Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 14 July 2012

Kerusi 2 in 1 Adam


Apa tu?? Saje nak catat kisah kerusi adam yang comel ni. Kerusi ni kami terjumpa masa jalan-jalan kat kedai bundle dan terus beli sebab berkenan. RM40. Kalau kami bosan dan tak tahu mana nak meronda, memang kami suka jugak singgah tengok-tengok kat kedai bundle.. Hehehe.. Aku suka kerusi ni sebab boleh jadikan tempat baring tidur jugak selain duduk. 2 in 1 lah kan..

 Inilah rupa kerusi tu.. Kaler pink pulak.. Hihik..
Si kecik yang kadang-kadang je tidur kat atas tilam kerusi ni. Bila datang mood jer....... Masa ni dia pura-pura je ye sebab dia tahu yang ibu dia nak snap gambor. Tengoklah cara tidurnya tu, mengada tu kan... :)

Dan juga boleh dijadikan tempat main lawan-lawan aksi otomen Adam. Kerusi inilah yang jadi mangsa.. Hahahaa..

Emm... Lepas dari kisah aku ikutkan dia pasal buku tu kan, pagi ni pun dia masih suruh buat jugak. Haih.. penat nak layan.. Bila dah ikutkan sekali, berkali-kali pulak dia nak.. Padahal dah sudah makan laksa dah tu. Dia minta roti sekeping, choki-choki dan hirisan carrot disebabkan ibunya dah tak layan, maka dia pun buat je sendiri.. Carrot tu dia jadikan mata dan dia lukis lah hidung dan mulut atas roti tu... Boleh imagine tak? :)

Friday 13 July 2012

Buku Punya Pasal & Tahniah Sis


Adam terjumpa sesuatu dalam buku Pa&Ma. Dari semalam lagi dia tunjukkan aku benda tu. "Bila ibu nak buat ni?", soalnya pada aku berulang kali.. Oleh kerana penat dengan pertanyaan dia tu, maka aku ikutkanlah jugak kehendaknya dan buat untuk dia.. Hihik.. Bukan susah pun, rekacipta dari bahan makanan. Macam perli ibu pun ada budak ni kan. Agaknya suruh ibu hias bagi cantik-cantiklah menu dia kot tu.. Hish hish kamu ni dak Adam, banyak sungguh idea kamu yer.. Ada-ada je......
Haaa..... Nampak tak ape dia suruh aku ikut dan buat. Inilah dia menu kanak-kanak yang simple tapi dihias cantik. 2 keping roti sandwich, sedikit mentega kacang, 1 biji telur rebus, carrot dan daun salad.
Dan yang terhasil macam inilah rupanya.. Hahaha.. Dah takde daun salad, ku gantikan rambut tu dari biskut Munchy's.. Pun boleh jer.... :) Macam-macam pulak Adam ni.. Selagi tak buatkan selagi itulah asyik sebutkan. Inilah jadinya gara-gara nak ikut buku punya pasal... 

Hari ini semakan keputusan ke IPTA kan. Adik aku pun sudah tahu U mana yang dia dapat. Yang sedihnya sebab dia tak berapa minat course tersebut dan jauh pulak nun di selatan tanahair sana. UTHM dan dapat course Sarjanamuda Kejuruteraan Elektrik ( Sistem Kuasa). Kesian jugak kat dia sebab jauh tu dan takde sedara mara pun kat sana tapi apepun harus ucap TAHNIAH jugaklah kat My Lovely Sis kerana berjaya mendapat tempat di IPTA. Semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta cabaran sebagai pelajar nanti. Cerah atau tidak peluang kerja nanti, itu lain cerita.. Setiap orang ada rezekinya yang telah ditetapkan-NYA.. Yang penting usaha untuk maintainkan prestasi kamu. Kami sentiasa doakan yang baik-baik untuk kamu. Good LUCK my Sis!!!!

Mintak Maaf Ibu


Dia buka peti ais dan nak ambil bekas tupperware yang aku letak cheese tart yang dibuat semalam tu. Tiba-tiba tupperware tu jatuh...

"Ibu... Mintak Maaf ibu, minta maaf ibu", itulah yang dia duk ulang berkali-kali. Haih, geram jugak tapi mujurlah tak hancur tart tu cuma tergolek-golek je dalam tupperware tu. "Takpelah, lainkali beritahu ibu kalau nak ape-ape", kataku padanya. Tapi adam ni memang suka sangat buka tutup peti ais. Tak tahulah kenapa.... ada je alasan dia buat, nak amik itulah nak amik inilah.. Samalah jugak kalau dia tumpahkan air, dia akan minta maaf dan pergi ambil kain untuk lapkan. Rasa nak marah pun tak jadi nak marah bila tengok dia macam tu.

Bila dia buat salah, dia akan mintak maaf cepat-cepat. Syukurlah yang dia dah faham apa itu 'Minta Maaf'. Harapnya bila dah besar nanti pun pandai mengaku silap sendiri dan terus minta maaf kalau memang buat silap. Memang dia 'anak' telah banyak mematangkan aku dan mengajar aku... Dia yang sekecil itu sudah pandai minta maaf untuk silap dia, apatah lagi kita yang sudah dewasa.. Adakalanya kita ego atas kesilapan kita sendiri dan kata 'maaf' itu terkadang sukar nak diucapkan.

Thursday 12 July 2012

Cheese Tart sudah siap!!!


Gara-gara teringatkan cheese tart ITU dan kerana bersungguh nak jugak mencuba, maka terhasillah Blueberry Cheese Tart ini. Oh!Sungguh puas rasa hati bila dapat menikmatinya hasil dari air tangan sendiri. Bila buat sendiri sudah semestinya boleh makan banyak kan kan.. Hihik.. Akhirnya resepi yang dah lama aku duk peram tu menjadi juga ku cuba. Rangup dan okaylah bagi aku yang baru belajar buat tart yang main redah je ni.. Cuma tak berapa cantik sebab acuan tak cantik seperti yang diceritakan sebelum ni. 
 Itulah acuan tart yang aku pakai.. Sebab tu tak berapa comel tapi rasa sedap yer.. Hihik.. Perasan kan.. :)
 Adam dan ibu suka cheese tart ini tapi abah kurang suka. Walau dia tak berapa suka tapi tetap dia rasa dan makan jugak.Maklumlah dia kan tukang komen terhormat aku setiap kali aku cuba buat sesuatu resepi. :)
Inilah Oven kesayanganku. Kalau takde dia ni.. memang sampai sudah aku tak belajar buat kek atau ape-ape jelah yang berkaitan.. Thanks yer abah adam sebab belikan untuk saya pada bulan puasa raya yang lepas.. Dah hampir setahun sudah oven ni rupanya dan setahun jugaklah aku giler dengan hobi baru ku ini. Menge'test' segala macam kek dan kuih.

Resepi : Cheese Tart
Sumber resepi : Kak Zu

Kulit tat : 
170 gm marjerin - ku guna butterlite
50 gm gula aising
 1 biji telur gred C - ku pakai gred B dan buang sikit putihnya
290 gm tepung gandum - ku pakai 300 gm
1 sudu kecil esen vanilla

- Pukul marjerin dan gula aising hingga kembang (pakai senduk kayu jer)
- Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi sebati.
- Masuk tepung sikit2 dan uli menjadi doh lembut.
- Bila dah sebati, ambil sedikit adunan dan tekan-tekankan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu dasar tart.
- Bakar pada suhu 170c hingga kekuningan dan masak.

Filling cheese :
250 gm cream cheese - ku pakai brand tartura
50 gm gula castor
1 biji telur gred B
1/2 tsp esen vanilla

- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim, masuk telur dan esen. Putar hingga sebati.
- Sebelum masuk filling dalam kulit tart, letakkan dahulu sedikit bluberry filling, kemudian baru cheese filling. Lorekkan sikit dengan blueberry di atasnya.
- Bakar semula pada suhu 170c kira-kira 5 minit atau bila sentuh cheese tak lekat.

SELAMAT MENCUBA!!!!

Dia merajuk.........


Abah adam ke pintu dan mahu keluar kerana ada sedikit urusan yang tak berapa rasmi dia tu.. Adam pulak ikut abahnya dari belakang dan terus pakai selipar. Dia ingat abahnya nak ajak dia sekalilah tu. Bila abah dia cakap, "Adam nak gi mana? Adam tak yah ikutlah..Nanti abah belikan aiskrim kat adam yer," janji abahnya. Apalagi terus Adam merajuk dan masuk balik dalam rumah dan buat muka rajuknya. Abahnya nak mintak salam pun dia tak nak. Comelnya kamu merajuk wahai anak......


Ibunya inilah jugak yang kena pujuk. Memang lepas je abah dia keluar tu, terus dia menangis dan tarik-tarik aku suruh kejar abah dia. Aku biarkan dia menangis seketika, lepas tu baru aku peluk dan pujuk dia... 


Akhirnya dia tertidur dalam dakapan ibunya yang tersayang ni.. Hihik.. Camtulah nak pujuk dia.. Biarkan dia melalak berlagu tangisannya sekejap dan barulah pujuk dia. Lagi satu kalau dia buat perangai sebab dia mengantuk... Itu yang tertidur nih.. :)

Nota : Bila tengok jumlah comment sepanjang berblog ni, sungguh aku rasa terharu. TERIMA KASIH kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke sini dan menjadi pengomen terhebat Cerita Hati ku ini. Niat di hati memang nak hadiahkan sesuatu sebagai tanda persahabatan dalam dunia maya ni cuma belum berkesempatan lagi. InsyaAllah selepas raya nanti yer..!! Terutama P#eonix@Naz, Chicna dan Adam Hawa sebab jadi top 3 commentar Cerita Hati setakat ni. Thanks yer kerana sentiasa meyokong penulisan Cerita Hati ku ini.  :)  

Cheese Tart buat aku termimpi-mimpi


Aku pasti ramai yang dah makan cheese tart kan? Aku pun dah makan cheese tart hari tu yang dibeli kat pasar malam (orang lain dah lama rasa tapi aku baru merasa.. Hehehe). Beli 2 ketul je pun, seringgit satu tau. Tapi memang terus rasa jatuh cinta giler kat cheese tart tu. Sedap sungguh tambah pulak aku ni memang penggemar cheese. Sudah lama kot aku tengok dan simpan resepi yang orang share tapi belum tercapai lagi hajat nak cuba buat sebab aku takde lagi acuan tin tart yang comel tu. 
-sumber pic dr pokcik google-
Yang inilah aku belum beli lagik... Harus kena ada jugak satu hari nanti ni.. :)

Aku hanya ada acuan kertas aluminium tu jer yang aku beli kat tesco tak lama dulu. Selalu pakai untuk buat sokongan bakar muffin aku je.. Emmm...... disebabkan sampai aku termimpi-mimpi pasal cheese tart ni, akan aku cuba merajinkan diri buat tart ni dan pakai jelah acuan yang ada tu. Entahlah menjadi atau tak... Hihik... Tunggu mood datang dulu barulah oven aku tu berasap.
-sumber pic dr pokcik google-
Tengoklah ni kan... Memang sedap kan.. Siapa suka sila angkat tangan dan siapa yang dah pernah buat, tahniah daku ucapkan.. Hihik..

p/s : Kalau menjadi aku buat, barulah aku update sini yer.... :)

-Adam dan Grandma-


Grandma.. Panggilan special Adam buat bondaku (My Mok Lah) . Aku panggil bondaku 'Mok'. Orang Trganu memang ramai yang panggil Mak tapi sebut Mok.. Episod ni takde jalan-jalan dengan Big Boss (Abah Adam) yer sebab dia outstation dan aku bersuka ria di Kg tercinta.. Hahaha..

 Makan Nasi Ayam sedap dengan Grandma kat Mesra Mall Kemasek. Boleh tahan jugak sedap-sedap menu kat food court sini. Semua sedap.. 
 Lepas dah kenyangkan perut, pergi tengok wayang pulok lah.. Ini adam dan kazen dia, Iqbal...
 Tengok citer Mael Lambong sebab nak tengok Zizang je pun.. Hehehe..

Ini jalan-jalan kali kedua sebab nak tengok anak buah yang masuk dance competition B-boy kot..


Inilah anak sedara aku tu Hakeem dengan satu-satunya My Lovely Sister. Duk tengok dia lah sampai habis show baru balik.. :)

Sekian saje episod jalan-jalan Adam dengan Grandma... Nanti Raya pulak baru balik tengok Grandma.. Tapi adam sentiasa ingat nenek-nenek dia. Setiap hari mesti ada je kaum kerabat dia yang disebutnya.. 

Kisah Sim-card Ku


Simcard/number ni ada expired tak ye? Sepanjang pakai handset ni kan, aku rasa baru 3 kali kot aku tukar simcard/number.... Korang pulak? Tapi yang aku pelik kan, ada jugak tau orang yang suka sangat tukar-tukar number.. Kejap pakai number tu kejap number lain.. Itu yang ramai jadi lost contact dengan kekawan lama..

Aku mula kenal handset atau mula pakai handset masa umur 18 tahun. Itulah kali pertama pegang handset sebab study jauh di Penang kan, maka haruslah ada handset satu.. Masih aku ingat lagi jenama yang aku guna masa tu ialah Alcatel yang murah je ayah belikan.. Hahaha.. Itu pun dah berterima kasih sangat kat ayah. Nokia 3310 tu pun mahal lagi masa tu.. Lepas tu, aku tukar simcard lain buat kali keduanya sbb asyik kena kaco je kan yang simcard number first tu. Dan yang ketiga tukar dan masih pakai sampai sekarang, simcard pemberian Encik Suami di awal perkenalan kami dulu.. Masa dia hadiahkan tu status pakwe lah.. Hihik.. Dia belikan dua simcard yang numbernya hampir sama. Dia pakai satu dan dihadiahkan kat aku satu. Yang bestnye dia siap pos lagi. Masa tu kami cinta jarak jauh. Sorang di Penang dan sorang di Bangi.. Hihik.. Kenangan terindah... Setiap kali birthday pulak mesti dia poskan sesuatu untuk aku. Ada sekali tu dia boleh poskan bear.. Dah kena ngadap dengan pihak  pentadbiran hostel sebab bungkusan tu besar sikitkan. :) 

Sudah hampir 8 tahun simcard ni bertahan dengan aku dan aku memang still guna number yang sama lah. Maka takda alasan kalau kawan-kawan lama tak dapat jejak aku. Tapi simcard encik suami dah rosak setahun yang lepas dan dia terpaksa tukar sim serta number baru lah.. Itulah yang buat aku tertanya-tanya, simcard ini ada expired jugak ke? Hehe.. Tapi kalau simcard aku tu pun rosak lepas ni, nanti bawa ke Center aje settlekan dan yang pasti aku nak guna number yang sama jugalah.. Aku adalah pengguna maxis yang tegar.. Hihik.. Memang dari dulu lagi hanya Maxis di hati. :)

Wednesday 11 July 2012

Aku dan Mereka....


Aku dan Mereka...
Mereka inilah jantung hati aku..
Mereka inilah jiwa aku...
Mereka inilah keceriaanku.. Mereka inilah Kebahagiaanku..
Mereka inilah HERO dalam CERITA HATI aku... 
 Cinta, sayang dan kasih Kamu berdua selamanya.. :)
 Kamu pujaan hati Ibu, permata hati Ibu dan hidup Ibu. Ibu sayang kamu selamanya.. :)
Walau kamu terkadang ada nakalnya, walau kamu kuat merengek, walau kamu terkadang buat Ibu hilang sabarnya dengan karenahmu itu, namun Kamu tetap yang terbaik di hati Ibu kerana kamu permata Ibu.

p/s : Doakan yang baik-baik buat kami yer...!! :)

Nota : Kurus sangatkah aku?? Hehehe.. Nak buat macamana dah memang begini jugak aku. Payah sungguh nak naik berat badan.. Tapi kan, masa bujang dulu aku tak sekurus ini tau.. Tidaklah sekeding ini. Hahaha.. Apa masalah pun aku sendiri tak pasti tapi aku bersyukur  kerana aku masih dikurniakan kesihatan yang baik hingga saat ini dan semoga hari esok dan seterusnya pun akan lebih baik... Alhamdulillah...

Kisah adam disengat lebah.


Kisah ni dah lama... mengimbau kejap sebab rasanya belum aku catatkan storynya disini.  Kenapa aku tak catat kat sini erk? Huhu.. Terlupa agaknya....

Kisahnya bermula beberapa bulan yang lalu pada waktu malam. Adam terpijak seekor lebah sesat yang jatuh kat lantai... Mungkin adam ingatkan itu lalat, sebab tu dia pijak dengan kaki dia konon nak bagi lalat tu mati. Tiba-tiba dia meraung menangis cakap sakit... sakit.... Masa tu aku duk tengah online dan abah Adam tengah tengok Tv. Bergegas aku tengok kenapa dengan si kecik kesayanganku itu.. Rupanya ada seekor lebah yang dah mati kat lantai dan kat tapak kaki Adam ada tinggalan sengat lebah tu. Terus aku ke dapur dan ambil madu untuk disapukan kat tapak kaki dia yang kena sengat tu. Abah adam dengan cemasnya bawa adam turun ke kereta dan bawa segera ke hospital. Aku pulak ditinggalkannya sebab lambat sangat bersiap... Punyalah aku ni cuak dan cemas kat rumah sorang-sorang.. Boleh pulak kena tinggal dek abah adam.. Hanya tuhan je yang tahu betapa hati sangat risau bila takde dekat dengan anak saat tu...

Telefon jelah abah adam... Sejam lepas tu barulah mereka balik. Adam kena injection lah. Abah adam cerita, masa dalam kereta adam pengsan sebelum sampai hospital. Puas dia kejutkan barulah adam bangun.... masa tu memang dia pun cemas sangat dia kata... Itulah kisah adam kena sengat lebah.. silap aku jugak yang cuai dan terlampau bz meng'online' sangat masa tu. :)
Sekarang kan, kalau dia tengok Tv NatGeo tu kalau kuar citer tentang lebah, pasti dia ingat akan  kata lebah gigit kaki dia..

Adam memang hantu durian..


Durian..... ada yang suka ada yang tak suka kan. Tapi si kecikku Adam sangat menggemarinya. Dia tak ambil kisah pun akan bau durian tu. Dari mula pandai makan durian seawal usia dia setahun setengah lagi.... Ingatkan dia tak suka tapi dia suka pulak hinggakan pantang nampak durian mesti nak suruh belikan. 
Ahad yang lepas, abahnya belikan durian selonggok RM20 dan dapatlah dalam 10 biji. Punyalah seronok dia tengok abahnya beli durian. "Abah beli kat adam ke ni," itulah ayat yang dia tanya kat abah dia. Bila dah ada tu asyik mintak nak makan je.. 
Mulut dah comot.. Jangan tak percaya kalau si kecik ni mampu makan dua biji durian tau.. :)

Bila dia tolong melipat kain....


Adam memang suka tolong aku lipat kain baju. Kalau berlonggok banyak dalam bakul, mesti dia akan tegur, "Ibu, kenapa tak lipat lagi kain ni, dah banyak dah ni, " itulah cara dia tegur aku. Hahaha..... Memang pandai tau. Kadang tu, dia akan pilih sendiri baju-baju dia dan lipat sendiri... 
Aku memang suka ajak dia melipat sekali, masa dia kecik dulu pun siap main merangkak lagi atas longgokan kain tak berlipat tu. Bila lipat sama-sama, secara tak langsung dia akan belajar cara lipat baju. Aku ajarkan dia cara lipat baju dia jelah. Dan tak sangka dia dah semakin pandai dan betul cara lipatannya tu... Semalam pulak, memang dia yang lipatkan baju-baju dia tu snediri dan aku hanya tegur je bila dia macam keliru cara lipat. Dia marah kalau aku tolong dia lipat baju dia... Katanya, "Biar adam buatlah Ibu...". Kalau aku cuba betulkan pun kena marah ngan dia tau.. Tapi memang seronok lah tengok dia dah boleh lipat dan susun pakaian dia sendiri dalam almari lepas dah habis dia lipat semua tu. Terima Kasih Adam sebab rajin tolong ibu... Ibu sayang adam!!!

Harapnya bila besar nanti pun rajinlah jugak yer!!!

Tuesday 10 July 2012

-Kukur Kelapa-


Zaman serba moden hari ini, masih ada lagikah yang menggunakan kukur kelapa tradisional? Selalunya dah ramai yang pakai mesin je kan dan nak lagi mudah beli santan yang dah siap kat pasaraya.. Aku pun memang beli yang dah siap je. Yelah mana nak cari kelapa bila dah jadi perantau ni... Lagipun aku tak pernah pun guna mesin kelapa dan memang tak kan berani cuba lah.. Yang aku tahu dan boleh buat bila pakai kukur kelapa tradisional.. Kat rumah Bondaku masih dipakai dengan jayanya yer dan itulah yang selalu diguna. Bukan tak mahu pakai mesin tapi mesin kelapa pun takde kat rumah Bonda disebabkan Bondaku itu pun takut jugak.. Kalau adik beradik lain pandailah pakai mesin kelapa tu.. 

Adam kalau tengok grandma dia tengah kukur kelapa mesti dia nak tumpang duduk kat belakang... Dia boleh kata macam naik kuda.. Hahaha.... Ada-ada saje kamu ye dak Adam. Tapi manalah muatkan.....

 Mula-mula koyok nyior tu dulu yer... Paham ke koyok nyior tu ape? Sesiapa yang dari Ganu mesti faham... :)  Masa ni Adam ajuk Grandma dia.. Kuat lagi grandma.. Pastu dia kata, hebat grandma ni.. Kuatlah.. Hahaha.. Lawak betul kamu dak Adam.

Ini budak yang sibuk nak kukur nyior jugok.. Itulah kukur kelapa Bondaku punya. 

Walau zaman serba moden, apa yang lama jangan dilupakan ataupun tak kenal langsung kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute