Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 15 September 2013

Kasih Abang dan Adik


Dhia... bila tengok abangnya main.. nampak pada gaya dah tak sabar nak main sama.
Tengok abang dia lompat-lompat, mulalah dia macam gedik-gedik nak lompat jugak.. Ini bila ketika saya pegang dia lah, kaki dia tu gedik-gedik goyang jugak sebab teruja tengok abang dia boleh melompat-lompat tu.

Abang Adam.... semestinya pun tak sabar nak tunggu adik dia boleh jalan.. Katanya,"Nanti boleh ajak adik main kat playground."
Paling dia seronok bila saya dan Dhia dah boleh hantar ambik dia sekolah.. Suka sangat dia dan boleh dia cakap kat adik dia, "haa dik.. inilah sekolah abang." Konon adik dia paham sangatlah tu kan.. Hihi.. 
 "Dik....cepat..cepat...", agah Abang Adam bagi semangat kat adik dia supaya cepat maju gerak ke depan..
 Kalau Dhia meniarap, pasti abangnya akan duk sebelah sambil sembang itu ini..
Kadang tu dia bebel adik dia sebab suka main kuarkan air liur tu.. jejeh jejeh dia kata adik main air liur.. hihi..
 Dhia pulak memang suka kalau abang dia sembang dengan dia dan akan balas semula dalam bahasa russia dia..haha..
Anugerah terindah dalam hidupku.. 
Ya Allah, lindungilah mereka, peliharalah mereka, berkatilah mereka dan kurniakanlah kesihatan yang sentiasa baik untuk mereka. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

Nota : Ibu suka tengok gelagat kalian berdua. ibu harap kasihsayang anak-anak ibu ini sentiasa utuh dan saling menjaga antara satu sama lain sampai bila-bila. Bila anak-anak ibu dah dewasa nanti pun ibu harapkan anak-anak ibu tetap begini. Keluarga adalah segalanya dan utamakanlah keluarga, saling menjaga satu sama lain. ibu sayang anak-anak ibu.

6 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

kasoh syg adik beradik kan..sweet sgt adam n dhia..tak lama tu,kejap je dhia dh boleh jalan,nti bertatih antar abg adam kesekolah mesti sgt comel..:)

Sally Samsaiman said...

comel je 2 beradik tu meniarap gitu :P

Syamimi Saad said...

comelnya dhia.. :)

Chic Na said...

dah boleh diharap abang adam ni.. pandai main ngan dhia.. sweet je tengok.

Masya said...

kemain lg adam .. macam adk tu pahamm...

LYAfrina said...

sweet je,,
adik dhia sgt2 come..kulit putih gebu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute