Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 15 March 2013

Kan dah kena tegur.........


"Haaa ibu... buang merata-rata yer, tengok ni", kata adam sambil mengutip kertas tu dan tunjuk kat saya. Haha.. "Opss ibu tertinggallah, bukan sengaja". Itu saje yang dapat saya berikan alasan. Itulah kan, dari kecil saya duk ajar dia buang sampah dalam bakul sampah dan tak boleh buang merata-rata. Sekarang kalau saya yang terlambat buang atau terlupa....... kan dah kena tegur dengan anak.. hahaa.

Kalau ke playground pulak kan, bila adam tengok ada budak buang sampah camtu je.. Dia pulak yang membebel macam marahkan budak tu. Katanya, "apalah abang tu buang rata-rata, kan ibu kan". haha.. itu nak suruh saya puji dia lagi bagus ke apalah tu agaknya. Muahaha.. Kadang-kadang buat saya tersenyum je dengan teguran spontan dia. 

Semalam pula, abahnya kena tegur. Saje jelah abahnya nak tengok dia dan buat-buatlah makan baring. Apa lagi kena sound lah. "Eh abah, makan mana boleh tido, makan duduk". Hahaa... Kan dah kena tegur dengan ayat yang sama sepertimana kami beritahu dia dulu. Oh anak.......... sudah besar kamu kan. Dah pandai tegur orang pulak. Hihik.. Tapi dia tegur ibu abahnya jelah depan-depan. Kalau buatnya pergi sound orang lain pulak, kan ke over pulak dah tu. Betullah....... apa yang kita ajar anak dari kecil lagi walau sedikit sebanyak pun setiap arahan atau teguran kita tu akan melekat kat minda anak. 

2 Komen Cerita Hati:

adda syuhada said...

sweet sangat kan bila anak ckp cmtu..hihihi

Chic Na said...

alamak ibu kantoi. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute