Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 6 August 2012

Akibat suka sangat melompat!!


Sudah saya pesan dan beritahu... Acap kali ulang benda yang sama, "Janganlah melompat sangat Adam, dengarlah cakap ibu ni". Tapi dia melompat jugak. Dipijaknya sofa tu dan lompat dari atas sofa tu. Memang anak lelaki macam itu ler gayanya kan. Tapi bila dah selalu sangat melompat-lompat macam tu adalah nanti akibatnya kan... 

Tak lama dulu dia dah pernah terjatuh dan terkena pasu akibat dari dia panjat duk atas bangku kat depan pintu rumah yang tepinya tu ada pasu. Nak turun dari bangku tu terjatuh dan dahinya terkena pasu kat situ. Hari ni pulak, gara-gara seronok sangat melompat dari sofa, dia terjatuh lagi dan tersembam atas lantai. Dah bengkak benjol sudah dahinya dan tempat yang sama pulak tu. Haih budak ni kan......... Bila marah, reda lah sekejap dari main macam itu.. Bukan marah kalau dia aktif, memang bagus kalau dia aktif.......... Cuma risau jadi macam ini lah. Tak tahulah saya harus macamana lagi. Adam ni memang aktif, nakal dan buasnya tu masih boleh ditegur lagilah dan tidaklah dia tak mahu dengar cakap saya terus. Cuma kadang tu dia jadi lupa sikit. Bila ditegur baru dia diam.. Inilah dugaan dalam menahan kesabaran sebagai seorang Ibu kan.. Nak mendidik anak tu betul-betul kena banyak bersabar......... 
 Kesian anak Ibu.. Kan dah bengkak dah dahi tu. Benjol dah sikit kat situ. Lainkali dengar cakap Ibu yer!!
Saya tuamkan dahi Adam dengan ais.. Nampak keberkesanannya bila makin surut sikit bengkaknya tu. Sambil menuam dahi dia tu, saya nasihatlah kenapa saya marah sangat dia melompat macam tu. Dia diam dan cakap faham. Harapnya dia tak lah melompat dan buat aksi pelik-pelik lagi lepas ni. Kalau buas dan aktif tu saya tak kisah pun asalkan dia tak reka macam-macam aksi  yang boleh merisaukan saya. Normal lah kan anak-anak kecil yang sedang membesar ni buas dan suka melompat. Tambah-tambah anak lelaki kan..

Nota : Skrin monitor pc saya asyik kelip-kelip je, kenapa lah agaknya.. Jangan demand nak yang baru sudahlah.. Hihik.. Dah lama tau monitor  ni.. Old stail sangat dah... Sebab masih elok itu yang duk guna lagi. Dah 6 tahun tau.. :)

7 Komen Cerita Hati:

Anonymous said...

budak2 mmg macam tulah... cuba letak asam jawa kalau lebam masih ada !

Unknown said...

samalah anak kita ayue,..tapi mia kurang sikit kot sbb dia perempuan..sll saya cakap,..tak comel perempuan buat camtu,..dia asal kata tak comel..tak nak dia buat dah!!!...hihihi..
.harap adam cpt baik yer....cian dia...

IntaNBerliaN said...

kesiannya... sampai benjol..

Chic Na said...

kesian adam. benjol dah dahi tu. hhuhu..

Rosmawani♥ said...

keciannyer.. memang bdk2 mcm ni lah klu aktif.. tuam2 dgn air panas yer.. :)

saly said...

budak2 mmg gitu kan..kita sebagai ibu terjerit2 rasanya bila yg di buatnya npk bahaya.. budak2 mmg suka mencuba..:)

follow n salam kenal ..

Masya said...

kesian adam, anak sy pun jatuh jugak.. bibir yg luke ade entry kat draft tak publish lagi ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute