Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 27 April 2013

Kenangan : Kamera Kodak vs Kamera Digital


Dulu......... nak amik gambor kena beli kodak atau filem dulu. Masa tu siap kumpul dulu duit saku sekolah gara-gara nak beli filem kodak tu. RM16 kot lebih kurang, saya pun lupa dah. Sekarang tak tahulah berapa harganya tapi ada lagi ke kedai jual kodak-kodak ni? Tak pasti pulak saya, maybe ada lagi kot. Dah beli kodak tu, pinjam kamera dari ayah ataupun kawan. Masa tu kamera kodak mahal lagi kan. Kadang tu terpaksa pinjam dari kawan kalau nak gi lawatan sekolah. Hihik.. sungguh kenangan. Punyalah seronok dapat berposing bagai tanpa pasti menjadi ke tidak gambarnya tu. Dah habis kodak tu pulak, kena ler kumpul duit nak cuci filem tu. Memang selagi tak cukup duit memang hold jelah dulu. Pergi je hantar kedai gambar untuk cuci tapi ambilnya lambat ler.. Hahaha.. Dah cukup duit dalam RM30 ke barulah pergi ambil. Dah dapat gambar-gambar barulah tergelak tengok ada yang jadi ada yang tak jadi.. Sungguh itu semua menjadi kenangan. Saya tak sukakan susahkan Mak, jadi nak kumpul duit untuk itu ini memang kena guna duit saku sekolah. Hihik.. (^_^)

Sekarang............ snap gambor dah tak perlu susah-susah dah. Ambil kamera, terus  jer klik asalkan kamera tu full charge baterinya. Bila gambar tak berapa cantik atau tak menjadi, klik lagi dan lagi. Yang tak menjadi tu pulak terus boleh delete. Oh! Amatlah mudah zaman sekarang dan ada pelbagai jenis kamera pulak tu. Nak yang jenis boleh zoom..yang jenis DSLR lah apelah.. Saya takdelah tahu sangat pasal dunia kamera atau fotografi ni sebab yang saya ada hanyalah kamera digital yang kecik comel tu je, Ms.Red Cam saya... Pemberian Abah Adam masa birthday saya. Itu pun dah pernah ada sejarah jatuh dan di repair.. Mujurlah ada warranty. (^_^)
Ini kamera zaman bercinta. Muahaha.. Kenangannya bila Abah Adam belikan on the spot sebab nak bergambor kat air terjunlah kononnya kan. Haha.. RM180 jugak nih setelah tawar menawar. Masa ni dah jatuh dah harga kamera kodak ni. Nak beli yang digital masa tu mahal sangat. Belasah beli yang ini tapi sebenarnya nak beli kodak pun dah makan modal + nak cuci gambarnya pun makan modal jugak. Memang kenangan......... Masih tersimpan lagi kamera ni dan jarang dah pun pakainya. Pernah bawa kamera ni pergi kenduri kawen sebelum beli Ms.Red tapi tak kuarkan langsung pun dari beg... Mungkin sebab segan nak keluarkan dan guna bila tengok orang lain mana ada dah pakai kamera kodak nih.. Haha.. (^_^) 
Sekarang............ dah ada yang ni Canon My Ms.Red Cam. Tak payah nak beli filem kodak atau risau gambor tak menjadi ke apa. Klik je berapa banyak gambar pun nak ambik.. Bila nak cuci pilihlah mana yang elok. Before cuci tu pulak, siap boleh edit dulu gambar-gambar tu. Haha.. memang mudah zaman sekarang kan.

Nota : Korang ada lagi tak kamera kodak tu?

4 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

mmg nostalgia kamera kodak tu. kalau snap tak menjadi mmg rugi la kodak kan. hehe..

Puan Kutu said...

dulu mana ada kamera digital ni semua.mmg pakai kodak jugak..kamera kodak sy bagi adik ipar pinjam pastu dia tak pulang2 smp skang..hihi

P#eoniX said...

old skoll giler...ingat gak dulu same cam ko,yg kelakar bile x jadik...heheheh...n'way,skunk dah pakai memori card je...nak delate pon senang...tuh lah zaman dah makin senang...bile terkenang balik,kelakar pon ade...heheheh...

Masya said...

kamera canon... berkenan, x bestlah olypums yg digital ni.. menyampah.. gambar mudah gegar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute