Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 13 April 2013

Art&Craft : Mr. Potato&Flower


Lagi aktiviti saya nak kongsikan.. Mudahnya nak mencari idea ataupun bahan bila adanya teknologi di hujung jari ni.. Hehe.. Memang memudahkan kerja nak buat pelbagai aktiviti dengan anak-anak kat rumah. Adam pun seakan dah terbiasa kalau saya mengadap lappy lama-lama, dia akan tanya. "Ibu nak download kat Adam ker?" haha.. katanya kan. Pandai betul dia, dah selalu tengok ibu duk download kemudian print-out.
Bahan ni saya download kat SINI.
Saya hanya suruh Adam lekatkan di kertas manila kad. Sepatutnya kena lekatkan kat roll gelung tisu yang coklat tu kot barulah jadi game roll and build it.. Hehe.. Tapi saya menggunakan apa je yang ada kat rumah ni.
Adam susun dan gam kan semua tu. Macam pelik pulak tengok Mr.Potato tu. 
Dah hampir penuh sudut untuk hasil Art&Craft Adam.. Mana lagi mahu tampal lepas ni? Haha..

Nota : Masih sempat lagi kan saya buat aktiviti ni semua dengan Adam. Yelah nanti takut kurang masa dengan dia, tambah pulak dalam pantang memang kena cutilah dan nanti ada adik, masa untuk homeschool ngan Adam pasti jadi kurang jugak sikit. Hehe.. Saya kena ada jadual baru nampaknya nanti ni.

2 Komen Cerita Hati:

Tie HT said...

ada nilai seni :)

Chic Na said...

okla tu adam pandai susun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute