Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 9 March 2013

Aktiviti 2 ~ Tampal Menampal


Bila buat aktiviti ini, teringat pulak saya zaman sekolah rendah dulu masa kelas pendidikan seni. Seronok tengok bila adam pula yang teruja buat hasil seni dia sendiri. 
Seni tampal-menampal atau lebih dikenali sebagai seni kolaj. Banyak kelebihan aktiviti begini dimana dapat membantu kemahiran motor halus kanak-kanak.
 Bahan-bahan yang saya gunakan : Kertas A4 yang dilukis gambar seperti rumah, pokok atau apa sahaja yang disukai, gam, gunting dan kertas terpakai (saya guna brochure promosi yang terpakai).
 First time saya izinkan adam pegang gunting dan belajar menggunting sendiri kertas-kertas tu. Mula-mula risau jugak takut terluka tapi bila difikirkan kalau tak ajar dia menggunakan kemahiran jari-jemarinya tu pegang gunting, macamana dia nak pandai kan.. So, biarkan ajelah dia belajar pegang gunting dan gunting kertas tu. Gunting yang adam guna tu sebenarnya bukan yang tajam sangat pun. Saya pun pesan jugak kat dia, kalau nak guna gunting kena ada ibu atau orang lebih besar. Tujuannya untuk elakkan dia menggunting sesuka hati tanpa pengetahuan saya.
Jom tampal............ 
Ok... Dah siap dua hasil seni kolaj Adam untuk pertama kalinya.
Sebagai ganjarannya, Yeay!! dapat lagi great star dari ibu... :)

Melayan anak belajar sambil bermain adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan di samping dapat merapatkan lagi kasih sayang serta komunikasi antara ibu bapa dan anak. Proses mengajar dia membaca masih lagi di buku 1. Nampaknya memang tersangatlah kena bersabar hinggalah dia fasih dan lulus buku 1 tu. Normallah kan, di awal permulaan akan memakan masa yang lama untuk dia kenal, fahami bunyi dan huruf untuk membaca. It's ok, tak perlu push sangat dia hingga dia rasa terpaksa pulak kan. Lagipun masih banyak lagi masa untuk dia belajar membaca. Semoga diri ini akan dapat menjadi seorang ibu yang lebih penyabar. Inshaa Allah... Adam ni kalau bab ajar membaca tu kena ikut mood dia jugak, kalau dia tak duduk diam tu kena stop jelah dulu.... sambung lain masa pulak. 

Friday 8 March 2013

Aktiviti 1 ~ Clothespin and Number


Saya mula tertarik untuk melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran di rumah dengan anak selepas saya terbaca satu blog yang mengamalkan aktiviti begitu dengan anak-anaknya. Dia telah berjaya membuka minda saya dan memberi inspirasi untuk saya turut cuba melakukan perkara yang sama. Terima kasih akak... Kalau nak melawat blog akak tu bolehlah ke sini. Saya terjumpa blog ni bila saya google word 'homeschooling'. Ternyata apa yang dikongsikan akak tu di blognya sangat membuatkan saya teruja untuk lebih prihatin lagi dalam soal pendidikan anak-anak ni. Inshaa Allah akan saya cuba praktikkan dengan sistematik. Harapan untuk melihat anak menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat haruslah disusuli dengan usaha dan kesabaran yang tinggi. Kan? Saya akan cuba yang terbaik untuknya.
Inshaa Allah..

Aktiviti pertama Adam : Mengira nombor.

Bahan yang digunakan 20 keping penyepit kayu dan piring nombor. Saya download dan print. Sangatlah memudahkan kerja bila adanya teknologi IT ni kan. Hihik... :)
Tapi saya guna penyepit plastik dan nomborkan pada kertas dan lekatkan kat penyepit tu. 

Satu, dua, tiga..................... Syoknya dia mengira.
 1-10 ok lah dia kira dan match kan sampai habis tapi bila 11-20, dia agak keliru sikit sebab baru nak kenal huruf berbelas kan. Takpe anak ibu, usahakan hingga berjaya.
 Done!! Seronok sangat dia dapat buat aktiviti ni. Bila tanya suka tak? Dia jawab suka dan bestlah... Alhamdulillah.
 Saya juga sediakan reward point kat dia sebagai satu suntikan semangat untuk dia happy belajar dan dalam buat sesuatu. Ternyata dia sangat sukakannya dan teruja untuk dapatkan lebih banyak lagi star great job tu.
Inilah antara hasil bahan yang saya dapat dari internet dan ada juga yang buat sendiri.. Hehe.. 

Banyak rupanya cara nak galakkan anak untuk suka belajar tetapi dalam masa sama buat dia seronok dan tidak bosan. Saya pun baru dapat kesedaran dan akan cuba merajinkan diri saya ni.. Hihik.

Wednesday 6 March 2013

Step 1~ Set Buku Bacalah Anakku

Setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak mula pandai membaca seawal usia kan.. Sama juga seperti saya yang sangat berharap moga-moga anakanda saya tu boleh membaca bila dah masuk darjah satu nanti. Saya terjumpa set buku ni dan kebetulan birthday adam, saya belikanlah set bacaan ini untuk dia. Mula-mula saya tengok cd  panduan tu, saya dapati kaedah yang digunakan berbeza dimana menggunakan kaedah fonetik dan bukannya kaedah mengeja sukukata. Sebelum ni saya ajarkan adam mengeja sukukata tapi macam kesian pulak sebabnya dia yang baru usia 4 tahun tu perlu ingat sukukata yang banyak kan. 
Bila saya cuba fahamkan kaedah fonetik ni dan google info sana sini, bertanya kawan-kawan dan ada yang seorang kawan tu siap pergi kursus lagi untuk faham kaedah ni, barulah saya faham macamana teknik ajarnya. Saya dah cuba ajarkan adam dengan kaedah ini dengan buku 1 iaitu huruf a, i dan u. Nampaknya dia seakan boleh faham dan dapat tangkap jugalah sikit-sikit macamana nak bunyikan huruf-huruf tersebut.

Apa itu kaedah fonetik ni? Kaedah ini sebenarnya kaedah yang sesuai untuk kanak-kanak yang memperkenalkan bunyi huruf secara sistematik dimana anak-anak perlu tahu bunyi huruf, kenal huruf dan mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

Saya akan cuba berusaha ajar dia tetapi bukan dengan memaksa dia. Masih banyak waktu lagi untuk dia belajar sebelum masuk sekolah rendah. Inshaa Allah, akan saya ajar dia step by step hinggalah dia dapat membaca dengan sendirinya. Alhamdulillah setakat ni dia menunjukkan minat untuk belajar. Harapnya terus begitu hinggalah misi untuk dia pandai membaca berjaya. 

Dulu, zaman saya........ belajar mengeja, membaca hanya di sekolah dan pandai membaca pun dalam darjah dua kot baru pandai. Zaman sekarang sangatlah berbeza dengan adanya macam-macam kaedah dan teknologi, rasanya tidak ada salahnya mengajar anak mula membaca seawal usia kan? Kalau mahukan anak tahu membaca, haruslah ibu bapa yang memberikan semangat dan dorongan kepada mereka. Pendidikan yang terbaik bermulanya dari rumah.... Kitalah ibu bapa dan kita jugalah guru.. Walau agak mencabar kesabaran jugak sebenarnya ni... Huhu.. :)

Buat sahabat-sahabat yang sudi, bolehlah berkongsi tips dan pengalaman dengan saya bagaimana cara mengajar anak membaca dengan berkesan..

Tuesday 5 March 2013

~Happy Birthday Manja Ibu~


5 Mac 2013 ~ Genaplah putera sulungku 4 tahun. 
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN SAYANG...........
Semoga anak ibu sentiasa dilindungi-NYA Yang Maha Esa.
Dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan.
Berjaya serta cemerlang di dunia dan akhirat.
Semoga manja ibu membesar menjadi hamba yang sentiasa taat pada Allah s.w.t, menjadi anak yang sentiasa berbuat baik pada ibu dan abah dan menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.
 IBU dan ABAH SAYANG KAMU.
 `Happy birthday Adam~ We Love You So Much~
 ~Special cake from ibu to you~
Adam mintakkan saya buatkan kek untuk dia dna lukis gambar ultraman. Terpaksalah usaha jugak buat walau sedikit penat. Comot tapi bolehlah... Sponge kek tapi buttercream saya tersilap resepi terlebih gula aising, jadi tak mengancam sikit rasanya. Huhu.. takpelah janji otomen kan...  :)
Hati saya cukup tersentuh bila adam ucapkan, "Terima Kasih Ibu sebab buat kek otomen kat adam" dan dia cium pipi saya... Satu ungkapan yang ikhlas dari hati anak kecil itu cukup buat saya terharu.. Ibu sayang Kamu dak Adam.
~Hadiah dari Ibu dan Abah~
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute