebut dan baca. Alhamdulillah... walau kadang-kadang suka mengeja jugak, takpelah.. nanti bila dah lama-lama dah biasa nanti kuranglah mengejanya tu.
 Yang ni untuk sukukata tertutup.. Bila dia dah buat homework dalam buku ni kan, barulah dia boleh faham nak gabung bunyi akhiran tu. Memang membantu betul.. Cara dia eja gabung pun dah semakin baik sikit.
 Menarik kan? Adam pun suka buat bahagian ni. Dia excited nak tahu bila cari sukukata dan kaler jadi bentuk apa. Sambil kaler, sambil sebut apa yang dia kaler dan barulah dia faham nak sebut bacanya.

Sunday 7 April 2013

Dalam banyak-banyak............


Dalam banyak-banyak mainan............... itu jer yang dia nak? Lawak pun ada.
Adam sekarang dah tak macam dulu, sekarang dia dah makin bijak. Tak dapat mainan sangat pun, dia tak kisah sangat dah. Setiap kali masuk shopping  Mall, dia memang akan ajak ke sudut mainan tapi dia sekadar tengok-tengok dan cuci mata je. Kalau kami tak offer dia apa-apa, dia diam jelah dan kalau dia rasa nak apa-apa pulak, dia akan minta izin tanya boleh atau tak belikan. Lega sikit bila dia kurang berperangai sangat kalau ke mana-mana sekarang ni cuma satu je... kena jaga perut dia.. Tak boleh lapar, bila dia lapar dia akan moody.. Haha.. Yelah, bila lapar kan tenaga takde dan otak pun tak boleh berfikir dengan baik.. (^_^)

Semalam ke Mydin Mall... dan dalam banyak-banyak mainan tu, ini yang dia nak.. Senyum je kami.. (^_^)
 Tak tahulah apa ke namanya ni. Kalau saya panggil benda ni orang payung terjun. Hihik.. Beli dua, RM2. memang lawak Adam nih.. Dalam banyak-banyak ini yang dia nak. Haha... Agaknya dia dah tak tahu nak apa sebab dah banyak mainan kat rumah kot.
Awal-awal ni memang duk main jelah.. nanti dah bosan entah ke mana dicampaknya benda tu. 
 Ini cara-cara main yer.. Dia siap ajar saya lagi. Dah ada dua, "Satu untuk ibu, satu untuk Adam", katanya kan.. 
Melayan si anak bermain buat hati jadi tenang. Melihat si anak tersenyum gembira buat hati jadi riang. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan-MU dan amanah-MU ini kepada kami. 
Buatmu anak ibu, kamu tetap hebat di mata ibu, kamulah yang terbaik di hati ibu. Semoga kamu membesar menjadi insan berguna yang membanggakan kami. 
Ibu dan abah sayang kamu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute