Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 13 March 2013

Craft Time : Colour, cut and paste

Seronok melayan anak bila dia sendiri minat nak cuba itu ini. So, terpaksalah saya mencari tool yang baru untuk dia kat web-web yang ada free download segala bagai teaching tool for pre-school ni. Saya pun tak tahulah kenapa saya begitu bersungguh buat pelbagai aktiviti belajar sambil bermain dengan anak sekarang ni. Haha.. Mungkin impian nak menjadi seorang cikgu tak tercapai, makanya jadilah saya seorang cikgu di rumah dengan anak. Hihik... :)

Ini aktiviti semalam selepas sesi belajar membaca. Adam sendiri yang tanya, "Lepas ni kita nak buat apa pulak ibu?" Disebabkan itulah saya harus juga rajinkan diri mencari idea untuk sesi belajar dia setiap malam kerana dia sendiri yang menunjukkan minat. Alhamdulillah... Semoga dia akan terus begitu hinggalah ke besar.
 Adam masih belajar macamana cara nak cut gambar tu dengan betul.. Dia masih belum biasa pegang gunting dengan baik. Ada yang dia gunting terlebih.. Haha..
 Dah siap kaler, dia gam pulak..
 Yeay!! dah siap dua hasil craft saya. 
~Train dan Boy~
Gambar-gambar ni saya dapat dari web makinglearnfun dan print. Banyak jugak bahan-bahan yang boleh kita guna untuk jadikan bahan belajar anak kat situ.
Entri saya di blog ni lebih banyak tentang perihal anak-anak dan perkembangan mereka. Saya seronok berkongsi dengan kawan-kawan semua di sini dan mana tahu ia boleh dijadikan satu perkongsian idea yang baik serta dapat kita saling bertukar-tukar idea. Tidak terlintas langsung di hati saya untuk menunjuk-nunjuk jika ada yang berpendapat demikianlah..

4 Komen Cerita Hati:

cheqna said...

hai adam =)
perkembangan yang bagus ni

Chic Na said...

bestnya main gunting & tampal2 ni. mesti seronok melayan.

fardhila fawwazy blogspot said...

Adam nnti cpt pndai ni..bgus la ibu dia sndiri ajar...:)

Masya said...

klah tu dah pandai mengunting... amboi bukan main ceria lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute