Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 10 October 2013

Homeschool : Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir : Kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Otak kanan dan otak kiri ada bezanya.. Otak kanan sangatlah bagus untuk dipertajamkan dan baru-baru ni saya ada terbaca satu artikel member fb share pasal kehebatan otak kanan dan beberapa cara untuk melatih otak kanan. Otak kanan berfungsi dalam perkembangan emotional quotient (EQ). Oleh sebab itu.. saya cuba melatih Adam untuk latih otak kanannya. Ini antara salah satu latihannya. Nak lagi contoh latihan lain... cuba jer google..hihikk..

 Saya buatkan lukisan tak lengkap dan saya minta dia lengkapkan. Saya lukis rama-rama sebelah sayap, baju sebelah dan buku sebelah... mulanya dia pening... lama jugak dia fikir nak lengkapkan dan lukis cmne gambar tu..
hasilnya.... sebelah sayap rama-rama dia buat..dan yang lain tu dia lengkapkan jugak.. walau tak comel mana lakaran dia tu tapi oklah sebab boleh jugak fikir cmne nak bagi lengkap gambar tu  kan. Saya cuma cakap, cuba Adam fikir macamana rupa rama-rama yang biasa Adam tengok.. haaa baru dia lukis sayap lagi sebelah tu.. hihi baru faham agaknya.
 Yang ini saya uji dia dengan buat ala-ala peta minda, kemudian suruh dia lukis apa yang dia rasa nak lukis dalam kotak tu.
Ini antaranya... banyak jugak saya buat cmgini.. contoh apa dlm bilik tidur, bilik air dan kat dapur..hihi.. yang ni dia lukis apa yang boleh dilihat di pantai. Buruk dia lukis takpelah asalkan dia boleh fikir sikit kan dan jangan kritik lukisan anak. cakap jer cantik..hihi... Ada ombak, ada ketam, tapak sulaiman, khemah dan pasir..

Banyak jugak aktiviti yang boleh latih otak kanan ni..contohnya main tanah liat, water colour, gunting kertas dan apa saja yang melibatkan gerak kerja tangan kerana gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan. Main teka-teki dan main sambung-sambung cerita.. itu yang saya terbaca hari tu..

3 Komen Cerita Hati:

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu... org kata otak kanan ni lg bagus kan.. byk cara yg kita blh lakukan...

Puan Kutu said...

Wah macam ni dah cukup cantik adam lukis..mmg melatih otak kanan ni byk kebaikan..

Masya said...

Melukis ni mmg kreativiti untuk otak kanan... Tq ayu kongsikan entry mcm ni bgs utk sy jugak buat kat amir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute