Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 29 June 2013

~Mee Rebus Simple~


Menu hari ni... Mee rebus simple. kadang-kadang nak masak nasik + lauk pauk boleh jadi malas jugak, maka kena pikirlah menu apa yang simple nak dimasak untuk anak bujang dan encik suami tersayam tu.. Hehe.. hari ni mood masak kelaut sikit.. (^_^)
Taraa... terhasillah mee rebus yang simple. Takdo ayam tapi ado telur ayam.

Bahan-bahan : 
Mee kuning, bawang merah + bwg putih + sedikit lada hitam (ditumbuk), sayuran (carrot + sawi + cendawan + cili merah sikit), dua biji telur ayam, kiub pati ayam, garam dan air secukupnya.
 p/s : Nak lagi tambah sedap bolehlah letak ayam atau daging.. saya tak letak sebab kehabisan stok.. hehe..

Cara-caranya :
Tumis bawang tumbuk, masukkan air dan kuib pati ayam dan garam, kemudian masukkan carrot dan batang sawi, suairasakan dan masukkan sawi... Pecahkan telur. Masak hingga didih, kemudian baru campur mee kuning.

Nota : Saya masak terpaksalah asingkan sikit kuah sebelum masuk cendawan sebabnya saya belum boleh makan cendawan lagi.. Hihikk..

1 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

tp dalam pantang dh makan mee kuning tu dh kira hebatlah.ke ni utk en suami n adam je?hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute