Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 15 October 2013

~Kek Keju Meleleh~


Saya adalah penggemar cheese cake. Sebelum ni duk tayang cheese cake versi begini kan yang agak kering sikit tapi sedap jugak yang versi camgitu sebenarnya. Tapi yang buat saya teruja tu bila buka fb je ada kawan duk tayang-tayang kek ni. Keterujaan tengok kek yang moist dengan keju meleleh tu memaksa saya bereksperimen dengan kek tersebut dua hari yang lepas..

Ingatkan tak menjadi tau.. sekali menjadi lak sponge kek tu. Lama dah tak buat sponge kek, kotlah bantat ke apa kan. hihi.. Bila dah menjadi naik gebu tu.. sukalah hati makcik ni haa. Modal jugak tau nak bereksperimen dengan kek ini. Tang cheese dua jenis tu yang mahal tu.. Tapi kerana hati dah membuak-buak mahu jugak buat sendiri, saya beli ajelah. Mahal sikit harga cheese kat sini nak dibandingkan tempat lain. Tu pun mujurlah ade kedai bakeri yang jual barang kek dan memang satu tu je pun ada kat sini.
Menggunakan resepi sponge kek... yang ni saya buat sponge kek perisa strawberi dan sebab tu kaler pink.. Nak lagi sedap sponge kek coklat. Dah siap bakar kek sponge tu..potonglah masuk bekas camgini.. Kemudian, toppingkan dengan creamcheese + 3/4 cawan susu pekat + 3/4 cawan susu fullcream dan keju cheddar yang diparut. Sejukkan kejap dalam peti..makan sejuk-sejuk baru mabeles.. Alhamdulillah, eksperimen berjaya. Lepas ni boleh ler amik order.. Meh sape nak order ngan saya meh.. Haha.. (^_^)
Sila jangan jealous yer u olls.. Siapa tak pernah rasa, cuba-cubalah rasa.. Bila dah rasa memang akan mahukannya lagi tau dan mereka yang tak suka cheese..rugilah.. Hihi.. Abah AdamDhia tak suka cheese, makanya dia tak makan pun kek ni.. Haha..sangatlah rugi dia. (^_^)

1 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

sy peberet woo chess, tengah meleleh la ni tgok kek ayu.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute