Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 25 September 2012

Adam dah sihat....


Alhamdulillah.. Hampir seminggu jugak dia tak sihat, akhirnya dia dah kembali aktif dan sihat. Syukur sangat.. Tapi saya pulak yang tak berapa sihat kerana sakit tekak. Tapi sebenarnya kan, saya lebih rela biar saya je yang sakit dari tengok anak yang sakit demam ni. Setiap ibu pasti punya rasa begitu kan, kan? 

Sepanjang adam tak sihat tu, macam-macam saya cuba nak pastikan suhu badan dia turun dan selsema dia baik.
1) Saya bagi dia berendam.. Hehe.. Itu cara saya lah. Saya suka bagi dia mandi lama sikit dan akan bagi dia mandi dalam kolam yang comel tu kalau dia demam. 
2) Saya sentiasa jaram kepala dia dengan air yang diletakkan sedikit asam jawa + beberapa helai daun bunga raya. 
3) Disebabkan hidung dia tersumbat, saya tinggikan bantal dia waktu tidur. Tapi memang penat sikitlah sebab adam tidurnya tak suka berbantal, jadi setiap jam saya kena berjaga untuk pastikan kepala dia duk atas bantal yang saya tinggikan tu. Saya jugak galakkan dia tidur mengiring.
4) Gara-gara hidungnya tersumbat tu jugak, saya belikan dia breathe right kids. Membantulah jugak walau tak sepenuhnya.
5) Pastikan dia makan ubat ikut aturannya.

Dua hari lepas pulak, dia mengadu telinga dia tak dengar. Haih, haru biru jugak saya. Dia mintak saya korekkan telinga dia kononnya, "Ada ulat telinga adam ni", katanya lah kan. Saya faham yang sebenarnya dia tak selesa dengan keadaan tu. Saya bagi dia minum air sejuk badan yang HPA punya. Lepas tu sepupu saya pulak cadangkan bagi dia makan aiskrim yang dalam bekas. Lagi tips berguna saya dapat dari sepupu saya yang kebetulan datang rumah saya semalam. Katanya, kalau batuk, sakit tekak atau telinga berdengung.. elok makan aiskrim dalam bekas tu dan tak kisahlah brand apepun.. Cepat sikit redanya dan bukan aiskrim yang 20 sen yer.
 Emm.. adam dah sihat, maka ibunya yang sakit tekak ini lah akan habiskan aiskrim yang baru ditambah beli oleh abahnya tu. Hihik... :)
 Yang ni sebenarnya grandma adam belikan masa dia kat kampung yang mana waktu tu hidung dia tersumbat je tidur malam. Dia terkena demam pulak, bila dah pulang dari kampung...Agaknya demam sebab rindu grandma kot.. Hehhee.. :)
Kesian budak ni. Bila demam, terbaring jer.... Pastu mulalah nak marah-marah dan meragam. Sabar jelah dengan karenah anak-anak yang sedang membesar ni. Bila dia tak sihat lagilah kita kena banyak sabar.. Ibu sayang Kamu dak Adam. :)

6 Komen Cerita Hati:

rieda_ffya said...

horay...adam da sehat...lps ni update byk citer psl adam k..

adda syuhada said...

anak adda jrg demam..tp sekali demam makaiiii teruk betul...mak dia yg menggelabah..semua xkena la diwatnya..sapa xsyg anak kan..

Chic Na said...

itulah, kalau anak demam ibulah yg paling risau. mujurlah adam dah sembuh. ;)

Amy Hilmirda Daud said...

Alhamdullilah adam dah sihat. Anak amy yg sulung tu pun masa kecik2 asyik demam aje nasib baik bila dah besar dah tak selalu sgt.

Masya said...

alhamdulillah adam dah sembuh, anak sy payah sikit kalau tampal² gini.. sdgkan cool fever pun kadang² dia bukanya campak xmoo pakai.. kalau lekat gini kat hidung pun mesti sama gaya gitu... x pernah cuba lagi...

IntaNBerliaN said...

biasalah.. bila xsihat mesti ank2 meragam kan.. tp alhamdulillah adam dah ok :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute