Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 19 March 2013

Art&Craft : Adam Table Mat


"Ibu, jomlah buat aktibiti.. Jomlah ibu", katanya setiap kali balik dari tadika tengahari tu. Penat jugak nak melayan kalau dah dia sibuk mengajak buat aktiviti ni. Sudahnya saya kena rajinkan diri mencari idea dan meng'google' segala macam yang boleh dijadikan idea dan bahan belajar untuk dia buat kat rumah. Ini aktiviti dua hari yang lepas. Adam belajar art&craft lagi iaitu buat table mat pulak. Belajar kemahiran menggunting dan menyusun kedudukan pinggan dan sebagainya di atas kertas yang kononnya meja lah kan. Katanya kan.. Hihik.. Layankanlah aje mood budak ni di kala dia ingin belajar sesuatu kan. Idea ni pun saya refer dari buku yang saya pinjam dari library jugak.. 
Alatan : Gunting, kertas warna-warni, gam, manila kad. Lukis pinggan, garfu dan sudu serta gambar makanan la kononnya kan di atas kertas. Ini pun saya jugak yang kena buat dan adam hanya perlu gunting, warnakan, dan gam aje. Tapi yang mana dia susah nak gunting tu, semestinya sayalah yang kena guntingnya.. Adoii penat melayan ini budak... Keranamu anak, walau penat pun ibu tetap ikutkan aje. Kalau buat tak tahu je kat dia, bimbang nanti time saya suruh dia membaca buku, dia pulak yang buat tak tahu je bila disuruh kan. 
 Dah siap gunting, jom belajar susun dan gam.. Semuanya berpandukan buku tu.. Hihik.. :)
Done!! Simple table mat from adam. Selepas je dah siap ni, adam pun letak table mat dia ni atas meja dan berlakon ala-ala tengah makan. Seronoknya saya bila tengok adam tiru tulis perkataan 'table mat' tu dengan namanya sekali. 

Nota : Cuti sekolah nanti saya tak tahulah apa nak dijadikan aktiviti masa lapang si kecik ni nanti. Abahnya pulak outstation time dia cuti sekolah tu, bertambah bosanlah dia nanti.. Ajar dia main masak-masak boleh? Hahaha.. :)

6 Komen Cerita Hati:

cheqna said...

bagus ibu melayan..kalau dok layan memang kompem ngamuk tu hehehe

Anonymous said...

wah kreatif tu !

Masya said...

boleh aja.. main masak² lagi lah adam sukakan.. lps masak.. boleh makan...

P#eoniX said...

nak star gak.....wah adam dah tere lah tulis namenye sendiri...huhuhuh!!cayalah adam!!!

Unknown said...

pandai adam buat..tgk muka pic bawah comei ye..

dieyna said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute