Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 2 April 2013

Fonik vs Sukukata?


Saya ajarkan adam belajar membaca dengan kaedah fonetik dan alhamdulillah cepat dia faham bilamana dalam masa 3 mingggu lebih, dia sekarang dah pun di buku 6. Tapi kan........... bila dah mulakan buku 6 ni, saya perasan yang adam seakan suka mengeja-eja sesetengah perkataan dengan membatangkan sukukata. Dia akan mengeja untuk sesetengah perkataan yang dia compius. Kalau ikutkan kaedah fonetik ni, ada 5 perkara jangan bila ajar anak guna kaedah ni :

1) Jangan ajar nama-nama huruf contohnya ei untuk a.
2) Jangan ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan.
3) Jangan ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus.
4) Jangan ajar anak hafal mana-mana sukukata atau perkataan.
5) Jangan ajar huruf-huruf besar kepada anak pada peringkat awal.

Masalah adam ialah di nombor 2 dan adakah itu satu kesilapan? Saya takde pulak ajar dia mengeja-eja dengan membatangkan sukukata, malah saya ajar dia eja dengan cara fonik mengeja. Tetapi adam mengeja ada versi dia sendiri lah pulak, bunyi sebut huruf bunyi fonik tapi dia suka membatangkan sukukata. Contohnya :

mmm (m) aaa (a) ma, lll ( l ) aaa (a) mmm (m) lam = malam. 

Itulah cara dia mengeja kalau ada perkataan yang dia compius nak baca terus. Nampaknya Adam tidak hanya boleh faham dengan satu kaedah saja, so adam belajar membaca dengan kaedah fonik dan juga dalam masa sama terselit juga kaedah sukukata. Bila dia sendiri yang selesa begitu, maka saya perlu teruskan jugalah kerana tahap kemampuan dan kefahaman setiap kanak-kanak itu kan berbeza. Mungkin adam ni selesa guna kedua-dua cara camtu untuk belajar membaca.

Walaupun Adam sesuka hatinya mengeja begitu, saya masih juga teruskan cara mengeja kaedah fonik tapi adam tetap juga versi dia tu sendiri. Haha.. It's Ok... asalkan dia selesa (^_^). Kalau baca ayat pendek tu, takdelah slow sangat dia nak habiskan ayat tu sebab dia tak mengeja semua perkataan, sesetengah je dia mengeja. Adam masih di peringkat awal lagi  untuk nak mengharapkan dia terus lancar membaca. Bila dia dah boleh baca ayat-ayat pendek, itu pun saya dah cukup rasa bangga dengan dia dan terasa usaha saya selama sebulan ini berbaloi. Inshaa Allah, saya akan terus membantu dia untuk lancar membaca hinggalah dia dah mampu membaca sendiri buku cerita. Semoga dipermudahkan segala usaha saya ni. Amin...

3 Komen Cerita Hati:

Unknown said...

sempat ngajar adam ye..

Chic Na said...

nanti bila dia dah betul2 faham dia tukar la cara sebutan tu kan.

Masya said...

pesen amir pulak membaca.. bila suruh baca ikut suka kata ok contoh gu la =gula

tapi bila dia mengeja g u l a dah tak bebunyi² pulak huruf tu.. hadoilah.. haru btl sy tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute