Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 3 April 2013

Activity : Cutting Practice


Hai sahabat-sahabat mayaku... Sihat ke hari ni? Alhamdulillah, saya sihat tapi dah mula rasa cepat penat. Pinggang pun makin sakit dan tidur malam pun makin tak selesa. Tapi penat-penat pun tetap kena melayan karenah si anak bujang tersayang tu. Aktiviti sokmo kan.. Haha.. Lagi aktiviti saya nak kongsikan dengan kalian semua, nanti boleh ler kalian cuba pulak buat dengan anak-anak kat rumah nanti. (^_^)

Melihatkan si cilik saya tu asyik frust dan moody je kalau dia tak dapat gunting sesuatu dengan baik membuatkan saya rasa perlu ajar dia cara menggunting kertas dengan betul. Dah tiga hari saya tengok Adam duk main gunting-gunting kertas terpakai. Bila dia tak dapat gunting dengan elok ikut garisan sepatutnya, dia macam nak mengamuk dan mulalah buat muka tak puas hati. Kesian pulak tengok dia camtu dan sebab tu agaknya dia asyik duk main menggunting kertas je dah tiga hari ni. haha..
 Saya sediakan kertas-kertas A4 terpakai dan buatkan garisan-garisan yang sesuai untuk dia belajar menggunting kertas tu.
 Mula nak gunting.. wah dia punya mulut pun muncung tanda syoknya belajar menggunting.
Oklah jugak dia gunting tu walau ada senget-senget atau tak berapa betul ikut garisan..At least dia try kan nak buat sampai boleh. Dia kekok lagi camne nak pegang betul gunting dan dalam masa sama tangan lagi satu nak kena pandai pegang kertas juga. Saya ajar dia cara betul, barulah dia ok sikit dan suka je bila hampir berjaya gunting ikut garisan.. Budak-budak memang macam tu kan, bila tak puas hati buat sesuatu tu, moncongg je dan bila boleh buat, sukalah dia. Saya selalu cakap kat dia kalau tengok dia macam nak give-up, terus saya cakap, "anak ibu pandai..anak ibu pasti boleh buat kalau anak ibu cuba lagi". 

Nota : Bukan senang kan nak mendidik dan mengajar anak ni.. Adam ni adakalanya tu perangai jugak dan apa yang boleh saya buat..sabar dan bersabar. (^_^)

p/s : Hadiah kecil untuk top 3 komentar dah saya poskan semalam tau. Harap selamat sampailah kepada pemilik hadiah kecil tu yer.. (^_^) 

1 Komen Cerita Hati:

Masya said...

ajar adam buat topeng suruh dia gunting sendirii.. mesti dia suka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute