Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 26 July 2012

Tema ape yer?


Malam semalam lepas je berbuka dan solat magrib, kami keluar meronda mencari mood shopping raya. Naiklah motor ke bazar jualan raya.. Naik motor sebab aku yang nak sangat. Dah lama kot tak ronda ngan Mr Hubby naik motor dan Adam lagilah seronok. Sampai je kat bazar tu, ku tengok lenggang je dan mungkin awal lagi kot orang nak shopping raya kan. Takde lah besar sangat sebenarnya bazar tu.. Tak beli ape pun just survey harga jer.. Dah tengok dah apa yang nak dibeli kat adam nanti.. Hihik.. Ibu dia ni biarlah dulu, utamakan anak dulu.. 

Buntu bila fikir nak tema ape tahun ni? Nak beli baju apa? Haih...... macam tak datang mood je lagi nak shopping untuk raya.. Kena ambil mood dulu barulah boleh gi shopping. Macam malas je aku nak beli baju raya, nak beli tudung je.. boleh? Hihik.. Kalau untuk adam dan abahnya haruslah beli baju raya. Rancangnya nak ke Rantau Panjanglah nanti kot.. Korang dah shopping raya ke?

Tahniah kepada penjawat-penjawat awam yang bakal dapat bonus setengah bulan gaji. Syukurlah rezeki kan.... Aku ni tumpang gembira je dan tengah pasang strategilah nak membodek Mr.Hubbyku tu.. Hahaha.. Melawak aku dengan dia petang semalam, ku bukak pintu dan salam dengan dia ucap tahniah.. Peliklah dia apa ke hal aku ni buat camtu.. Hehe.. Aku katalah, gi lah bukak fesbuk nun. Barulah dia tahu apa.. Hihik.. Nanti belanja Ibu yer!!! Padahal hari-hari dia belanja aku.. :)

8 Komen Cerita Hati:

cheqna said...

cheqna pun x mikir pun lagi kale tema ape..

Rosmawani♥ said...

Ros pun xshopping apa lg... Xpe, nnt ujung2 die mai la mood raya tu kan :) skrg kita fokus posa dulu.. Hahhaha... Hmm bestla org keje gomen :p

mama aryan said...

akak pun tak beli lg pun baju raya,taktau nak tema kaler apa

Masya said...

hihihihi..... pandai ek nak bodek...

Chic Na said...

mood shopping raya masih suam2 kuku lagi. huhu.. bestla gomen dpt bonus. cik na kena bodek abah la, belanja kuih raya. hehe..

Amy Hilmirda Daud said...

tahun ni tak de tema, kaler ikut suka aje.

Cikrosecute said...

CR dah beli dah...tema tahun nie hitam..

Nora Karim said...

tu la... tahun lepas tema kami gold... tahun ni tak tahu lagi... hm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute