Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 23 October 2012

TQ Mr Hubby


 Mug pemberian Mr. Abah Adam sempena ulang tahun saya. Masa bila dia tempah pun tak tahu menahu lak.. Dah nama pun hadiah kan.. Hihik.. Tengok angka tu.. Muda lagi okeh.. :)

Sebenarnya saya cukup terharu dengan kata-kata dari Mr. Abah Adam kat mug ni. 
TQ Mr.Hubbyku... Terasa diri ini sangat dihargai dengan kata-kata jiwangmu itu.Hahaha.. :)

Hari ini , ada orang nasihatkan saya sesuatu bila tengok details pengajian saya. Huhu.. Hakikatnya hanya saya je tahu kenapa dan mengapa. Saya bahagia buat masa sekarang dengan keputusan yang saya ambil hingga kini. InsyaAllah satu hari nanti akan ada jalan terbaik untuk saya dan untuk family saya. Tak mahu dah menjadikan cakap-cakap mahupun sindiran orang sekeliling sebagai tekanan untuk saya. Namun dalam masa yang sama, saya sangatlah berterima kasih kerana ada jugak orang sudi memberikan nasihat dan pandangan.. Terharu rasa..... Doakanlah satu hari nanti moga saya dapat jadi seperti awak juga yer... Hehehe :)

Sunday 21 October 2012

Kek Coklat Untuk Anakandaku


"Ibu, Adam nak makan kek", katanya si kecik kesayanganku itu.
Sebenarnya sudah banyak kali dia duk minta saya buatkan kek. Bila lalu kedai kek pulak, dia minta belikan kek. Saya belikan lah jugak kat dia sepotong untuk lepaskan hajat dia kan. Balik aje rumah terus dia makan tanpa tinggal sikit pun. Dan yang tak menahan......... 
Dia kata,"Dah lama adam tak makan kek". Alahai kesian anakku.
 Baru saya tersedar yang memang dah agak lama saya tak membaking. Oven tu pun dah hampir dua bulan kot tak panas. Yelah lepas je bulan raya tu, saya takde mood sangat nak membaking. Kisahnya kan..... Rupanya ade sesuatu yang menggumbirakan kan.. Patutlah mood lain macam jer.. :)

Namun hari ini, saya gagahkan jugak diri buatkan kek coklat untuk anakanda saya tu. Tak sampai hati tengok dia makan sikit je semalam kan dan dibeli pulak tu. Tak sama kot dengan hasil dari air tangan ibu dia buat kan kan.. Hahaha.. 
Kek Coklat Simple jer ni.. Menjadi jugak biarpun dah lama tak buat. Hihik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute