Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 25 August 2013

Mood terasa di pagi hari........


Sayunya hati ini.......
di awal pagi melihat semangat anak nak ke tadika. Cuaca yang agak rintik-rintik hujannya... tetap dia semangat nak gi sekolah. Dia mintakkan payung... haa bukalah payung ben10 dia yang lama tu, sekali tengok dah rosak.. Hihi.. Katanya, takpelah.. bagilah payung ibu. Saya bagilah dia payung pink yang tak berapa nak baru tu dan agak besar juge lah untuk dia tu tapi mujur ringan nak membawanya kan. Nak dibagi payung lagi satu... emm terlalu besar pula.

Maaf sayang.. ibu tak dapat hantar kamu dan abah kerja. Sememangnya dia memahami dan memang dah menjadi kebiasaan pun pergi balik sendiri. Maka, dia menurunilah tangga dan berjalan kaki menuju tadikanya. Haaa mujur tadika dalam kuartes je kan.. Saya intai dari tingkap rumah jelah. Penat jugak tu bagi budak sebesar dia nak berjalan kaki ke tadika.
Sayunya hati ini dan tersentuhnya rasa bersalah bila melihat dia berjalan sambil berpayung menuju ke tadikanya. Alahai anak ibu............ sungguh berdikari kamu. Sungguh dah besar kamu dan sungguh kamu memahami. Sedihnya saya kerana dah jarang dapat hantar dan jemput dia balik dari sekolah. Takpe, nanti adik dah besar sikit bolehlah ibu mulakan rutin itu yer.. Maafkan ibu yer sayang untuk sementara ini.

Dia bukanlah anak yang terlalu nakal.. dia masih boleh mendengar kata dan nasihat cuma kadang-kadang perasaan marah yang sukar dikawal ini ada jua dan kadang selalu jer marah dia yang hanya suka main bising dan lompat sana sini. Itu aje sikap dia yang buat saya selalu nak marah. Pernah terbaca tips untuk kurangkan marah pada anak, sepatutnya saya perlu ingat tentang perkara-perkara yang baik yang pernah dia buat.. tapi kenapa saya selalu sangat cepat nak marah dia atas kesalahan yang tidak seberapa besar itu? huhukk. Ok, lepas ni akan lebih belajar untuk tidak terlalu emosi dan akan lebih belajar lagi macamana nak mendidik anak menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat. InshaAllah.. semoga dipermudahkan segala usaha dalam mendidik amanah dari-NYA ini sebaik-baiknya.
Dia sangat menyayangi adiknya. Kalau saya sibuk di dapur.. dia lah yang akan tolong henjutkan buaian adiknya jika adiknya terkejut. pampers adiknya pun dia yang tolong buangkan dalam tong sampah jika saya terlupa nak membuangnya dan siap kena bebel lagi.
Walau dia adakala nakalnya yang membuas itu yang tak menahan nengoknya itu..... tapi dia sebenarnya banyak buat saya tersenyum.

Ya Allah... lindungilah anak-anakku. Peliharalah mereka. Kurniakanlah kesihatan yang sentiasa baik buat mereka dan jadikanlah mereka anak yang soleh solehah. Amin...

5 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

sy sedih baca entry ni,nak nangis pun ada..sbb teringatkan Aiman..

Adam ni ibarat macam aiman gak la..selalu kena marah, walhal dia la yg paling byk sekali tolong ibu jaga adik.hukhuk..

P#eoniX said...

pandai adam jaga adik dah....heheheh...

Unknown said...

adam memang anak yg baik kan..

Chic Na said...

adam mmg good boy.. jgn risau ye ibu.. ;)

Masya said...

budak² baya adam ni masih nakkan perhatian, cuma ayu kenelah pandai amik masa untuk dia jugak .. kdg dia membantah tu sebab nak perhatian jer.. amir pun kdg mcm tu.. doakan baik². kata² dr mulut ibu kan satu doa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute