Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 2 June 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500


Dah lama kot aku tak join segmen.. Kali ni tertarik nak join segmen dari Miss Z.


Syarat-syarat :

- Follow blog miss z [nanti miss z akan follow korang balik]
- Letak header miss z dan linkkan ke entri ini
- Buat entri bertajuk : Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500
- Nyatakan bilangan follower anda
- Pastikan follower blog anda KURANG daripada 500 orang
- tag kalau nak tak tapi pastikan diorang tahu :)
- hantar link entri anda ke ruangan komen
Link entri BUKAN link BLOG
hantar di ruangan komen entri ini BUKAN tempat lain
- Tamat segmen : 12 JUN 2012, Jam 10 pagi


Follower Cerita Hati = 123 orang.. (setakat entri ini ditulis lah)...........  :)
Sesiapa yang follower dia kurang dari 500 orang tu boleh lah join gak.
Nak join sila klik SINI

Janganlah tampar anak anda!


Masa aku kecil, sering jugak aku ditampar oleh mak dan ayah mahupun cikgu. Cuma untuk kesalahan kecil. Seingat aku yang paling sakit sekali bila aku kena tampar dengan abang aku sebab hilangkan pack lutut bola sepak dia, entah ape ke benda nama betul yang orang letak kat lutut bila nak main bola sepak tu..aku pun tak tahu.. Itulah yang aku ingat tau!! Hahaha.. Tapi dah lama pun, dah lama maafkan abang aku tu. Zaman kecik memang lah nakal kan dan abang-abang pulak masa tu garang-garang belaka.. Tapi berterima kasih jugak lah kat mereka tu, kerana garang mereka lah aku takut berdating keluar tak tentu hala masa zaman sekolah. :)

Biasanya kalau marah anak, mesti cepat je tangan nak naik ke muka dia kan? Betul tak? Termasuklah aku. Dulu kan selalu gak aku macam tu, cepat je tangan ni hinggap pipi dia tapi tidaklah sampai lebam, acah2 ajer.. Eh, siapa tak sayangkan anak kan, aku sayang tu si kecik Adam walau kadang penat tahan sabar dengan karenah dia. Tapi tahukah kita yang sebenarnya menampar itu sesuatu tindakan yang tak elok. Bila aku baca artikel tentang keburukan menampar anak, aku selalu ingatkan diri aku supaya jangan menampar dia.. Sebaliknya gunakan kaedah pendekatan yang lain untuk mengajar dia. 

Kesan negatif tampar muka anak :
* Boleh mendatangkan kecederaan serius - tamparan yang kuat boleh cederakan leher, saraf   tunjang, pendarahan dalaman
* Jika menampar terkena tepat pada cuping telinga boleh mencederakan gangguan pendengaran
* Menjadikan anak trauma dan hilang keyakinan diri..
 Dan selanjutnya kat SINI

Maka, cuba lah elak dari tampar/sepak muka anak walau dengan niat untuk mengajar dia. Rasanya itu bukan cara terbaik.. Banyak lagi kaedah yang boleh dipakai untuk mengajar anak..
 

Cara didik anak mengikut psikologi ISLAM.
1) Jangan pukul anak dari lutut dan ke atas.
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

Ini aku amik dan copy sikit kat sini masa aku terbaca kat fesbuk dan kalau nak baca selanjutnya di sini yer >> SUMBER

Nota : Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.

Friday 1 June 2012

-Devil Food Chocolate Cake-


Sorry yer banyak entri dapur pulak hari ni. Hahaha.. Aku memang suka buat kek.. Jadi sila jangan jemu datang sini dan amik resepi kat sini jugak yer. Nanti boleh kalian try pulak.

Aku sebenarnya hantu kek coklat.. Hari ni terasa mengidam pulak nak makan kek coklat.. Padahal baru je buat kek hari tu kan. Tapi kalau buat kek coklat gerenti cepat habis sebab si kecik Adam dan Abahnya pun memang suka makan kek coklat. Masa BW kat blog Kak Yati, ternampaklah resepi best. Ada gabungan topping cheese dan chocolate.. Wah!! Aku tengok gambar kat situ pun dah meleleh air liur aku. Jadi merajinkanlah diri buat jugak memandangkan masih ada lagi stok bahan kek. Wah gitu.. Macam bagus jer aku nie..Hahak..

Tapi......... aku punya agak comot sikitlah sebab aku pakai topping coklat versi aku disebabkan coklat bar takde.. Belasah pakai serbuk koko dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya. Kalian harus cuba resepi ni tau!! Memang best sangat.. Makan sejuk-sejuk pun best giler!!! Bayangkanlah satu kek tu ada rasa cheese dan penuh dengan rasa coklat... Fuhh.. Harus try sendiri Okay!!

 Ini loyang petak 9"X9". Pakai loyang lain pun boleh ajer.
 Itu yang best tu bila ade cheese & coklat.
 Budak kecik yang tak sabar mintak potongkan kek tu. Tak sempat letak dalam peti pun dah kena bedal dulu dek budak nih. :)


Dah nak habis dah pun. Sukanya kamu yer dak Adam!!

Resepi : Devil Food Chocolate Cake
Sumber : Kak Yatie @ Sinar Kehidupan

Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum* -ku pakai tepung kek
1/2 cawan serbuk koko*
1 1/2 tsp soda bikarbonat*
1/2 tsp garam*  (bahan-bahan bertanda * diayak sekali)
1/2 cawan gula pasir - ku pakai gula castor
1/2 cawan gula perang
125 gm Butter/mentega
2 biji telur saiz A - ku pakai 3 biji telur gred B
2 tsp esen vanilla
1/2 cawan buttermilk (1/2 cawan susu segar + 1 tsp cuka masakan, rehatkan 10 minit)
1 cawan air panas suam

Cara-caranya :
1) Oven dipanaskan pada suhu 170c. Alas dan griskan loyang.
2) Ayak bahan bertanda *
3) Pukul butter dan 2 jenis gula tu hingga kembang dan ringan. Tambah telur dan putar sebati.
4) Bila dah sebati, masuk bahan-bahan kering (tepung) selangseli dengan buttermilk.
5) Masuk air panas suam dan esen vanilla. Sebatikan.
6) Masuk dalam loyang dan bakar 30minit atau hingga masak.

Cream cheese Frosting
125 gm cream cheese
60gm butter
1/2 cawan gula icing *ayak
1 tsp esen vanilla - ku tak letak
1 tsp oren sunquick- ku tak letak

*** Putar cream cheese dan butter hingga gebu dan berkrim, masuk gula, esen & jus. Putar sebati.

Choc Topping versi ctayue. :)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
2 sudu besar minyak -ku pakai minyak jagung
1 tsp esen vanilla

*** masak semua secara double boil hingga sebati.

Cara topping kek :
* Letak creamcheese frosting dulu baru lah letak choc topping.

Nota : SELAMAT MENCUBA!!!

Bila Adam kata nak tengok TV Adam??



Hari tu Adam asyik duk mintak tengok Ben10 online je kan. Sekarang Adam ada perangai baru pulak, dia akan merajuk kalau kami tukar channel lain. Dia akan kata,  "Adam nak tengok tv adam, salah ke abah??".

Bangun je tidur, dia akan amik remote tv dan kata lagi, "Ibu, Adam nak tengok Tv Adam".

Oh..cukup penat bila siang dari pagi sampai petang pun Tv channel dia.. Malam pun channel dia jugak kadang tu. Adoii... Sebab itu abah dia hanya bagi bukak TVIQ je kat dia dan bukan lagik Ceria seperi sebelum ni. Kalau nak tengok channel lain, kami kena cakap elok-elok dan pujuk pulak Adam tu. Super spontan, drama melayu, citer omputih yang robot2 dan lawan2 tu dia akan OK lah kalau tukar pun. Kalau dia tak berkenan, dia akan merajuk dan kata, "Adam nak tengok Tv Adam, salah ker ibu abah??".

Inilah dia budak yang tengah membesar.. Macam-macam ragam dia.. Last-last kami decided bukak channel TVIQ je kalau dia mintak tengok Tv dia. Kat situ dia boleh gak belajar kan.. Kalau asyik melayan tengok kartun aje.. Penat jugak tu. Mujur dia suka gak tengok.. terutama yang Oh! My English tu.. kadang tu sampai dia terikut-ikut pulak. :)

Siap hisap ibu jari lagik!!
Entah paham ke tidak tu!!

-Nasi Hujan Panas-


Hari Jumaat pasti ada menu spesel sikit.. Hari ni menhujan panas kan nasik.. Hahaha.. :)
Adam panggil nasik ni, nasi merah hijau.. Tengoklah tu berselera dia makan. :)

Rasa-rasanya ada orang bosan tak baca blog aku erk? Sebab aku asyik post pasal masak memasak je kat sini. Sebenarnya kan, sejak aku dah berubah tittle jadi 'Puan' ni baru ler rajin masak itu ini.. Dan baru lah tergedik-gedik nak cuba masak macam-macam resepi. Kalau dulu masa zaman 'Cik'.... memang aku malas yang amat. Tambah pulak aku banyak duk hostel kan. Mak suruh tolong kat dapur punyalah aku malas buat dek jer. Kadang saje je aku buat-buat tidur dan tengok Tv lah.. Awal-awal kawen dulu memang aku masak main belasah aje.. Laksa penang favourite Abah Adam tu pun aku belajar dari mertua. Sampailah Abah adam puji kata sedap. Yang paling aku tak sangka bila aku try buat kek dan menjadi.. Tak tahu pulak yang aku ada bakat buat kek rupanyer. Hahak.. Poyo jer ayat aku ni. Jadinya, salah satu sebab jugak dalam blog ni ada catatan menu masak-masak aku supaya bila Adam besar nanti atau coming soon anak-anak aku boleh belek resepi ibu dia kat sini selain catatan-catatan kisah aku, dia dan kami-kami...... :)

Nota : Kepada yang tak pandai masak sebelum kawen, jangan risau.. Nanti dah kawen akan pandai masak dengan sendirinya. :)

Thursday 31 May 2012

-Adam dan Mr.Panda-


Siapa Mr.Panda Adam?? Ohh.. Mr.Panda adalah bear panda pemberian Aki dan Ummi dia. Ada bear jugak Adam ni rupenyer.. Tapi nak tahu tak apa dia buat dengan Mr.Panda dia tu? Haaaa... Malam ni, Mr.Panda telah dibelasah oleh Adam. Kesian Mr.Panda dia tu.. Biasalah budak lelaki ni kan lasak.. Ada je aksi dia nak buat...

 -Kapten Adam sedang bersiap sedia nak serang musuh-
 -Mr. Panda jadi mangsanya-
 Tengok tu, dilambungnya Mr.Panda.. Macam-macam lah budak Adam ni tau..
-Pelbagai aksi Adam&Mr.Panda-

Adam kata : "Yeay!!! Adam berjaya!!"

Itulah dia Adam.... Memang dia aktif dan agak lasak sikit. Bab yang dia dah pandai gigit orang dan pukul orang tu.. sekarang ni nampak macam dah kurang dah sikit. Tapi kena banyak kali tegur dan ingatkan dia. Cuma itulah......... kalau ada budak yang buat dia dulu, pasti dia akan balas balik. Takkan aku nak marah anak orang pulak kan dan takkan aku nak biar je Adam kena buli pulak kalau dia diam je. Takpelah.... akan ku cuba ingatkan dia perlahan-lahan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang boleh dia ikut dan apa yang dia tak boleh ikut. Semoga dia jadi anak yang baik.

-Mee Rebus-


Hari ni pekena Mee Rebus Johor.. Bila aku pergi Johor erk?? Sebenornye, pakai perencah mee rebus segera aje.. Kawan yang bagi.. Masak dengan air bagi didih dan pekat.. Kemudian, makan dengan telur rebus, taugeh, tauhu goreng, mee kuning, bawang goreng & daun bawang.. Memang best ler.... 
 Model Baru.. Nama brand perencah pun Adam.. tapi tambah i.. :)
Inilah hasilnya.... Best gak.. Walau pakai yang segera. :)

Pssstt... Nanti boleh kirim lagi lah kat kawan tu.. Dah jadi tersuka ler pulak. Nak buat mee rebus versi Johor ni entah bila lah aku nak mencuba buat sendiri.. Resepi ada jer tersimpan dalam buku2 nota resepi tu, tapi belom try buat pun lagik.. Hahaha... Bila dah tahu ada yang segera.. Maka, aku rasa pakai yang segera lagi senang sikit kot bagi orang yang macam aku lah yang tak pernah buat mee rebus Johor ni dan memang aku tak pandai pun buatnya. :)

Baca & Fikir!!!


Sedang mengemaskini segala files dalam PC aku ni..... terjumpa pulak satu folder files yang tersimpan banyak document pasal kata-kata nasihat yang best. Aku dah lupa mana aku copy sebabnya dah lama sangat kot ni.. Masa zaman aku study dulu lagi ni.. Seingat aku lah, aku copy folder tu dari BFF aku 'Jima' dan save dalam PC aku.. Terasa pulak macam nak letak dalam blog kesayangan aku ni lah.. Dulu masa zaman aku study, mana aku ada blog lagi kan.. Sekarang baru ada.. Hihik.. :)

Read and think!!!

I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you.

No man or woman is worth your tears, and the one who is, won't make you cry.

Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.

A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them.

Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with your smile.

To the world you may be one person, but to one person you may be the world.

Don't waste your time on a man/woman, who isn't willing to waste their time on you.

Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.

Don't cry because it is over, smile because it happened.

There's always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.

Make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to know you.

Don't try so hard, the best things come when you least expect them to.

REMEMBER: "WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON".

Wednesday 30 May 2012

Bila Adam mula menggigit!!!



-ihsan pokcik google-
Adam sudah pandai menggigit/memukul orang.. Baru-baru ni masa main kat playground, dia ada gigit sorang budak. Dan tadi dia gigit anak kawan lah pulak.. Adoii.. Pening aku dibuatnya.. Entahlah dari mana datangnya perangai baru dia tu. Risau sangat aku ni. Sebenarnya kan, dia akan balas balik bila ada orang kacau dia atau rampas mainan dia. Kalau orang duk ejek dia pun dia akan balas balik kat budak tu. 

Kadang tu kan, kalau budak tu sepak dia dulu, dia akan sepak balik budak yang buat dia dulu tu. Puas dah aku cuba nasihatkan dia dan marahkan dia.. Abah dia pun aku dah bagitahu tapi masih dalam pemerhatian abahnya lagik. Yang hairannya kalau kat rumah, dia tak lah nakal walau main sorang-sorang, tapi kalau dah ramai-ramai mesti dia buat hal. Aku sebagai ibu sangatlah risau dengan ragam baru dia tu.. Kenapa entah dia jadi camtu? 

Takkanlah aku nak sekat dia dan tak bagi dia bercampur langsung dengan bebudak lain kot.. Nanti tak berkembang elok pulak minda dia.. Masalahnya kalau dia tak mulakan dulu, orang lain yang buat dia dulu.. Dan kebiasaannya orang yang buat dia dulu lah.. Itu yang dia balas balik budak tu sebab satu perangai yang aku nampak ada pada Adam ialah dia memang jenis tak suka mengalah dan seorang yang teliti sikit. Melainkan kalau orang tu tak main kasar dengan dia atau minta izin nak main barang dia. Sebabnya dengan sesetengah budak-budak lain ada yang dia OK jer... Itu yang aku pelik tu.. 

Aku pun cuba google mencari apa sebab Adam begini atau normal ke budak umur macam dia begitu.. Dan terjumpa satu info di SINI. Sangat berterima kasih atas info ni dan izinkan berkongsi disini pula yer.


* Anak-anak yang agresif dan aktif ketika berusia kanak-kanak merupakan perkara biasa, bahkan sesetengah ahli psikologi mengatakan bahawa perbuatan anak tersebut sebagai perlakuan normal. Kerana menurut mereka anak yang pendiam ketika usia kanak-kanak ini tergolong kanak-kanak yang bermasalah, wallahu 'alam.

* Di dalam Islampun kita dituntut untuk mencurahkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak kita agar mereka dapat tumbuh dan berkembang menurut fitrahnya secara baik dan sempurna. Rasa kasih sayang ini bukan sahaja dinikmati anak dengan rasa yang bahagia dan memberangsangkan tetapi juga memberikan kesan kepada ibu bapa yang memberikan rasa kasih sayang itu. Jika kita tidak mampu bersabar dan tidak mampu menyayangi anak-anak secara berterusan kerana agresif dan kenakalan mereka, maka kita khuatir rasa kasih sayang itu mulai menghilang dalam diri kita. Jika ini terjadi maka kita tergolong insan yang paling rugi.

* Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Muliakanlah anak-anakmu dan berikanlah pendidikan yang baik kepada mereka" (Riwayat Ibnu Majah) Dalam memberikan pendidikan kepada kanak-kanak utamakanlah pendekatan pendidikan Islam. Pendidikan yang pertama sekali diberikan kepada anak ialah dasar-dasar aqidah dengan cara yang mudah diterima. Oleh itu hendaklah memperdengarkan kalimah syahadah dan kalimah tauhid kepadanya. Bacakan kepada mereka itu kalimah tauhid setiap hari sehingga meresap ke dalam hatinya.

* Apabila usia anak telah bertambah misalnya telah berumur empat atau lima tahun, ajarilah mereka dengan akhlak yang mulia seperti sifat jujur dan melarang mereka bersikap dusta, mencintai kedua orang tua dan sanak saudara. Kenalkan kepada anak nilai-nilai dan akhlak yang mulia serta bandingkan dengan sifat-sifat yang tercela agar mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

* Dalam Islam dengan tegas menjelaskan agar kita menyuruh anak mengerjakan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak mahu mengerjakannya ketika berumur sepuluh tahun.

* Banyakkan berdoa kepada Allah, agar anak yang berusia empat tahun ini menjadi insan yang soleh di kemudian hari yang dapat mendoakan ibu bapanya kelak. Jangan memberikan gelaran yang buruk kepada mereka, kerana sebutan buruk itu merupakan doa, dan sebaliknya gunakan gelaran ataupun panggilan yang baik, agar ia menjadi anak yang baik.

Jadinya, haruskah aku menghukum Adam atas kesalahan dia tu?? Sejak akhir-akhir ni memang dia agak meragam semacam je. Manja semacam pun iye jugak.. 

Men Rainbow kan Kek di petang hari...


Hari ni main pondok-pondok sat dengan kakak2 merangkap kawan kat kuartes nih.. Hehe.. Hari tu buat Rainbow Cake tidaklah segebu dan selembut hari nih. Ayoyo.. apasal entah.. agaknya aku malu kot bila ramai yang jadi pemerhati time aku buat kek, itu yang tidak berapa menjadi cantek tuh. Hihik.. Takpelah, at least dah bagitahu cara camne nak buat dan layerkan kat kawan-kawan tu. Punca terlebih lembut mungkin terlebih butter atau telur saiz besar kot... Lembut tu okay lah sebab boleh dimakan cuma nak men 'deco' nya agak susah sikitlah.. 



-Inilah hasil kek rainbow tapi kali ni pakai creamcheese frosting untuk layer dan topping keseluruhannya-
Resepi boleh tengok entri sini Rainbow Kek

Mana gambar kekawan?? Hoho.. Diorang tak mau amik gambor.. :)

-Mari siram pokok dengan Adam-


Air pasang pagi surut pukul lima,
Adam bangun pagi siram pokok lada,
Pokok lada abah tanam depan rumah, 
Bila sudah merah baru boleh jamah.

Macam tak kena je pantun tu.. Hihik. :)
Sekarang ni aku tengah latih Adam macam mana nak jaga pokok.. Lagipun dia selalu sangat suka ingatkan aku supaya siram pokok lada Abahnya setiap pagi. Pokok lada tu sebenarnya ditanam oleh Abah Adam.. Ibu Adam memang tak boleh menanam sebab asal tanam je mesti tak menjadi.. Kalau tolong siram dan baja kan layak lah. Tak pasti lah pulak kenapa, orang kata sebab 'tangan panas' kalau menanam payah nak hidup pokok tu.. Ye kot. 

Berbalik cerita si kecik Adam.. Hobi dia sekarang memang akan menolong siram pokok lada Abah dia waktu pagi dan aku pulak tolong isikan air dalam gelas bagi dia siram. Biar dia ada sikap rasa sayang pada pokok dan jaga pokok Abah dia tu.. Dah berbuah dah pun pokok lada ni walau ditanam di dalam pasu dan letak pulak kat beranda depan rumah je.. Maklumlah rumah tinggi mane nak cari tanah lapang.. Tanam merata ikut suka, karang kena cabut dek orang lain pulak. Menjadi jugak hasil tanaman dari Abah Adam. 
 Tengok tu berbuah dah.. Sebenarnya, aku dah amik 3 biji lada dari pokok ni bila tengok merah hari tu. Aku buat makan dengan bihun. :)
 1,2,3......... siram!!!
 -Petani cilik sedang menyiram pokok lada-
-Semua dia nak siram, nampak tak air menitis tu, bukti adam memang siram yer-
-Punyalah bersungguh sampai suruh pandang camera pun tak nak.-

Tuesday 29 May 2012

Entri khas buat kamu my sis -Tahniah Buat Kamu-


Hari ni adalah hari semakan keputusan peperiksaan program matrikulasi 2011/2012.. So, aku hello adik aku yang sedang bercuti tapi tengah buat partime job gak tu kat Mall.. Bertanyakan camner resultnya. Mula-mula dia kata takut nak check.. Hahha.. Last-last kakak dia ni jugak yang tolong check kan. 
Dan.............
Sekalung tahniah aku ucapkan buat kamu adikku 'Niatum' kerana berjaya maintainkan result kamu. Wah, dah sama lawan ngan result kakak dia pulak masa matrik dulu erk.. :)
Aku doakan semoga kamu berjaya dapat course yang kamu nak tu.. Hope dengan PNGK tu melayakkan kamu untuk dapat course yang menjamin masa depan dan senang pasaran kerjanya kelak. Semoga kamu berjaya adikku!! Apa-ape pun jangan cepat berbangga dengan apa yang kamu dapat hari ni kerana banyak lagi cabaran yang menanti di depan. Chayokk!!! Chayookk!! Pesanan aku untuk kamu adikku 'Nia', study dulu sampai grad kemudian dapatkan kerjaya yang mantap baru lah pikir soal kawen yer.. Hahaha.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute