Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 20 March 2013

Play & Learn : Fishing for letters


Skill building activity : Fishing for letters. 
Jom memancing dengan adam. Salah satu aktiviti play & learn yang bagus dicuba untuk membantu anak mengenal huruf ABC.
Saya lupa pulak link saya download ikan-ikan ni kat mana.  Saya print black&white, kemudian bergotong-royong warnakan latar ikan tu dengan adam.

 Mula-mula gunting ikan-ikan berhuruf. Adam buat muka tak puas hati sebab dia tak dapat menggunting dengan elok lagi. Tapi mampu jugaklah dia gunting lebih kurang 5 ekor ikan tu. Selebihnya dah tentulah ibu nya kan.. Huhu..
 Seronoknya si kecik ni memancing ikan-ikan tu dan setiap kali dia dapat pancing, dia akan sebutlah huruf-huruf yang dia dapat tu. Ada yang disebutnya dengan bunyi fonik pun ada.. Haha..
 Idea adam jugak ni, diambilnya basikal dia dan diletaknya ikan dalam bakul basikal dia tu.. Boleh gitu kan? Pergi mancing bawak basikal, dapat ikan letak dalam bakul ni.. Katanya lah kan.. Haha.. Layankan ajelah.

Adam kan sekarang ni lebih excited pulak nak buat aktiviti-aktiviti camni dan kalau ajak belajar membaca tu macam kurang tumpuan pulak dah. Itu yang sesi belajar membaca pun jadi singkat dah sekarang. Baru saya tahu betapa mencabarnya sesi nak mengajar anak untuk pandai membaca ni. Baru masuk buku 4 dan seterusnya lagi mencabar pulak rasanya. Adam pulak suka mengeja perkataan dengan sukukata kalau ada beberapa perkataan yang dia blur sikit nak baca sedangkan kalau guna kaedah fonik ni, apa yang perlu dielakkan ialah jangan ajar anak menghafal sukukata atau mengeja huruf pada perkataan. Haha.. Saya pun dah pening..... Tapi dia bunyikan mengeja tu dengan bunyi foniklah, contohnya, keh... u....= ku,  deh... a = da, kemudian baru dia sebut kuda. Harapnya dia akan fahamlah nanti cara gabung bunyi dengan betul. Bersabarlah saya berdepan cabaran dalam  mengajar anak untuk pandai membaca ni. Camne ye cara-cara kawan-kawan semua ajar anak membaca dan tarik minat dia? Bolehlah berkongsi dengan saya yang baru bertatih nak mengajar anak ni. Hihik.. :)

1 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

gigih adam fishing. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute