Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 22 February 2013

~Menggamit Memori 4 Tahun Yang Lalu~

Empat  tahun yang lalu, hadirnya Dia seorang putera anugerah yang terindah dari Allah s.w.t dalam hidup kami. Indahnya perasaan bila dapat bergelar seorang Ibu.
Terasa lengkaplah sebuah kehidupan dengan kehadirannya yang mewarnai hari-hari kami.
Syukur ke hadrat-NYA YANG MAHA BESAR kerana menganugerahkan Dia kepada kami.
Kini, putera sulung kami akan berusia genap 4 tahun beberapa minggu lagi. 
Doaku semoga anakandaku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, diberi kelapangan hati untuk menjadi orang yang cerdik pandai, cemerlang dalam ilmu dunia dan akhirat. Amin....
Ibu dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu dan akan cuba memberikan yang terbaik untuk kamu.. We LOVE You so much!!
Semoga satu hari nanti, kamu akan tahu betapa sayangnya kami kepada kamu dan semoga kamu mampu menghargai segala pengorbanan Ibu dan Abah untuk kamu. 
Love you my beloved son.

"Anak yang 'sejuk perut ibu mengandung' itu bukan yang lulus universiti, bukan yang ada PHD, bukan yang bergaji 18 ribu sebulan... tapi ialah anak yg berjasa kepada kedua orang tuanya dan sentiasa berdoa dan membaca Quran untuk roh mereka".. petikan dari kata-kata UAI.

Nota : Coretan ikhlas dari hati Ibu adam buat tatapan adam satu hari nanti............. :)

1 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

huhuhuh!!!!!semoga ape yang ko impikan untuk anak ko jadik kenyataan....lame x bersape...ko sehat??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute