Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 30 July 2012

Bila dia suka bertanya......


Salam Ramadhan..
Ramadhan ke-10 dah hari ini dan terasa sekejapnye masa itu.. Nak dijadikan cerita hari ini kami tak terkejut sahur.. Entahlah kenapa alarm phone tu tak bunyik pulak. Sedar-sedar dah pukul 5.25am.. Abah adam sudahlah kerja pagi dan masuk kul 6am.. Hadoii... kelam kabut dibuatnya dan hanya sempat minum air masak aje.. Kesian encik suamiku itu... Adam memang tak puasa lagi.. Nak tahu dia jawab ape bila tanya, "kenapa adam tak puasa?". Dia kata,"Jap g lah adam puasa tunggu dah sekolah". Pandai pulak memberi alasan yer... Maksudnya tu dia kecik lagi lah, dah sekolah kan besar dah sikit dan barulah boleh puasa.. Hihik..

Puasa ni memang lagi kena banyak bersabar melayan ragam si kecik tu.. Dah lah sekarang ni makin aktif dan lasak.. Serba serbi dia nak tiru.. Macam grandma dia kata ler, 'budok ni dok leh duk diam'. Dia akan diam bila dia penat dan tido.. Tapi masa tu sunyi pulak rasa rumah kalau time dia tidur tu.. Hehehe..
Sekarang ni pulak kan, semakin menjadi-jadi pulak dia bersoal jawab.. Semua soalan yang dia tanya harus ada jawapan. Selagi tak jawab selagi itulah dia duk ulang.. Tengok drama kat Tv tu pun ada je dia nak tanya kenapa tu kenapa ni.. Kadang tu tak terjawab jugak kami.. 

Yang lagi bestnye pantang dengar jiran depan rumah buka pintu, dia pun sibuk sama buka pintu jugak.. Lepas tu dia bertanyalah,"Ibu, Chik sal nak g mana tu?". Haih budak ni sibuk pulak kamu yer... Terpaksalah aku ni kena jawab soalan dia tu. Bila buat diam, dia ulang tanya dan bila buat diam lagi, dia akan merengeklah... Adakah adam boring? Kesian dia kan takde teman nak main.. sebab tu dia akan tarik perhatian Ibu dan abah dia ni. Dengar je abah dia balik kerja, terus dia pergi dekat abahnya nak ajak main sama-sama.. 
Ibu sayang Kamu, Adam Akmal.
Semoga kamu sentiasa menjadi anak yang baik dan dengar kata Ibu dan Abah..

8 Komen Cerita Hati:

cheqna said...

adam nak adik tuuuuuu =)

Rosmawani♥ said...

ros ahad ari tu xsmpat bersahur lgsung.. sedar2 dah pukul 6pm :) alhamdulillah dpt bertahan jugak :)

IntaNBerliaN said...

sy sk budak2 cam adam ni.. byk tanya + byk cakap.. :-)

rieda_ffya said...

pasti adam akhmal jadik budak baik..mesti seronok layan bile dia asyik bertanye je kan..

Chic Na said...

betul lah, budak2 suka bertanya kan. tak putus2 soalan. kita lak yg tak terlayan. huhu..

ct rahani said...

anak2 klu dah pandai bercakap memang ader saja la soklannya kang.. kdg sampai kiter sendiri pun x tau nk jawab apa.. hehe.. :)

Saleha said...

samalh kita.. kadang2 mai jugak rasa geram sbb dah jawabpun tanya lagi.. sebenarnya dia tanyatu dia dah ada jawapan, bila kita jwb lain dengan dia fikir mulalah..
tp itulah, anak2 tengah berkembang.. bagus jugak mcmtu at least kita tau tahap pemikiran dia.

salam kenal. saya follow dini :)

fardhila fawwazy blogspot said...

gaya adam dduk mcm org dewasa..hihi...dh bsar ye adam:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute