Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 12 December 2013

~Light Cheese Cake~


Tak sia-sia bereksperimen di dapur malam semalam. Dah agak lama saya tak buat kek yang kena buat meringue ni.. kek karamel pun dah lama tak buat. Bakar pun kena kaedah stembake.. Seronok sangat bila buat menjadi. Hihi.. Tapi kan.... sebenarnya saya pernah jugak fikir.....belajar tanpa guru terasa kurang lengkaplah.. yelah, saya kan banyak belajar cuba buat jer sendiri apa-apa resepi yang saya rasa nak cuba tu...Tak jadi, saya akan ulang buat dan ulang lagi. Banyak juga saya belajar dan cuba fahami sendiri apa yang perlu dan tak perlu... tapi kadang rasa kurang lengkap sebab tak belajar dari mereka yang lebih mahir.

Teknik yang sebetulnya tu sukar nak difahami dan cara nak buat duit dengan dunia bakery ni pun masih kurang saya faham. Terutama bab letak harga.. Pengiraan costing tu adalah jugak saya belajar sikit-sikit (ilmu masa study dululah). Tapi bila nak letak harga tu... haaa part ni saya rasa serba salah nak letak. Kadang pikir takut orang cakap mahal la apalah.. Itu yang terkuranglah 2-5 hinggit dari harga cost + anggaran harga yang saya kira awalnya tu. hahaha... sebab tulah saya kena mendalami lagi ilmu dalam dunia bakery ni dan saya harus mencari guru dan belajar dari yang lebih mahir. Ekceli saya dah intai-intai  dah kelas-kelas personal tu cuma jauh jelah sikit.. Saya akan try cari yang kat kuantan atau kemaman, dekat sikit nak pergi. InshaAllah... saya akan attend jugak kelas idaman tu.. Wah gitu kan.. teringin nak belajar deco cantik-cantik wehh... Dah ada sedikit bakat ni, tak mahulah terkubur dan disia-siakan begitu saja kan.. InshaAllah... ini dah jadi salah satu azam dan misi tahun baru kot ni.. Hihi..Panjang pulak membebel erk...(^_^)

Ok, ni light cheese cake yang saya buat semalam.. resepi dari blog ha-sue. 
 Topping dengan blueberry.. yang choc rice tu kerja Adam.. dia nak letak atas tu..

Resepi : Light Cheese Cake
Sumber : ha-sue

A :  125 gm cream cheese + 300 ml susu segar  + 80 gm mentega

** panaskan susu, masuk cream cheese. masak hingga cair, masuk mentega dan kacau sebati. padam api, ketepikan

B : 
3 biji telur gred a (asing putih dan kuning)
80 gm tepung gandum
80 gm gula halus
beberapa titik esen vanilla

** putar putih telur dan gula hingga jadi meringue.
** dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang. masukkan adunan cheese dan kacau sebati. ayak tepung gandum sikit-sikit masuk dalam adunan dan sebatikan.
** masuk meringue dan esen. kaupbalikkan adunan hingga sebati. masuk loyang dan bakar dengan kaedah steambake/bainmarie 160c selama 45 minit atau hingga masak.

3 Komen Cerita Hati:

Kasih Salina said...

sedapnya..saya dan anak2 suka sangat dengan cheese cake.

Unknown said...

hmmm...sedapnya, moga impian itu menjadi kenyataan ye

Puan Kutu said...

blueberry one of my peberet taste.sedap.hoho...

nk buat tp nak resepi pakai cawan boleh?takde penimbang plus malas.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute