Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 9 March 2013

Aktiviti 2 ~ Tampal Menampal


Bila buat aktiviti ini, teringat pulak saya zaman sekolah rendah dulu masa kelas pendidikan seni. Seronok tengok bila adam pula yang teruja buat hasil seni dia sendiri. 
Seni tampal-menampal atau lebih dikenali sebagai seni kolaj. Banyak kelebihan aktiviti begini dimana dapat membantu kemahiran motor halus kanak-kanak.
 Bahan-bahan yang saya gunakan : Kertas A4 yang dilukis gambar seperti rumah, pokok atau apa sahaja yang disukai, gam, gunting dan kertas terpakai (saya guna brochure promosi yang terpakai).
 First time saya izinkan adam pegang gunting dan belajar menggunting sendiri kertas-kertas tu. Mula-mula risau jugak takut terluka tapi bila difikirkan kalau tak ajar dia menggunakan kemahiran jari-jemarinya tu pegang gunting, macamana dia nak pandai kan.. So, biarkan ajelah dia belajar pegang gunting dan gunting kertas tu. Gunting yang adam guna tu sebenarnya bukan yang tajam sangat pun. Saya pun pesan jugak kat dia, kalau nak guna gunting kena ada ibu atau orang lebih besar. Tujuannya untuk elakkan dia menggunting sesuka hati tanpa pengetahuan saya.
Jom tampal............ 
Ok... Dah siap dua hasil seni kolaj Adam untuk pertama kalinya.
Sebagai ganjarannya, Yeay!! dapat lagi great star dari ibu... :)

Melayan anak belajar sambil bermain adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan di samping dapat merapatkan lagi kasih sayang serta komunikasi antara ibu bapa dan anak. Proses mengajar dia membaca masih lagi di buku 1. Nampaknya memang tersangatlah kena bersabar hinggalah dia fasih dan lulus buku 1 tu. Normallah kan, di awal permulaan akan memakan masa yang lama untuk dia kenal, fahami bunyi dan huruf untuk membaca. It's ok, tak perlu push sangat dia hingga dia rasa terpaksa pulak kan. Lagipun masih banyak lagi masa untuk dia belajar membaca. Semoga diri ini akan dapat menjadi seorang ibu yang lebih penyabar. Inshaa Allah... Adam ni kalau bab ajar membaca tu kena ikut mood dia jugak, kalau dia tak duduk diam tu kena stop jelah dulu.... sambung lain masa pulak. 

2 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

cantek...huhuhuh!!!!!

Masya said...

memang best kalau layan mereka sambil belajar ni.. mereka pun eruja.. kita jerlah kene rajin sikitkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute