Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 24 July 2013

Dhia dah 7 hari tak BAB..........

Adakah normal bagi bayi yang fully breastfeeding tidak membuang air besar (BAB) sampai berhari-hari? Dulu pengalaman masa abangnya si Adam, pernah jugak sekali dua camgini.. dah hari ke-7 kot baru dia membuang tapi Dhia ni rasa macam lama ler pulak. Risau juga jadinya.. Bila bertanya dengan kawan-kawan dan google cari info kot-kot la ada mommies yang alami perkara sama. Oh, rupanya itu normal untuk baby yang full breastfeeding. Dhia tak membuang sejak rabu minggu lepas dan hari ni dah hari ke-8 dia tak membuang air besar (BAB).

"Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar." -sumber-

"Bayi yang menyusu badan mempunyai kekerapan buang besar yang berbeza-beza. Terdapat bayi yang akan membuang air besar dalam setiap lampin, ada juga yang buang air besar sekali sahaja dalam seminggu. Namun, satu perkara yang mereka perlu kerap lakukan ialah kencing."

Dhia takde pulak meragam. Selalu aje kentut dan diapers dia selalu je penuh sebab dia kerap buang air kecik kan... saya pun selalu jer urutkan dia lepas mandi. Nak kata dia sembelit... tak nampak pulak dia macam meneran sakit nak membuang. Hihi.. Hati seorang ibu selalu saje risaukan anaknya kan. (^_^)

Bertanya lagi pada kawan yang juga seorang JM kan, katanya tak perlu risau sebab normal bagi baby yang sepenuhnya menyusu susu ibu kerana baby akan proses zat susu yang diterima dan akan buang yang tak perlu. Tunggu jer sampai dia membuang air besar tu. Kalau dua minggu masih tak membuang jugak, barulah pergi jumpa doktor ataupun kalau tengok baby macam tak selesa dan kerap meragam, teruslah bawa gi klinik. Okey, fahamlah sikit saya disitu. Saya bukan ape, risau takut Dhia sembelit ajer.. Harapnya lepas ni dia membuang lah tu... kalau tak membuang jugak, saya kena minum jus oren lah nampaknya kot. Saya memang tak ambil jamu pun dan hanya ambil pil vitamin C pharmacy tu jer.. Itu pun dah stop kejap sejak tengok Dhia tak membuang ni tapi rasanya takde kaitan kot dengan pil tu sebab sebelum ni ok jer dia membuang masa saya makan pil tu. 

Oh Dhia... Senyumanmu menawan hati ibu.. Buat ibu bahagia melihat kamu. Alhamdulillah.
Semoga anak ibu sihat sentiasa dan membesar dengan baik bagaikan seorang juara.
Ya Allah, lindungilah anak-anakku, peliharalah kesihatan mereka dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah. Amin.

Nota : Ada tak mummy-mummy kat sini yang alami perkara sama cam saya dan ada ke tips boleh dikongsikan dengan saya??

7 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

mesti risau jugak kan.. tp dhia maintain senyum secomel comelnya.. hihi..

Puan Kutu said...

normal ekk..sy pun tak tau..sy afia dua hari tak berakpun risau.hehe so far paling lama pun 2hari je la si bambam tak berak.sekali berak selambak la..berturut2 dua tiga kali.hehe

P#eoniX said...

heheheh...baru tau...geramnye...cam nak cubit jer...heheheh...

AdaM Hawa said...

Geram tgk dhia.. mcm nk gomol2 dia je..

9n0L4 said...

tak pasti jugak. kalau kite yg besor ni pun mcm risau jugak kan. lame tak buang, byk buruk dari baik kot. kalau baby, tak tahu.

Masya said...

bab ni selalu konfius pasal apa eh ... mungkin nak jadi daging kot hihihi.. x dapat nak nolonglah ayu...

Masya said...

saya kongsikan link ni drpd blog ummi iman mana tahu membantu ayu

http://ummi-iman.blogspot.com/2011/01/petua-bayi-sembelit.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute