Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 8 July 2013

~Adam di Pertandingan Mewarna~


Peringatan : Entri di bawah sarat dengan gambar. (^_^)

Ahad, pagi semalam............... Adam telah masuk pertandingan mewarna anjuran Kemas. Adam antara beberapa orang murid 4 tahun yang dipilih cikgunya. Pengalaman pertama untuk Adam dan kami juga. Awal pagi Adam dah bangun dengan semangatnya. Pertandingan ni ada tiga kategori, untuk kanak-kanak 6 tahun dalam kategori pertandingan tulisan cantik, manakala untuk kanak-kanak 5 dan 4 tahun dalam kategori mewarna. Adam dalam kategori umur 4 tahun. Acara bermula jam 9.30 pagi dan kanak-kanak diberi masa satu jam untuk mewarna lukisan yang diberi.

Yang terlebih teruja sebenarnya ibu bapa kot.. Masing-masing sibuk duk dekat anak dan ajar anak pilih kaler. kihkih. Kami pun sama, "cepat adam, kaler cantik-cantik" nak bagi semangat kat Adam. Huhu, memang mencabar betul si Adam ni nak habis kaler satu lukisan tu. Bila dia dengar mak ayah budak sebelah dia duk bising, dia pandang, berentilah dari kaler tu, suka duk tengok orang je kejenya. Mujurlah sempat dia siapkan dalam masa sejam tu, kira dah sebut berenti tu dia dah siaplah kaler satu lukisan tu. Good job adam.. really proud of you.
v
v
 Muka yang cuak sebab duk jauh dari kawan-kawan kelas dia. Yang sebelah-sebelah tu kanak-kanak dari tadika lain.
 Abahnya siap bawa meja ABC lagi kat dia. 
 ~Aksi Adam mewarna~
 Penatlah..... siap baring lagi tu. Muahaha.. Sungguh, memang dia penat nak habiskan satu lukisan tu dan kami ni terpaksa psiko lak dia.. Cakap nanti kalau Adam siapkan habis, kita gi pantai lah.. Beli aiskrimlah..cakap camgitu, haaa baru ler laju dia kaler.. (^_^)
 "Haaahh..bisinglah.." Stress ke? haha.. boleh pulak dia tutup telinga. Bising katanya, Adam tak leh nak kaler.. Kikih.. padahal dah penat.
 Gigih mewarna.... masa ni dia dah penat dah. Usaha juga kaler sampai habis...
 Sebelum dan selepas mewarna....
 Hasil Adam mewarna semalam... walaupun tak selari gaya mewarnanya tu, tapi ibu tetap bangga dengan anak ibu yang berjaya juga kaler sampai habis dan penuh.
 Adam dengan Cikgu kesayangannya. Di tangan Adam tu ekceli hadiah yang dia dapat.
Adik Dhia pula memang baik jer semalam.. Tidur je dia walau bising.. datang juga memberi sokongan kepada abang Adam dia.

Nota : Adam berjaya juga dapat hadiah walaupun saguhati.. nombor 19.. hadiah dari nombor 1-20. Ok lah tu kan tersenarai dalam top 20. Hihi.. (^_^)

3 Komen Cerita Hati:

Masya said...

untuk umur adam 4 tahun dah bgs sgt mewarna mcm ni .. amir pun ... mahu lah x siapkan besar katanya...

Puan Kutu said...

good job adam.bukan sng nak habiskan kaler semua tu dlm masa sejam..pengalaman yg best.nti boleh masuk lagi pertandingan ye adam

P#eoniX said...

tahniah!!!!cantik...n'way,second suprise!!!!
http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2013/07/second-suprise.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute