Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 22 April 2013

Dah 4 tahun baru pandai kayuh sepenuhnya.........

Sebelum ni... Adam tak berapa pandai kayuh basikal sepenuhnya. Maksud saya, dia tak pandai kayuh pusing pedal tu sepenuhnya, dia kayuh separuh-separuh jer (oh betul kah ayat ni?paham tak maksud saya..hihik ). Inilah aktivti riadah Adam kalau kami rajin bawak turun basikal dia ke bawah blok. Sebab tu Adam lambat pandai kayuh basikal ni sebab saya jarang bawa turun basikal ni ke bawah, penat nak angkat turun naik tangga.  Hihik.. Tapi semalam dan dua hari lepas, rajin pulak saya ni angkat basikal dia bawa turun main bawah blok. Terkejut jugak bila tengok dia tiba-tiba boleh kayuh sepenuhnya pedal tu.

Seronok sangat Adam dapat kayuh normal macam budak-budak lain kayuh basikal. Siap menunjuk-nunjuk lagi kat abah dia, "Abah, tengok ni.. Adam dah boleh kayuh laju dah", katanya petang semalam kat Abah dia... Itulah Adam.. umur 4 tahun baru nak pandai kayuh basikal dengan elok dan itupun dengan bantuan roda dua yang kecik tu  jugak.. Anak orang lain 4 tahun tu dah boleh kayuh tanpa bantuan roda tu dah kot.. Adam baru je pandai kayuh... Biar lambat asal selamat.. (^_^)
Over tau budak ni bila dah pandai kayuh... macam-macam pulak aksi dia nak cuba. Nak cuba kayuh naik bonggol lah..kayuh naik atas rumputlah.. Adoii.. banyak idea betul budak ni.
Berlatarbelakangkan rumah tinggi kami.. Hehe.. (^_^)

3 Komen Cerita Hati:

Cikgu Ma said...

ok la tu...lambat sket dia nak merempit..hihihi

Masya said...

oklah tu.. lepas ni bukak roda kecik pulak tau.. anak sy dah 5 tahun pun masih kayuh beroda lagi huhuhuhu ... penakut

P#eoniX said...

dah makin pemalu nak posing gambar tuh....hikhikhik!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute