Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 8 March 2013

Aktiviti 1 ~ Clothespin and Number


Saya mula tertarik untuk melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran di rumah dengan anak selepas saya terbaca satu blog yang mengamalkan aktiviti begitu dengan anak-anaknya. Dia telah berjaya membuka minda saya dan memberi inspirasi untuk saya turut cuba melakukan perkara yang sama. Terima kasih akak... Kalau nak melawat blog akak tu bolehlah ke sini. Saya terjumpa blog ni bila saya google word 'homeschooling'. Ternyata apa yang dikongsikan akak tu di blognya sangat membuatkan saya teruja untuk lebih prihatin lagi dalam soal pendidikan anak-anak ni. Inshaa Allah akan saya cuba praktikkan dengan sistematik. Harapan untuk melihat anak menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat haruslah disusuli dengan usaha dan kesabaran yang tinggi. Kan? Saya akan cuba yang terbaik untuknya.
Inshaa Allah..

Aktiviti pertama Adam : Mengira nombor.

Bahan yang digunakan 20 keping penyepit kayu dan piring nombor. Saya download dan print. Sangatlah memudahkan kerja bila adanya teknologi IT ni kan. Hihik... :)
Tapi saya guna penyepit plastik dan nomborkan pada kertas dan lekatkan kat penyepit tu. 

Satu, dua, tiga..................... Syoknya dia mengira.
 1-10 ok lah dia kira dan match kan sampai habis tapi bila 11-20, dia agak keliru sikit sebab baru nak kenal huruf berbelas kan. Takpe anak ibu, usahakan hingga berjaya.
 Done!! Seronok sangat dia dapat buat aktiviti ni. Bila tanya suka tak? Dia jawab suka dan bestlah... Alhamdulillah.
 Saya juga sediakan reward point kat dia sebagai satu suntikan semangat untuk dia happy belajar dan dalam buat sesuatu. Ternyata dia sangat sukakannya dan teruja untuk dapatkan lebih banyak lagi star great job tu.
Inilah antara hasil bahan yang saya dapat dari internet dan ada juga yang buat sendiri.. Hehe.. 

Banyak rupanya cara nak galakkan anak untuk suka belajar tetapi dalam masa sama buat dia seronok dan tidak bosan. Saya pun baru dapat kesedaran dan akan cuba merajinkan diri saya ni.. Hihik.

2 Komen Cerita Hati:

Masya said...

kalau dah ada bilik sendiri mmg bdk² suka... bila amir x sia lg.. jadi x blhlah sy nak menampal kat ruang tamu.. sy pun suka melayan amir kat rumah.. dia skrg lbh suka math berbanding disuruh membaca.. kalau mengira cepat jer dia...

fardhila fawwazy blogspot said...

wah! bgusnya ajar ank2 masa dia kcik lg kn..knak2 cpt ingt..truskn bljr ye adam:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute