Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 20 April 2013

Bilik Adam macam tadika?


Katanya kan....... Abah Adam kata saya dah buat bilik Adam macam tadika? Ye erk? Hahaa... Tak perasan pulak.. Apa yang macam tadika?
Rupanya sebab dah banyak bertampal sana sini di dinding.. Dia takdalah marah cuma rasa nak ketawa je bila dia tiba-tiba cakap gitu. Itu mujur bilik je tau, kalau kat ruang tamu pun saya jadikan tadika, ada yang pening pulak tengok nanti. Hahaa... 
Ruangan dinding yang dah penuh bertampal.. haha.. dahlah rumah pinjaman ni, nanti kalau kena pulangkan balik, comotlah dinding tu.. Tapi entah bilalah dapat postingnya.. Dua tahun lagi kot.. (^_^)

Teringin nak letak satu meja tinggi macam meja makan dalam bilik Adam ni tapi macam dah tak cukup ruang jer.. Dapat letak meja dan dua kerusi pun dah ok kot. Mana mahu cari? Emmm kat sini ada bundle perabot tau, dah lama tak cuci mata kat bundle perabot. Hahaha.. Bolehlah pergi intai-intai kot terjumpa yang elok, nanti boleh deco. Malu ke beli perabot bundle? Emm tak kot... sebab saya pernah je beli meja sisi dan almari buku yang masih elok. Harga pulak tentulah lagi murah tapi kena pandai jugaklah runding harga tu dan dua barang tu saya dapat harga RM60 jer.. Hahaa.. Almari tu saya letak kat ruang tamu untuk simpan fail-fail dokumen saya dan Abah Adam.

4 Komen Cerita Hati:

Tie HT said...

bagus kan tampal2 macam tu baru menarik :)

P#eoniX said...

wah dah macam tadika but nice semua tersusun...bundle??murah gak...ok pe...dapat beli barang yang masih elok lagik...tuh pandai berjimat namenye....kalau semua barang nak baru mau bengkok dibuatnye....heheheheh....

Chic Na said...

haha.. betul tu. ceria je tp ok la kan bilik kanak2.

Masya said...

ni kira kemaslah jugak bilik adam, bilik amir laglah.. katil pun xde hahahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute