Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 7 September 2012

Mana satu la agaknya yer??


Hai sahabat-sahabat bloggerku disini. Semoga kalian sihat sentiasa hendaknya. Maaf kerana saya agak jarang blog walking dan menerjah korang. Nanti ada masa saya terjah yer...
Masih sibuk hadiri open house ke? Saya pulak boleh dikatakan setiap hari jugaklah sepanjang minggu ni. Untung jugak ada kawan-kawan yang rajin masak-masak nih.. Hehee.. 

Di sebalik tajuk entri saya tu sebenarnya menceritakan sesuatu....... Apakah itu? 
Kisahnya begini..... 06/09/12, lebih kurang  jam 5.30 pagi sebelum subuh. Saya terkejut dari tidur kerana tekak saya tiba-tiba terasa nak muntah. Perut mula rasa mengeras sakit. "Haih pasal ape pulak ni?", bingung jugak saya. Saya terus muntah dan pening sehinggakan seharian tak dapat bangun. Hampir 4 kali jugak lah keluar masuk toilet. Terbaring je saya sepanjang hari, masak ++ buat kerja rumah pun tak dapat sebab kepala terlalu berat. Memang tak selera betul makan semalam, hanya dapat minum air milo + roti jer. Saya tak pasti kenapa sebab saya tak pergi  checkup pun kat klinik. Yang encik suami ni dah happy dah lah kan. Emm.. tapi saya tak nak menaruh harapan tinggi sangat atas sebab yang belum pasti kenapa saya tak sihat semalam. Mungkinkah kerana saya mabuk akibat makan pucuk ubi terlalu banyak malam tu atau sebab berita gembira lain? Mana satulah agaknya yer? Telefon mak dan tanyalah mak samada makan pucuk ibu boleh jadi mabuk jugak ke? Mak pun pelik dan saya lagilah pelik kerana selama ni makan tak pernah pulak jadi camtu kan. Sebenarnya dah dua hari berturut-turut saya makan pucuk ubi tu. Emmm.. Tak tahu lah kenapa.. Just wait n see jelah... :)

 Hari ni, Alhamdullilah....... dah segar sikit dan bolehlah bangun buat kerja dah.. Tak muntah cuma pening-pening lalat aje.. Hihik. Nantilah saya nak check sebab saya rasa awal lah pulak kot.. Kalau benar bagai dikata, syukurlah sebab adam dan abahnya yang menginginkan sangat.. :)
Adam ikut abahnya main badminton dua hari yang lepas. Nanti akan di update kemudian yer... 

7 Komen Cerita Hati:

mama aryan said...

insyaAllah moga2 ada berita gembira nanti

Rosmawani♥ said...

Semoga cpt sehat yer :)

IntaNBerliaN said...

moga2 ada berita gembira :-)

IntaNBerliaN said...

moga2 ada berita gembira :-)

Masya said...

CUBALAH CEK SENDIRI MUNGKIN MENGANDUNG ...

TP PUCUK UBI MMG ANGIN KALAU TAK KENA GAYA MAKAN MMG PERUT MERAGAM ATAU SAKIT KEPALA...

Chic Na said...

cepatla g check ayu. hihi.. cik na pulak yg tak sabar. ;)

P#eoniX said...

insyALLAH...kalau dah rezeki x kemane....banyak berdoa la ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute