Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 13 July 2012

Mintak Maaf Ibu


Dia buka peti ais dan nak ambil bekas tupperware yang aku letak cheese tart yang dibuat semalam tu. Tiba-tiba tupperware tu jatuh...

"Ibu... Mintak Maaf ibu, minta maaf ibu", itulah yang dia duk ulang berkali-kali. Haih, geram jugak tapi mujurlah tak hancur tart tu cuma tergolek-golek je dalam tupperware tu. "Takpelah, lainkali beritahu ibu kalau nak ape-ape", kataku padanya. Tapi adam ni memang suka sangat buka tutup peti ais. Tak tahulah kenapa.... ada je alasan dia buat, nak amik itulah nak amik inilah.. Samalah jugak kalau dia tumpahkan air, dia akan minta maaf dan pergi ambil kain untuk lapkan. Rasa nak marah pun tak jadi nak marah bila tengok dia macam tu.

Bila dia buat salah, dia akan mintak maaf cepat-cepat. Syukurlah yang dia dah faham apa itu 'Minta Maaf'. Harapnya bila dah besar nanti pun pandai mengaku silap sendiri dan terus minta maaf kalau memang buat silap. Memang dia 'anak' telah banyak mematangkan aku dan mengajar aku... Dia yang sekecil itu sudah pandai minta maaf untuk silap dia, apatah lagi kita yang sudah dewasa.. Adakalanya kita ego atas kesilapan kita sendiri dan kata 'maaf' itu terkadang sukar nak diucapkan.

4 Komen Cerita Hati:

Masya said...

bile nak mintak maaf dgn kt.. kt jadi sayu nak marahkan.. anak sy pun macam tu.... siap dah pandai sekarng buat ala² azwan janji yer.. janji yer.. x buat lagi.. hihihihihi...

Chic Na said...

pandai adam. sejuk hati ibu. mesti la tak jadi nak marah kan, jd terharu lg ada la. :)

Cikrosecute said...

Sama le dengan anak-anak cr kat rumah nie...suka bukak peti ais hihihi

9n0L4 said...

pandainye adammmmmm. budak besar pun pyh nak mintak maaf kan. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute