Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 25 July 2012

Malam Melayan Karenah Anak


Ini cerita dua malam yang lepas... Episod kami melayan karenah anak bujang kesayangan kami, si kecik Adam.. Sekarang ni memang macam-macam ragam dia dan terlampau banyak pulak idea dia. Bila tengok Tv pulak, mulut dia sama bising berdrama sambil menyoal itu ini.  Selagi tak diberikan jawapan selagi itulah dia duk bertanya.. Yang lagi best, hari tu dia bangun dari tidur dan dibawanye handphone aku sekali, "Nah Ibu, bunyik", dia kata. Lepas tu dia sambung semula tidurnya atas sofa pulak.. Rupanya ada mesej dan patutlah dia kata bunyik, agaknya dia nak kata menganggu dia nak tido lah tu. Hihihik... Alahai anakku... Sweet sangat ibu rasa time tu. :)

Kalau dulu mak yg selalu asah pensel aku pakai pisau kecik lagi dan sekarang aku pulak yang rasa cmne penatnya mengasah pensel anak tapi pakai sharpener je ler.. 

 Melayan karenah adam yang suruh kami buat rumah dari block ABC nye tu..
 Ini pulak dia mintak abahnya buatkan robot.. Hihik, robot ke tu? Macam sarang burung jer.. :)
Ini dia punya idea sendiri... Topi tu dia kata buat macam topi chef dan kat kaki tu kasut.. 
Haaaa.. kan inilah dia chef.. Nah sangat tolong ibu tumbuk bawang yer walau tak lumat pun.. Tapi sebenarnya adam sejak dia kecik suka sangat tengok aku tumbuk bawang ngan lesung ni. Masa tu tak boleh cakap lagi tak pandailah mintak nak tolong tumbuk kan, sekarang dah pandai mulalah sibuk, "Nak tolong tumbuk boleh tak ibu?".

Tertarik dengan kata-kata ini :
'Bagi seorang anak kecil, ibu bapanya adalah hero. heroin, kaunselor, guru disiplin, penasihat, ketua, penglipurlara, guru, ustaz dan sebagainya. Oleh itu, jadilah ibu dan bapa yang memenuhi jangkaan anak kecil itu. Pasti dia akan menghormati kita apabila dewasa nanti.'
~Dr. Hj. Tengku Asmadi~ sumber : Fanpage Fb Dr.Asmadi

Tengah fikir macamana yer aku nak jadi semua tu?? Tapi memang benar pun dan itulah yang sepatutnya, guru yang terbaik adalah ibu bapa dan harus menjadi contoh kepada anak-anak. Semoga aku mampu mendidik dia menjadi insan yang berguna dan menjadi yang terbaik untuknya. Setiap ibu bapa sentiasa inginkan yang terbaik untuk setiap anak mereka.

11 Komen Cerita Hati:

IntaNBerliaN said...

hihii comel je adam ni.. macam2 ragam :-)

Unknown said...

heheh..mmg penat layan karenah anak..ramai org dok kata,..bg adik br dia tak byk ragam...ahahahah..nak bg adik camana kalau rezeki masih belum nampak nak menambah kan...sabar jer lah...ayu..saya pun sama..letih kekadang tu...

cheqna said...

sejak kecil sehingga umur 12..memang ibu bapa adalah hero anak2...tapi mula je melangkah alam remaja..umur 13..kawan2 adalah hero mereka..

Ibu Qisha said...

yg topi chef dan kasut tu cute sangat, creative juga ye hehheheheh!!! cerdik budak ni otak sentiasa berfikir :)

Rosmawani♥ said...

Suka tgk habuk sharp tuh... Kreatif anak2 :) hihihi

**salam perkenalan dari ros :)

Amy Hilmirda Daud said...

bagusnya ada yg menolong kat dapur. Semoga sampai besar kerajinan dia tu.
Amy tak sangup dah nak asah pencil kaler byk2 sakit tangan. Asah pencil aje dah.

are_lin@yu said...

pandai adam tolong ibunya..hehe..anak yang rajin ni..bagus dear didik awal2..salam 5 ramadhan ;-)

Masya said...

hihihihi.. rajinnya adam nak tlg ibu, kalau cili nanti dia mesti mintak pakai spek biar tak masuk mata pulak...

bdk2 ni ade jer akalnya.. kdg2 mmg peninglah nak layan kerenah dia org .. tak bg .. lagi meraung mcm kena rotan ..

rieda_ffya said...

bagusnye ade mase nk layan karenah anak..sy sendiri teruja nk tgk..tp kerja byk nk melayan ragam lelame..

Chic Na said...

hehe.. comel je tengok budak2 membesar ni kan.

LYAfrina said...

sweet sgt,, tiada apa y membahagiakan melainkn melihat ank mbesar d depan mata.. lya pon suka layan kerenah asya y mcm2 peseng.. walaupn kdg2 mguji iman.. tp..itulah amanah buat kt..kt harus bersabar.. sbb suatu hari nanti..smpai masa.ank2 akn mjaga kt,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute