Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 25 April 2013

~Cara saya tarik minat Adam~


Setelah hampir dua bulan menggunakan SET BUKU BACALAH ANAKKU dan Adam sekarang dah pun di buku terakhir iaitu buku 8. Satu pengalaman yang menarik dan sangat manis rasanya bila melihat hasil yang positif. Alhamdulillah......... Adam dah semakin hampir nak menguasai kemahiran membaca walaupun membacanya tu agak slow dan macam merangkak-rangkak lagi tapi saya sangat teruja dan bangga dengan pencapaian dia. Syabas Adam, u did it well. Bukan senang nak menarik minat anak yang umur 4 tahun macam Adam ni nak belajar membaca awal. Banyak yang saya google dan baca info sana sini macamana nak buat anak suka belajar membaca. Dengan info-info sana sini itulah saya cuba terapkan semasa ajarkan Adam.

Cara saya tarik minat dia :
1) Saya akan tetapkan masa untuk sesi belajar membaca dalam 10-15 minit setiap sesi. Kebiasaanya di waktu malam.

2) Duduk bersebelahan dengan dia ketika ajarkan dia.

3) Menggunakan flash kad dan pelbagaikan aktiviti bahasa dengan dia seperti puzzle games, match games, bermain aktiviti bahasa dengan playdough dan sebagainya lagi. Kena kreatif sedikitlah bab permainan bahasa ni. Banyak sebenarnya cara nak bagi anak suka belajar membaca ni. Mudah je zaman sekarang ni kan.. google ajer, pasti dapat idea.. Hihik. (^_^)

4) Saya juga menggunakan buku-buku tambahan seperti buku aktiviti yang juga boleh membantu  Adam untuk cepat faham.

5) Memberi sedikit motivasi dan semangat kat anak, contohnya saya cakap kat Adam, kalau habis baca buku sekian sekian.. nanti bolehlah belikan robot atau apa saje barang yang dia nak.

Tapi............. jangan paksa anak untuk terus belajar membaca bila dia dah menunjukkan muka yang bosan. Berhenti sekejap dan cakap kat dia, nanti sambung lagi. Macam saya, kalau dapat habiskan satu mukasurat setiap malam tu pun dah OK sangat dah tapi kalau Adam sendiri yang nak belajar lagi, baru saya teruskan. Saya juga selalu bertanya samada dia boleh teruskan lagi sesi belajar tu ataupun tidak. Itulah serba sedikit cara saya buat untuk bantu Adam belajar membaca. Sungguh saya rasa teruja dan sukar digambarkan betapa gembiranya saya bila melihatkan hasil yang positif dari Adam. Takpelah dia slow dan macam merangkak-rangkak lagi sebut bacanya tu, tapi itu sudah cukup bagus bagi saya sebenarnya. Alhamdulillah..

Mengeja pun dia dah boleh dah sikit-sikit. Sesekali tu time duk saja-saja depan tv ke, saya test dia minta eja kan Taman dan dia eja lah >> teh..aaa..mmm..aaa..nnn.. TAMAN
Lagilah memudahkan saya dan takdelah rasa bimbang sangat takut dia tak pandai mengeja pulak nanti kan. Mungkin sikap Adam yang suka mengeja sesetengah perkataan masa belajar membaca tu kot yang buat dia boleh mengeja bila disuruh tapi perkataan yang mudah jelah yer. Syukurlah.. cepat rupanya dia belajar.. Syabas anak ibu, i'm so proud of you sayang..

Nota : Sekadar ingin berkongsi serba sedikit cara saya dengan sahabat semua dan bukan ingin riak atau menunjuk-nunjuk. Apa yang baik tidak ada salahnya berkongsi kan. 

2 Komen Cerita Hati:

Masya said...

amir buku 5 pun tak habis² lg kikikiki.... asal soh baca.. sibuk nak bukak buku maths. saboo jerlah..

Chic Na said...

bagusnya. pupuk minat belajar dari kecik. adam pun ok, tak banyak kerenah. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute