Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 18 April 2013

New Teaching Tool For Him : Writing Practice


Menghabiskan masa-masa sebelum bercuti panjang nanti, maka merajinkan jugalah diri ni mencari teaching tool baru untuk anakanda tersayang tu. Nanti saya cuti berpantang bolehlah dia ulang buat. Yelah nanti takut kekangan masa pulak nak mengajor dia tu.
Kebanyakan tool yang saya guna untuk ajar Adam, saya dapat dari SINI. Sangatlah berterimakasih kepada tuan punya web tu sebab banyak share bahan-bahan bantuan mengajar camgini. Yang ni, saya malas nak gi laminate sebab makan masa pulak nak kena keluar cari kedai laminate... cara saya, gunting dan masukkan dalam plastik putih lutsinar, kemudian stapler kemas-kemas keliling tu dan susun dengan ring clips.. Pun menjadi jugak digunapakai dengan whiteboard marker tu. Boleh jugak diulang pakai kan..Hihik.. Versi save bajet betul saya ni.. (^_^)
Adam sangatlah happy bila dapat tulis pakai marker pen. Duk ulang-ulang sajalah menulisnya.. Jap tulis jap padam.. Kan senang gitu.. boleh diulang guna banyak kali kalau buat camgini.

Nota : Proses Adam belajar membaca tinggal lagi 6 mukasurat sebelum tamat buku 7 tu dan mulakan buku last iaitu buku 8. Harap sempatlah habiskan. Alhamdulillah, dia dah boleh membaca buku cerita yang simple ayatnya walau lambat sikit nak habiskan baris-baris ayat sebab dia suka mengeja-eja sesetengah perkataan yang dia kompius.  Melalui pemerhatian saya selama mengajar dia membaca tu kan, saya dapati ada 3 versi kaedah yang Adam sendiri selesa belajar iaitu fonik, sukukata dan mengeja. Dia sendiri yang menggabungkan semua kaedah tu dan saya hanya ikutkan jelah tahap kemampuan dia yang inginkan begitu. Tapi fonik tetap berkesan untuk dia bila dia mudah nak menyebut bunyi huruf sebab itu kan kaedah pertama yang saya ajarkan dia dan yang mengeja atau membatang sukukata tu sebenarnya Adam sendiri yang tiba-tiba begitu walau saya takde pun ajar dia camgitu. So, saya biarkan aje dia belajar dengan versi moden+tradisonal kerana itu yang dia mudah dan selesa. Tidak semua kanak-kanak mampu hanya dengan satu kaedah jer, so kenalah perhatikan betul-betul tahap kemampuan dan keselesaan anak dalam belajar nak membaca.

1 Komen Cerita Hati:

Anonymous said...

mmg bagus sungguh ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute