Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 19 April 2013

Games~Match colour into the cup~


Belajar kenal warna pulak.
 Tiba-tiba je dapat idea ni. Mudah dan jimat.. Muahaha.. Hanya guna cup dan kertas berwarna yang saya gunting bentuk segitiga.
 Camgitulah gamesnya... masukkan guntingan segitiga tu ikut cup kaler yang sepatutnya.
Petang semalam masa saya beli paper kaler ni kat kedai kat kuartes saya ni, akak tu tanya,"nak buat apa dengan kertas-kertas tu". Yelah itulah kali pertama saya beli kertas gitu kat kedai dia kan, of courselah dia pelik kot. Selalunya saya beli kat kedai buku luar dan kalau ke kedai akak tu just beli sayur atau barang runcit yang biasa jelah. Katanya lagi, nak mengajar anak ke, Adam baru tadika.. Haha.. Saya senyum jelah.. Adalah kak, nak buat kerja sikit, menjawab saya kan. 

Pada sayalah kan, walaupun anak kita baru di tadika, tak semestinya kita perlu biarkan aje dulu dan tak semestinya kena tunggu dah sekolah rendah baru nak kenalkan dia dengan itu ini kan. Saya dulu memang begitu, masa umur Adam ni memang saya main aje kerjanya dan bila dah sekolah rendah mulalah blur jer.. membaca pun darjah dua kot baru lancar. Tapi alhamdulillah.. berjaya juga jejak kaki di menara gading berkat usaha dan bimbingan Mak Ayah saya. Terima kasih Mak, Terima kasih Ayah.. Dulu lain dan sekarang zamannya sudah berubah. Anak-anak harus lebih ke hadapan kalau nak maju dalam pelajaran sebab rata-rata anak-anak zaman sekarang semuanya cerdik pandai belaka. Lihat sajalah result mereka tatkala exam-exam besar, semuanya cemerlang.. Bagi saya, takde salahnya saya berikan pendedahan awal kepada anak saya ikut kemampuan tahap umurnya. Di tadika belajar, di rumah ulangkaji. Masa kecil camginilah kena ajar study, at least nanti dah sekolah.. bila malam je dia dah tahu itu time dia study atau buat kerja sekolah.. takdelah dia liat nak buat kerja sekolah. Itulah harapan saya dan semoga kamu membesar menjadi anak yang baik yer dak Adam. Ibu sayang anak-anak ibu.. 
p/s : ( Ini hanya pendapat saya dan tiada kaitan nak menyinggung sesiapa yer!! )

1 Komen Cerita Hati:

Anonymous said...

bagus cara ni untuk sessi pembelajaran anak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute