Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 13 August 2012

Biskut Dahlia & Biskut Love


Hai sahabat-sahabatku disini... Korang sudah siap buat biskut raya ke atau order ajer? Saya belum siap sepenuhnya dan baru je siap buat dua jenis.. Hari tu saya buat Dahlia kaler merah kan. Kali ni saya buat dahlia kaler kuning yang biasalah kan. Biskut dahlia sememangnya setiap kali raya biskut ni wajib ada kat rumah saya. Adik-adik saya cukup suka biskut ni.. :)
-Sebelum dibakar-
-Selepas dibakar-

Resepi : Biskut Dahlia

250gm butter/marjerin
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastard
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
hirisan ceri dadu sebagai hiasan

1) Marjerin dan gula dipukul sebati dan kembang.
2) Masuk telur dan esen, pukul rata.
3) Masuk tepung-tepung dan gaul sebati, uli menjadi doh lembut.
4) Masukkan dalam acuan dan picitkan. Letak ceri. Bakar 150c selama 15-20minit.

SELAMAT MENCUBA!!

Kemudian, saya mencuba pulak buat biskut strawberi yang resepinya dari majalah Saji Bumper Raya. Saya guna acuan bentuk Love dan Adam pulak dengan sesuka hatinya menamakan biskut ni biskut I Love U. Hihik...
Resepi : Biskut Strawberi
Sumber : Majalah Saji Bumper Raya

200 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
100 gm tepung jagung
30 gm tepung kastard
210 gm tepung red rose - saya guna tpg gandum
20 gm susu tepung
1 sudu besar pes strawberi
1 sudu besar pewarna merah

Hiasan ; Coklat masakan
** Kaedahnya sama jelah yer macam kat atas tu.. Dah siap bakar baru hias dengan coklat masakan yang dicairkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

3 Komen Cerita Hati:

rieda_ffya said...

wah..sedap nampaknya...da bape x buat biskut raya nih..jeles tgk org buat..

Chic Na said...

jadi la biskut dahlia tu. kelopak dia cantik je. cik na pernah try buat tp tak pandai nak piping. so kelopak bunga tu tak jadi cantik. biskut love pun nampak menarik.

Masya said...

rajinnya buat biskut ..
suke jugak makan biskut dahlia ...
takde lebih ker?? meh sebalang .. x malu btl .. sy kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute