Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 28 July 2013

Bila anak-anak tak sihat........


Bila anak-anak tak sihat... hati seorang ibu pastinya risau dan tak keruan jadinya. Seorang ibu akan sanggup bangun berjaga malam semata-mata untuk anak-anak mereka. Itulah tanda betapa kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya.

Mula-mula Adam yang terkena selsema dan batuk dua hari yang lepas.. dah diberi ubat dan disapu serta urut ubat herba kat dada dia setiap malam dan sapu kunyit sikit atas batang hidung dia, beransur baiklah sikit nampaknya.

Malam semalam... Dhia pulak menunjukkan ketidakselesaan. Kesian pulak nengoknya. Rupanya Dhia punya hidung macam ersumbat kot yang buatkan dia tak selesa nak bernafas.. Takde pulak hingus banyak keluar dari hidung dia tu cuma bunyi macam ada hingus dan kahak. Terjangkit dari abangnya lah tu agaknya sebab Adam duk cium sayang Dhia je kan, tambah pulak Dhia dah botak kepala tu..lagi mudahlah nak jangkit kot. Dhia kan masih bayi dan baru je dua bulan lebih, mana boleh bagi ubat kan.. Saya hanya dapat bantu bagi sedikit keselesaan untuknya dengan susukan Dhia dalam posisi riba dan pangku tidak seperti selalu posisi baring.. sanggup tau bangun duduk demi Dhia... lepas tu, saya cuba tinggikan sedikit bantalnya dan menjadi rupanya, Dhia tidur elok jugak walau ade jugaklah terkejut-kejut tak selesa, bila dah camgitu, saya ngiringkan dia pulak. Saya pun dah sambung semula makan pil vitamin C. Ini first time Dhia tak selesa tidur waktu malam... kalau tak, dia lena elok je sampai ke pagi dan kejut pun sebab nak susu.

Info bagaimana mengatasi bayi selsema:
1) Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat simptom antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja. 

2) Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya. 

3) Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok. 

4) Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

5) Oleh sebab bayi terlalu muda untuk menghembus hidungnya sendiri, laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.

6) Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.

7) Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

5 CARA MENGATASI SELESEMA - oleh Jackie Walsh, Pelawat Kesihatan
1. Breastfeed/BF bayi dengan Air Susu Ibu (ASI) sekerap dan selama yang boleh kerana ASI mempunyai antibodi dari ibu yang kebal dari penyakit.
2. Jauhkan bayi yang berumur bawah 3 bulan dari sesiapa sahaja yang menghidapi selsema atau berhingus.
3. Jangan merokok! Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan cenderung mendapat selsema dari bayi lain yang tidak terdedah dengan nikotin.
4. Basuh tangan anda sebelum memegang bayi anda terutamanya selepas batuk, bersin atau mengelap hidung.
5. Balut badannya agar berasa hangat – Menurut kajian baru-baru ini, tindakan ini benar-benar membantu bayi selsema yang berada di teluk. Jangan biarkan kakinya basah kerana jika dibiar basah akan mengundang 3 kali selsema yang lebih teruk.

Nota : Semoga Dhia dan Adam kembali sihat... Ya ALLAH, berikanlah kesembuhan untuk anak-anakku. lindungilah mereka dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah. amin..

6 Komen Cerita Hati:

saly said...

betul tu ayu, kalu ank2 tk sihat kita dululah yg tk senang duduk.slagi tk sembuh.rela bjaga kan...
info petua yg bguna tu...sbb kalu bab batuk n selsema ni mmg biasa kena ank2,kita pun juga..tq ayu...:)

adda syuhada said...

betul....adda pun sama..rusydi kalau batuk & kahak memang mama dia ni merana betul...kesian nengoknya...cmpur tido plk merengek2....

Masya said...

anak kalau demam mmg buat kt risau lg2 baby ..xde ubatkan..

Bunda_nora said...

assalam,

pengalaman bunda kalau anak2 kene batuk ...jangan mandi jirus/basahkan kepala...kalu perlu juga cuma basahkan sikit2 dengan mengusap2 kepala dia..lepas tu cepat2 keringkan..

Unknown said...

semoga derang cepat sembuh ye ayue...

Puan Kutu said...

sama la hari tu aiman n en suami kena selsema dok cium2 afia berjangkit kt si bambam..tp nasib tak teruk selsemanya..nafas tu rasa macam ada kahak gak.bila malam afia selalu muntah keluarkan lendir.tp yg herannya dia takde pun merengek elok je tido smp pagi..

bila anak selsema sy cuma sapu vicks dekat ubun2,dada n leher bg dia selesa tido..yg paling penting kena kerap susukan,tu je ubat terbaik kan..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute