Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 21 July 2012

Kisah dia, si kecikku


Situasi di meja makan petang semalam.
Abah   :  Adam nak puasa tak? Esok orang puasa tau.
Adam  :  Puasa tu ape?
Abah   :  Puasa tu tak boleh makan dan minum. Kena tunggu malam baru boleh makan.
Adam  :  Eh, sianglah kena makan kan abah, malam tido jer.

Kami tak tahu nak cakap ape dah... Hahaha...  Umur macam dia terlalu awal kot nak faham kan apa itu puasa. Baru 3 tahun kan... 

Tengahari tadi pulak, masa aku nak bagi dia makan nasi, dia tanya jugaklah kenapa ibu tak makan, kenapa abah tak makan. Aku jawablah, "Ibu dan abah puasalah sayang". Dia pun kata, "Ooo kena tunggu malam ke baru ibu abah makan". Pandai pun kamu kan.... Hihik..

Situasi semasa dia main mainan..
Adam : Ibu nak makan burger ape?
Aku    : Ibu nak burger ayam boleh tak.
Adam : Boleh, jap yer adam buatkan.

Haaa.. pandai betul dia imagine mainan tu jadi burger pulak kan.. Oh! Anak, macam-macam kamu yer!!


Gambar terpaksa edit jd cmni sebab adam seksi sikit masa nih..Hehhee.. Dia tak mandi lagi dah sibuk nak main mainan dia tu.. :)

3 Komen Cerita Hati:

mama aryan said...

hehe..mcm2 anak2 ni kan,anak akak td minta buat cekodok,pastu paksa kita mkn sama dgn dia,bila ckp puasa tak faham lg..

Chic Na said...

adam dah faham la tu sket2. kecik lagi tu. huhu..

Cikrosecute said...

hihihi,..main apa tue....khusyuk betul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute