Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 27 July 2012

Sesi melayan dia study!!!


Adam dah sekolah ke? Sebenarnya belum lagi.. Ini gambar masa dinner akhir tahun tempat kerja abahnya yang tema back to school. Belikan jugaklah baju ni kat dia semata-mata nak penuhi tema kan. Baju ni masih tersimpan rapi dalam almari dia.. Padahal lambat lagi nak tunggu dia sekolah tu..
-Tengah pening nak buat buku mana satu-

Sesi aku menjadi cikgu di rumah.. Yup!! Buat masa sekarang memang aku jadi cikgu dia lah kan. Tiap kali dia nak study, aku yang kena tengok dan ajarkan mana yang patut.. :)
"Ibu, yang ni macamana nak buat ni?", tanya si kecikku.
Aku pun bacakanlah arahannya. Yelah adam tak tahu membaca lagi kan. Suaikan benda yang sama. "Ok, Adam cari mana yang sama, lepas tu adam gariskan yer", terangku padanya. Adam pun mulalah menggaris dan dia garis tanpa guna pembaris pulak tu.. Hihik..  Belasah jelah Nak oii.. :)
-Hasil adam suaipadankan-

"Adam nak sekolah boleh tak ibu?", tanya dia lagi. "Eh adam kan dah sekolah dah kan.. kan Adam sekolah dengan ibu ni, ibu kan cikgu adam kan", saje aku bergurau dengan dia.. Hihik.. Tunggu adam 5 tahun nanti baru ibu hantarkan ke sekolah yer.. Adam pun kata lagi, "Ooo ok nanti adam gi sekolah, ibu gi kerja, lepas tu ibu datanglah ambil adam ngan kereta kan". Haaa sudah...... pandai pulak dia berimaginasi kejap yer. Berangan macam citer dalam drama tv ler tu.. Maknanya aku boleh masuk kerja tunggu dia dah masuk sekolah dulu erk?? Hihik.. Pandai betul yer kamu dak Adam.. :)
Semoga kamu sentiasa rajin dan cuba untuk belajar, belajar dan terus belajar...
Alhamdulillah dia sudah mula kenal huruf serta nombor dan sudah mampu menulis nombor terutamanya. Membaca belum lagi.. Tapi adakalanya sambil dia buat tu dia kononnya membaca arahan dulu dengan bahasa dan ayat yang dia reka sendiri.. Bila dia tak faham mulalah dia panggil cikgu dia ni.. Hihik.. :)

4 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

rajin betul adam ni. senang la nak ajar dia. camni tak masuk tadika pun takpe. hihi..

QasehnyaRania said...

hye salam kenal..la ingatkan g sekolah betol2 tadi..hehe
jom baca n share

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/07/ketahui-fadilat-dan-tatacara-wuduk.html

Masya said...

baguslah adam .. nanti dah sekolah belajar rajin² tau ...

kalau adam dah sekolah ibu jaga adik adam pulaklah kat rumah hihihihihi...

mama aryan said...

pandai adam buat keje sekolah kalu anak akak,hmm..main2 je kalu akak ajar,cikgu ajar kat taska pun dia bole main2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute