Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 22 April 2013

~Kek Coklat Moist Lagi~

Mengidam lagikah? Hihik.. Belum puas agaknya makan kek coklat hari tu dan kerana itu merajinkanlah juga diri ni buat ikut resepi akak yang bagi kek coklat hari tu. Mujur dia bagi link resepi mana dia guna, TQ kak As... Selalunya saya bakar je apa-apa pun kek walau resepinya tu kek yang perlu dikukus tapi kali ni saya rajinkanlah jugak kukus sebab tak mau lari rasa moist tu kan. Kenapa ye saya malas nak mengukus... Hahaa.. takut cepat habis gas masak kot.. (^_^)

Saya buat 1/2 adunan aje dari resepi tu dan kukus pun lebih kurang 35 minit jer... Lepas tu letak ganache dan tabur choc rice banyak-banyak.. Memang sedap!!! Jomlah try.. (^_^)
Kek Coklat Moist
Resepinya dari Kak Zack
Bahan:
A:
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak masak sayuran
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
***Satukan semua bahan dalam periuk besar. Kacau atas api kecil menggunakan whisk telur/sudu hingga gula larut. Tutup api dan ketepikan dari dapur gas. Biarkan sejuk pada suhu bilik atau hingga suam.

B:
1 cawan + 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
***Ayak bahan-bahan di atas dalam mangkuk lain. Ketepikan.

C:
3 biji telur - pukul guna garfu dan ketepikan.

Cara-cara:
~ Panaskan kukusan dahulu. Lengser dasar dan keliling loyang kek bulat 8" (ketinggian minima 2") dengan minyak masak. Alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.
~ Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A yang telah suam/suhu bilik. Kacau sebati.
~ Masukan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi. Kacau hingga tepung tidak kelihatan. Kemudian tapis adunan ke dalam loyang.
~ Kukus selama 1 jam - 1jam 15 minit. Guna api sederhana.
Angkat dari kukusan dan sisip keliling kek menggunakan pisau. Sejukkan kek atas redai kek.


Untuk topping pulak saya pakai resepi sendiri : Coklat masakan, 1/4 cawan air suam, 1 sb susu pekat manis, 1 sb butter.
Belum sempat tunggu sejuk, curah je ganache... terus saya ngapp.. Hihik.. Baru habis separuh, lagi separuh sambung nanti. Simpan dalam ice box dulu.. (^_^)

2 Komen Cerita Hati:

Masya said...

tgk pun tahu sedapp.. telan air liur dibuatnya..

P#eoniX said...

makan sejuk-sejuk mesti sedap neh!!!!heheheh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute