Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 24 February 2013

~Hasil Contengan Dia~


Hasil spotcheck buku tulis dia dalam beg sekolah, rupanya banyak pulak dia menconteng dalam buku tu. Saya memang sediakan satu buku tulis dalam beg sekolah dia tu untuk dia conteng-conteng kat sekolah. Tak sangka pulak rupanya dah banyak dia menconteng dalam buku tu. Nak tergelak sorang-sorang pun ade bila tengok hasil dia melukis tu. Pandai anak ibu berimaginasi yer... 

Saje je saya nak buat kenangan lukisan adam ni kat Cerita Hati kesayangan saya ni. Jangan gelak tau tengok hasil contengan lukisan putera tersayang saya ni.. :)
Saya : Adam lukis ape ni?
Adam : Yang belah kanan doraemon dan yang belah kiri tu orang..
Saya hanya mampu senyum. Comel betul doraemon adam dengan ade gigi 3 batang.. Hahaha
 Ini pulak, belah kiri tu penyu dan kanan tu ada ikan pari, ikan entah ape entah tu agaknya.. Hahaha
 -Bunga dalam pasu dan seekor ikan-
-Orang pegang pistol dan baju- 
Dia yang bagitahu saya.. Lagilah buat saya nak gelak sorang-sorang tau. Cantik tu pistol adam lukis. Hahaha.
Inilah pemilik sebenar karya-karya di atas.. Hihik.. :)

Biarkan anak melukis apapun dia nak lukis walaupun pelik-pelik semacam je hasil lukisannya tu. Tapi sebenarnya dari situlah dia akan belajar sesuatu. Jangan sesekali katakan yang dia lukis tu buruk tapi sebaliknya berikanlah pujian untuknya kerana semakin pandai menggunakan kemahiran berfikir,melihat dan meniru seperti apa yang dilihat mata kasarnya.

3 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

mesti dia lukis ikut imagination dia kan. tp okla sebab dia tau kedudukan anggota2 badan tu.

Masya said...

amir suka sgt lukis bunga sejak akhir² ni.. kdg² lori sampai... tak terjangkau dibuatnya... cara dia berpikir...

Unknown said...

bijak laa dia melukis yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute