Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 4 June 2012

Kenduri & Ke Kedai Burung


Sabtu lepas.... Kami ikut Abah Adam pergi kenduri kahwin kawan lamanya di Machang. Hampir 10 tahun kot diorang tak jumpe. Majlis sambut menantu lah, kan kawan dia lelaki & yang ni kawan dia zaman poli dulu sebab aku pun tak kenal sangat. Aku pulak memang dah lama tak makan nasi gulai kawah = nasi kenduri ler... Maka aku ambil kesempatanlah kan. Mengalahkan orang mengidam pulak aku ni, terlebih sudah. :)

Untungnya..... kami pergi betul-betul ngam dengan waktu pengantin perempuan yang baru je sampai. Jadi boleh ler tengok orang bersanding sekali kan. Adam?? Adam sangatlah excited tengok orang main kompang. Dia tak nak makan pun nasik dan yang dia nak sangat adalah goodie bag.. Bila dapat je, terus dia pegang sampai lah dalam kete. Adam siap dapat dua lagi.. Hihik...

Inilah yang ada dlm goodie bag tu. Sebenarnya ada telur dan jelly tapi dah dimakan terlebih dulu oleh Adam. Tinggallah marshmallow tu aje. 

 Adam memang excited tengok orang palu kompang. Ini pun aku paksa dia mintak toleh jap nak amik gambor.

Dah nak balik dan Adam.......... memang suka sangat rembat 1 batang bunga manggar kalau pergi kenduri kawen orang. :)

Seusai kenduri kawen tu dan perut pun dah kenyang, kami ke Kedai burung pulak. Saje je bawak Adam sebab nak gi zoo.... mane ado sini. Hahak. :)

 Anak ayam pun dijual. Adam pulak nengok ayam macam tak pernah tengok je. Yelah, rumah Adam mana ada ayam.. Balik umah kat kampung baru ler voleh main kejar2 ngan ayam kan. Sian anak aku nih.. :)
 Cantik-cantik burung kat sini tau. Tapi kami tak beli pun sebab kami memang dah ada sepasang dah kat rumah yang dah diberi nama dah pun. 

Ini lah Boboy &Gegirl. [entri lepas]

Itu saja catatan citer jalan-jalan dan ronda-ronda kami kali ni. Sebelum tu, cantik tak pic kat bawah ni? Macam orang lukis je kan.. Inilah dia teknik edit. Ini pun aku nak tunjuk kan.. Guna photoscape je pun walau aku masih blur lagi nak gunanya. Hahak..  :)
Nota : Mana gambar pengantin erk? Biarlah rahsia.. :)

2 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

lame x ge umah member yang kawen....heheheh...cantek burung tuh...kat ner kenduri kawen tuh??huh??

IntaNBerliaN said...

burung2 tu cantiklah.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute