Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 16 March 2013

Cara saya ajar adam kenal huruf dan sukukata


'Bacalah anakku' adam dah di buku 3. Ikutkan penilaian di belakang buku tu, adam dah boleh mulakan buku 4 tapi saya masih teruskan buku 3 lagi untuk sehari dua ni sebab dia masih ada sedikit kekeliruan dalam menggabungkan bunyi beberapa perkataan. Alhamdulillah, adam dah boleh membaca ayat-ayat pendek walaupun agak lambat dia menyebut dan membacanya. Mulanya saya ingat adam ni menghafal ke bunyi huruf dan sukukata tu dan untuk pastikan samada dia menghafal atau tak, saya uji dia dengan menulis huruf-huruf sukukata dan perkataan pada whiteboard, kemudian minta dia cuba bacakan dan dia baca dengan baik walau lambat-lambat sikit. Itu maknanya dia tak menghafal lah kan? 

Selain guna flash kad untuk membantu sesi belajar membaca tu, saya juga buat aktiviti kolaj dengan tampal kertas dan juga mewarna pada huruf-huruf atau sukukata. Sambil adam buat sambil dia baca sukukata tersebut. Mungkin dengan cara ni dapat membantu daya kefahaman dan ingatan dia serba sikit.
-Tampal-menampal cebisan kertas-
-Bermain dengan water colour-

Lain orang lain caranya.. Saya pun hanya mencuba apa saja cara yang boleh buat adam suka untuk belajar membaca walau tersangatlah mencabar sebenarnya. Yelah kan, kadang dia boleh dengar kadang dia buat dek je. Itu pun dah jadi satu lagi cabaran bila nak kena pandai tengok mood dan kemahiran mendengar dia. Tapi takpe, ajar perlahan-lahan dan tak perlu nak memaksa dia untuk cepat pandai. Masih banyak tahun lagi untuk dia belajar sebelum sekolah rendah.. Tapi kalau anak dapat membaca dengan baik sebelum 6 tahun, sangatlah seronok kan. Lagipun adam bukan saje perlu belajar membaca tetapi dalam masa sama juga kena belajar  Iqra'. Jadi kenalah pelan-pelan kayuh... Kesian kot kat dia kalau terlampau memaksa sangat. Saya sebenarnya rasa bersemangat dan sedikit tercabar bila terbaca kata-kata ini.. "Celik huruf bukanlah satu anugerah tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru". Kan?? Besar rupanya tanggungjawab dan peranan  ibu dan bapa ni. 

Play&Learn : Colour Matching


Lagi aktiviti adam, suaipadankan warna. 
 Saya print tool ni kat web Mrprintables. Bahan-bahan lain ialah folder, gam dan gunting. Folder tu pulak, saya just guna manila kad dan buatlah jadi folder fail. Lagi senang dan jimat.. Hihik.
Excited nak buat lepas balik sekolah hari tu. Dia nampak je saya print benda ni, terus nak buat. Itu pasal baju pun tak pakai..
Dah siap pun fun file folder ice-cream Adam. Tangan tunjuk best tanda suka.. :)

~Muffin~

Tiba-tiba rasa nak makan muffin..So, ajaklah adam turut sama membuat muffin sambil saya cakap M for muffin.. Alphabet learning for today. Hihik.. Saya sebenarnya memang suka ajak adam join sama time saya membaking. Dah lama teringin nak buat muffin choc chips. tapi kali ni tak cukup banyak pulak letak choc chips sebab saya beli yang sikit je. Takpe, next time buat lagi letak banyak-banyak baru sedap.
Mujurlah ada chef cilik ni menolong. Cepat sikit siap.. Hihik.. TQ adam.. :)
Dah siap muffin choc chips..
Taraa... inilah hasil kerjasama kami berdua.. Comel tak??

Friday 15 March 2013

Art&Craft : Belajar Guna 'Water Colour'


Aktiviti adam di petang Jumaat. Maklumlah belah pantai timur kan tak bersekolah hari ni. Jadi adam ni yang  bosan dan sibuk duk tanya takde aktiviti baru ke untuk adam? Haha.. sudahnya layankan ajelah. Buat pertama kalinya adam kenal water colour dan belajar menggunakannya. Tersangat excited lah budak ni jadinya kan.
 Alatan : Beberapa helai kertas putih (saya guna kertas A4 jer), water colour, berus dan tempat bancuh warna. Buku tu pulak pinjam dari library sebagai rujukan saya. Saya ni memang bab seni kurang sikit.. Itu yang blur je, mujurlah ada buku ni membantu camne nak ajar adam buat corak. Maka, belajarlah buat corak catan hari ni. :)
 Guna tangan untuk buat corak tapak kaki... Tengoklah tu betapa syoknya adam mengecop. Haha..
Yang ni pula saya potong kentang.. Opss tak menjadi corak star pun sebab saya tak pandai nak ukir bentuk star atas kentang tu. Haha.. Sudahnya belasah jelah adam apepun ibu bentuk.. Tetap menjadi jugak coraknya kan.. :)
Taraaa............ hasil-hasil karya corak catan daripada adam. Ada yang ikut buku dan ada yang main ikut suka hati je ajar dia buat.. Hihik. Nama tu adam yang tulis sendiri. :)

p/s : Lepas dah selesai aktiviti ni, sila basuh tangan bersih-bersih yer.. :)

Kan dah kena tegur.........


"Haaa ibu... buang merata-rata yer, tengok ni", kata adam sambil mengutip kertas tu dan tunjuk kat saya. Haha.. "Opss ibu tertinggallah, bukan sengaja". Itu saje yang dapat saya berikan alasan. Itulah kan, dari kecil saya duk ajar dia buang sampah dalam bakul sampah dan tak boleh buang merata-rata. Sekarang kalau saya yang terlambat buang atau terlupa....... kan dah kena tegur dengan anak.. hahaa.

Kalau ke playground pulak kan, bila adam tengok ada budak buang sampah camtu je.. Dia pulak yang membebel macam marahkan budak tu. Katanya, "apalah abang tu buang rata-rata, kan ibu kan". haha.. itu nak suruh saya puji dia lagi bagus ke apalah tu agaknya. Muahaha.. Kadang-kadang buat saya tersenyum je dengan teguran spontan dia. 

Semalam pula, abahnya kena tegur. Saje jelah abahnya nak tengok dia dan buat-buatlah makan baring. Apa lagi kena sound lah. "Eh abah, makan mana boleh tido, makan duduk". Hahaa... Kan dah kena tegur dengan ayat yang sama sepertimana kami beritahu dia dulu. Oh anak.......... sudah besar kamu kan. Dah pandai tegur orang pulak. Hihik.. Tapi dia tegur ibu abahnya jelah depan-depan. Kalau buatnya pergi sound orang lain pulak, kan ke over pulak dah tu. Betullah....... apa yang kita ajar anak dari kecil lagi walau sedikit sebanyak pun setiap arahan atau teguran kita tu akan melekat kat minda anak. 

Thursday 14 March 2013

Aktiviti 4 : Match ABC & 123

Setiap malam lepas je siap mandi, adam dah sibuk mengajak saya, "Jom lah ibu kite buat aktibiti", versi adam sebut aktiviti yang sedikit pelat.. Hihik.. Agaknya adam seronok dengan aktiviti-aktiviti belajar sambil bermain camtu. Betul lah.....baru saya percaya yang berkesan rupanya kalau buat begitu dimana boleh menimbulkan minat untuk anak suka belajar. Walaupun keadaan diri ni yang terkadang penat, tetapi saya turutkan juga. Cuma risau macamanalah nanti saya dalam pantang dan ada baby kecik, saya kena lebih pandai mengurus masa lah nampaknya. 

Proses mengajar adam membaca dah pun di buku 3, walaupun agak perlahan dia membaca ayat-ayat pendek tetapi itu normal bagi budak 4 tahun yang baru je nak belajar membaca. Inshaa Allah, saya akan berusaha gigih lagi dan selalu ingatkan diri saya supaya tak terlalu 'push' dia sangat untuk menjadi cepat pandai membaca. Seronok dengan perkembangan dia dan ternyata kaedah fonik lebih mudah difahami dan diikuti kanak-kanak. Iqra' pula adam belajar di sekolah, juga menunjukkan perkembangan yang positif bila dia dah boleh membaca dan menulis alif ba ta. Alhamdulillah............ keputusan untuk hantar dia bersekolah awal menunjukkan satu perkembangan yang baik dan dia sekarang pun dah happy ke sekolah. Tiada lagi drama dan rajuk di pagi hari..
 Jom kira..... Kalau dulu adam memang kiranya tak betul dan bertukar-tukar aje bila baca 123, tapi sekarang alhamdulillah dah semakin baik cara dia mengira.
 Saya download dan print tool ni kat SINI. Kemudian saya gunting dan gam kan nombor-nombor tu di penutup botol air mineral.. Hihik.. Menggunakan apa saja barangan yang boleh di 'recycle' kat rumah. :)
Kelebihan aktiviti begini ialah dapat membantu anak untuk mengecam dan mengenal huruf serta nombor. Saya seronok dan si kecik saya ni pun lagilah seronok. Walaupun adam kadangnya aktif melompat sana-sini dan ada juga ragamnya, saya kena sabar jelah cuma yang dapat saya lihat sekarang ni kan, dia dah kurang meragam yang buat hilang sabar berbanding dulu dan perangai pun dah matang sikit. Takdelah dia kena marah dengan abah dia sangat sekarang ni. haha.. kalau dulu kan asyik kena marah je sebab dia suka meragam. Tunggu pulak macamana ragamnya bila adik dia keluar nanti.. Hihik... Nervous juga saya sebenarnya.. Doakanlah yang baik-baik untuk saya dan kami sekeluarga yer.  :)

Wednesday 13 March 2013

Craft Time : Colour, cut and paste

Seronok melayan anak bila dia sendiri minat nak cuba itu ini. So, terpaksalah saya mencari tool yang baru untuk dia kat web-web yang ada free download segala bagai teaching tool for pre-school ni. Saya pun tak tahulah kenapa saya begitu bersungguh buat pelbagai aktiviti belajar sambil bermain dengan anak sekarang ni. Haha.. Mungkin impian nak menjadi seorang cikgu tak tercapai, makanya jadilah saya seorang cikgu di rumah dengan anak. Hihik... :)

Ini aktiviti semalam selepas sesi belajar membaca. Adam sendiri yang tanya, "Lepas ni kita nak buat apa pulak ibu?" Disebabkan itulah saya harus juga rajinkan diri mencari idea untuk sesi belajar dia setiap malam kerana dia sendiri yang menunjukkan minat. Alhamdulillah... Semoga dia akan terus begitu hinggalah ke besar.
 Adam masih belajar macamana cara nak cut gambar tu dengan betul.. Dia masih belum biasa pegang gunting dengan baik. Ada yang dia gunting terlebih.. Haha..
 Dah siap kaler, dia gam pulak..
 Yeay!! dah siap dua hasil craft saya. 
~Train dan Boy~
Gambar-gambar ni saya dapat dari web makinglearnfun dan print. Banyak jugak bahan-bahan yang boleh kita guna untuk jadikan bahan belajar anak kat situ.
Entri saya di blog ni lebih banyak tentang perihal anak-anak dan perkembangan mereka. Saya seronok berkongsi dengan kawan-kawan semua di sini dan mana tahu ia boleh dijadikan satu perkongsian idea yang baik serta dapat kita saling bertukar-tukar idea. Tidak terlintas langsung di hati saya untuk menunjuk-nunjuk jika ada yang berpendapat demikianlah..

Monday 11 March 2013

Aktiviti 3 ~ Number and Stickers

Kali ni cuba belajar mengira dan mengenal nombor supaya lebih bagus.
 Worksheet number tu saya print dari SINI aje dan saya gunakan sticker yang di print sendiri oleh abah adam. Rajin pulak abah adam ni kan print sticker dot dot tu.. Haha.. Sebenarnya nak lebih mudah, beli aje sticker tu kat kedai buku. :)
 Kira dan tampal.. satu lagi aktiviti yang disukai adam.
~Senyum tanda suka~

Nota : Saya bukanlah seorang guru mahupun belajar jurusan pendidikan kanak-kanak tapi saya akan berusaha menjadi seorang ibu dan guru yang terbaik buat anak saya. Setiap ibu pasti mepunyai harapan yang tinggi untuk melihat kejayaan anak-anaknya. Saya akui satu masa dulu ramai yang selalu sindir saya kenapa tak berkerja dan memilih menjadi surirumah walau ada kelayakan untuk berkerja makan gaji misalnya tetapi saya diamkan aje setiap persoalan orang kerana hanya saya yang tahu kenapa mengapanya.  Ilmu yang dipelajari dulu masih saya boleh praktikkan dalam rumahtangga terutama dalam mendidik anak-anak. Rezeki dan jalan hidup setiap manusia itu berbeza. Mungkin inilah yang terbaik untuk saya dengan memilih kerjaya ini. Saya bersyukur segala apa yang ada hari ni dan sentiasa mengharapkan kehidupan kami akan menjadi lebih baik di masa depan. Terima kasih kepada suamiku yang sangat bertanggungjawab terhadap keperluan kami dan menerima baik burukku seadanya diriku ini. 

Usaha yang mula berhasil.........


Lagi cerita kami... lagi cerita puteraku.. Kalau nak mencari cerita gosip atau artis memang takde lah kat sini.. Hanya cerita kami, cerita indah kami dan cerita hari-hari kami untuk kenangan tatapan kami di hari depan. Jangan bosan yer. Kalau bosan, button X  ada kat atas tu.. Hihik....  :)

Alhamdulillah, syukur..... Itulah yang dapat diluahkan apabila usaha saya mula menampakkan hasil ke arah yang positif. Ternyata pilihan untuk membeli set buku itu tak sia-sia. Pada mulanya, saya sendiri pening nak memahami kaedah fonik dalam ajar anak membaca ni tapi dengan bantuan cd dan buku panduan serta ada juga saya google sikit-sikit tentang cara ajar kaedah tu, saya jadi semakin selesa. Adam pun yang pada awalnya pun keliru dah semakin boleh memahami. Mula-mula tu memang peninglah nak ajar mengeja atau fonik kat dia sebab adam memang dah kenal dan boleh hafal huruf ABC, tapi saya cuba je dulu sepertimana dalam buku tu. Mujurlah dia boleh ikut dan mula faham cara membunyikan setiap huruf dalam buku 1 tu dan hasilnya setelah hampir seminggu, dia dah lulus buku 1 dan boleh mula buku 2 pula. Adam pulak yang bertambah tak sabar nak mulakan buku 2 tu. Alhamdulillah..... Minat dia untuk belajar membaca di tahap yang tidak membuatkan saya hangin kalau nak mengajarnya. Hihik... Sebab tu saya ni kena pastikan saya sentiasa sabar dan tenang semasa ajar dia membaca. 

Pelbagai cara jugalah terpaksa saya fikir dan buat untuk menjadikan sesi belajar membaca tu ceria dan tak membosankan dia. Haha.. Tiba-tiba saya menjadi semakin rajin pulak melayan dia belajar hinggakan encik suami tegur, kenapalah dengan saya sekarang ni.. dah dekat nak due makin rajin pulak melayan adam belajar.. Huhu.. Sebenarnya saya baru je dapat kerajinan dan kesedaran kot... Hehe... 
 Untuk bagi dia lebih cam bentuk rupa dan cara bunyikan huruf, saya buatkan kertas-kertas huruf dan bagi dia ikut huruf-huruf tu dengan playdough.
Adam sangat suka belajar sambil bermain macam ni rupanya... Kalau setakat membaca je bagi dia tengok buku tu memang sekejap jelah dia OK lepas tu dia dah mula tak duk diam sebab bosan tapi lepas cuba buat camni, dia OK je sampailah habis satu buku tu.
Bila dah siap semua tu, saya buat ujian pula kat dia untuk pastikan samada dia dah boleh bezakan atau tidak cara baca huruf tu. Keliru sikit-sikit tu normallah bagi anak kecil seusia dia tapi asalkan dia boleh faham sikit-sikit, itu dah cukup buat saya happy dan dia pun happy dengan pencapaian diri dia sendiri. Semoga anak ibu akan lebih rajin dan pandai lagi yer.. Ibu sayang abang adam.. 

p/s : Kawan-kawan juga boleh la cuba buat aktiviti macam ni kat rumah dengan anak-anak, pasti seronok tau.. Idea yang boleh dikongsikan bersama. Semoga anak-anak kita semua menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat.. Inshaa Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute