Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 22 March 2013

Adam Membaca ~ Buku 3~

Kenapa saya terlalu ingin anak pandai dan lancar membaca sebelum usia 6 tahun? Dan rasanya semua ibu bapa nak macam tu kan? Termasuklah saya dan disebabkan itu juga saya akan cuba berusaha mengajar adam membaca walaupun dia baru 4 tahun dan di tadikanya pun belum lagi ajar membaca untuk tahap umur dia. Zaman sekarang.... semua dah berubah. Tidak lagi seperti zaman kita yang darjah satu atau dua baru pandai membaca tak kisah sangat kan. Tapi zaman sekarang, anak-anak semakin bijak dan persaingan pun semakin hebat. Cabaran dan perkembangan dunia pendidikan pun semakin mencabar. Maka, tiada salahnya saya mengambil pendekatan awal mengajar dia untuk pandai membaca awal. Kan ke itu lagi menyenangkan kerja seorang guru bila kanak-kanak masuk darjah satu dah tahu 3M. Itu pandangan saya dan misi saya sendirilah. Memang pada mulanya tu kan, saya tak confident dan rasa bimbang takut membebankan dia. Tapi bila tengok dia boleh kenal bunyikan huruf dan boleh baca sikit-sikit ayat pendek, buatkan saya lagi teruja. Percaya atau tidak, walau kita ajarkan dia 2 minit je setiap sesi. Tapi anak-anak akan boleh ingat apa yang diajarkan kepada mereka. Itulah yang berlaku pada saya... bila tengok adam boleh baca sesetengah perkataan mudah masa dia duk belek-belek buku dia sendirian sedangkan masa saya ajarkan dia tu kan, macam-macam ragam dia. Kejap dia lompat-lompat, kejap dia pandang lainlah... Tapi sebenarnya dia mendengar kot apa yang saya ajarkan walau matanya tak pandang fokus pada saya. Semoga saya akan terus konsisten untuk ajar dia nanti sampailah habis susunan buku bacalah anakku tu. Inshaa allah.... Semoga dipermudahkan dan adam diberi kelapangan hati dari-NYA untuk lebih minat belajar membaca..

Ni video adam, sebelum dia tido, tiba-tiba dia ambil buku 3 dan baca mana mukasurat yang dia nak rasa nak baca depan tv. Masa tu saya tengok tv, bila duk tengok dia cuba membaca sendiri tanpa saya di sebelah dia... terus saya amik video pertama adam yg cuba untuk membaca ni. Semoga lepas ni akan lebih baik lagi bacaan dia. 

4 Komen Cerita Hati:

Unknown said...

anak saya pun sekarang dah masuk 6 tahun.dah lancar membaca.kat sekolah bukan cikgu ajar membaca sangt pun.sebab dok ajar kenal huruf je.jadi sejak umur 4 tahun saya dah ajar membaca.sekarang dah lancar..mengira,tambah tolak,darab pun dah pandai..budak2 sekarang bijak2,persaingan sengit..kalau kita tak mula dari sekarang takut diaorang ketinggalan..

LYAfrina said...

wah bagusnyer.. dh lncar membaca utk perkataan simple ni.. sama cam ayu..lya pon risau sgt2...

ayu ajar guna buku apa tu ya?

LYAfrina said...

wah bagusnyer.. dh lncar membaca utk perkataan simple ni.. sama cam ayu..lya pon risau sgt2...

ayu ajar guna buku apa tu ya?

Masya said...

ala.. sy tak boleh tgk video ni kat opis, mesti dia semangat kan ... masa membaca ni.. dah lancar boleh baca surat kabar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute