Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 21 August 2013

~Raya Kami~


Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.. hihi.. masih belum terlewat kot nak ucap kat korang semua.. Raya kan sebulan..
Baru ade mood nak hapdate.. (^_^)

Raya kali ni, beraya di rumah ibunda tersayang saya dulu.. hihi.. Tapi sayangnya tak cukup gak ahli family bergambar. Al-kisahnya raya kali ni, adik saya yang keenam, adik lelaki saya tak balik raya.. kesian sangat dia. Bulan 11 baru boleh balik malaysia kerana kerja di arab saudi sejak bulan febuari hari tu lagi. Whattsap dan wechat jelah penghubung terdekat kami.Terpaksalah jugak dia ke sana sebab arahan dari company kan, lagipun kerja keras tu kumpul duit nak kawen agaknya tu. hahaha.. Kesian adikku yang sorang tu kerja keras dan berat.. sampai kurus dah dia. kata saya padanya, nanti dia balik, kita repeat raya. nanti mintak mak buat ketupat cicah sambal pedas ayam dan tapai pulut.. Hihi.. feberet dia tu. (^_^)

Raya kami... hanya ala kadar dan sederhana saja. Yang buat tambah cerianya kali ni beraya berempat.. Abah, Ibu, adam + Dhia. Tapi pic di bawah tiada gambar kami berempat, hanya gambar saya dan family jer. Kami berempat next entri.. (^_^)
v
v
v
 Adam dan Dhia dengan mak sedaranya Cu Mia dan sepupu mereka Syafina
 Dhia pakai baju kurung tapi orang ingat baju melayu dan ingatkan baby boy.. Haha.. sian Dhia, raya tanpa rambut.
 -Adam dan Fina-
Kat tangan Adam tu handset Pak Lang dia.. Budak Adam ni dah memang jadi terbiasa, balik umah Grandma.. rembat handset pak Lang nak main games dan buat handset Pak Lang macam handset dia yang punya.. Asal jumpa handset samsung jer... haa ade games. Pantang tau jumpe handset samsung.. sukahatilah dia menekannya. Kan dah pandai baca.. Asal jumpa samsung jer.. haa ade games, katanya kan.. Hihi.. Handset cap ayam ni, mana mahunya dia pandang. Alahai anak-anak sekarang, makin pandai.
 Berbaju melayu merah itu lah Pak Lang Adam.. adik lelaki saya yang nombor tujuh.
 Ini jer yang sempat bergambar... haha.. Kami 9 beradik tapi yang ada hanya beberapa beradik jer.. Yang lain-lain dah keluar dan ada yang malu. Tak biasa amik gambar ramai-ramai time raya, camginilah jadinya. Payah dapat amik gambar cukup ahlinya. (^_^)
Kami dengan my bonda sayang, abang long dan Cu Mia. Abang long saya tu bujang lagi..hihi.. tapi dah nak kawen kot tu. InshaaAllah.. Sian dia kawen lambat.. tanggungjawab pada mak ayah dan adik-adik kan. Tu pasal lambat jumpa jodoh. Harapnya bertukarlah tu statusnya tak lama lagi tu. (^_^)
-Mother of two- 
Alhamdulillah..

3 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

selamat hari raya!!!!besalah kalau x besa amik gambar...heheheh...aku tengok ko dah berisi...nampak lain...heheheh...x pe janji sihat...hehhehe...

Chic Na said...

dah letak scarf baru nampak cam baby girl.. huhu.. comel dhia..

selamat hari raya ayu..

Puan Kutu said...

ramainya adik beradik.9orang tu.klu raya mesti meriah sgt2..tp syg la takde gambar reramai kan.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute